Friday, February 1, 2013

Saya Pengguna E-Cigarette!

Semenjak baru-baru ni, Malaysia di hangatkan dengan kewujudan gajet elektronik terbaru iaitu Rokok Elektronik (E-Cigarette). Kehangatan yang diperkata oleh Pihak Kerajaan ialah Rokok Elektronik ini merbahaya (katanya....).

MERBAHAYA!!!!! Ooo.. merbahaya. Malah ada pihak juga mendakwa Rokok Elektronik ini lebih merbahaya daripada rokok tembakau yang gulung tu! Amboi Amboi Amboi.....

Kajian 100% belum lagi disahkan, terus ada pihak mengeluarkan kenyataan begitu. Pihak manalah tu kan. Sebenarnya bukan apa, mungin pihak kerajaan bimbang dan khuatir KERANA rata-rata Perokok Tegar (yang hisap Dunhill,Marlboro,Winston) telah berpindah atau berubah arah dengan menggunakan E-Cig.

Kenapa mereka khuatir?? Kerana, apabila golongan-golongan Perokok tTegar ini tidak membeli Rokok Tembakau, maka jualan rokok-rokok tersebut akan MERUDUM! Tahukah anda, Malaysia tersangat bergantung kepada cukai rokok? Haa... Apabila jualan mulai merudum, maka ekonomi Malaysia sedikit terjejas.

Mungkin ada yang tak tahu Apa dia Rokok Elektronik. Okay ni aku terangkan daripada SUDUT aku la ea, kalau nak yang lebih detail anda boleh baca di laman2 yang lain, Just Google E-cig je. Kompom banyak keluar.

E-Cig ni ialah komponen elektronik yang seakan rokok, cuma ianya tidak menggunakan bahan api (mancis atau lighter). Ianya hanya menggunakan Bateri, Atomizer, dan Cecair. Dengan ketiga-tiga benda ini yang kan berhubung dengan alat elektronik, maka akan terhasillah satu Wap Air yang menyerupai asap.

Itu je pun, Okay-okay, untuk cecair nya pula, ada berbagai perisa yang rasanya seperti buah-buahan. Ala-ala sisha! Serius tak tipu, aku hisap perisa Grape, cool je rasa anggur. Aku pakai perisa Apple, cool je rasa Apple. Cecair ni plak ada campuran PG dan VG di mana campuran ini juga di gunakan dalam pembuatan Aiskrim dan makanan lain. Selain itu, terdapat juga pelarut Nikotin di dalam cecair tersebut. Pelarut Nikotin pula ada berbagai-bagai sukatan untuk pengguna bermula dari 0mg (tiada nikotin), 6mg(medium), 12mg(high nikotin). So dengan ada pilihan ni, pengguna boleh mencuba berbagai tahap nikotin untuk mengawal pengambilan nikotin.

Untuk Wap Air (asap) yang terhasil, haa... Wap Air ni sememangnya akan menghasil Asap. Asap yang tersebar itu bukanlah asap yang merbahaya, malah asap itu juga berbau wangi dan tidak merbahayakan orang sekeliling. Just imagine Kabus Tebal, maka seperti itulah. Malah, Wap Air yang tersebar itu boleh disebarkan didalam bilik yang ada pendingin hawa (bilik Air Cond). Jika dalam bilik air cond tu ada Smoke Detector, Smoke detector ini tidak akan dapat detect asap wap air tersebut.

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Salam. En. Mahfuz, di negara kita masih lagi di di belakang. Ramai yang tak faham siapa yang akan buat kajian dan keputusan. Isu agama orang politik yang buat keputusan. Isu sukan orang politik yang buat keputusan. Isu duit orang politik yang sapu dulu. Jadi isu vaporizer ni orang politik yang akan buat keputusan. Pakar-pakar asing belum lagi jumpa buruknya, orang politik Malaysia dah buat keputusan. Rokok dah lama terbukti bahaya masih belum boleh haramkan, minuman keras tu haram tapi tak boleh nak haramkan.

    ReplyDelete
  2. betul2... ak pon dah beralih arah ke ecig ni, btaun isap tmbakau, bpuluh kli cubaan nk benti x brhasil..
    so dgn ecig ni hrap2 boleh benti lah, so far 2 btol liquid tahan smnggu lbeyh la yg 9mg pnye nikotin..kire ok lah tu,hihi..

    ReplyDelete