DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
DuaPuluhJanuariDuaRibuTigaBelas yang lepas adik aku yang kecik sekali tu ajak berbasikal di Pulau Li Hua. Katanya nak berbasikal nak kasi kurus badan. Dah Gem*k badannya kot. Tu yg beriya ajak berbasikal pusing Pulau Li Hua.
Pulau Li Hua ni ada kat Sibu, tak jauh pun dengan kawasan rumah kami. Satu Kilometer kot nak sampai. Asalnya dulu ada orang cakap Pulau Li Hua ni memang pulau. Pulau kecik yang terletak di kawasan Sungai Rajang. Tahukan Sungai Rajang kat mana? Kalau tak tahu meh saya lempang lima kali.
Sungai Rajang ni sungai yang terpanjang di Malaysia. Bukan setakat panjang, malah besar. Kalau dari rumah saya pun dekat sangat-sangat. Panjang Sungai Rajangni 563 km.
Okay stop pasal Pulau Rajang, nak tahu lebih lanjut, tanya Abang Google.
Pulau Li Hua pula ialah pulau yang terletak di Jalan Upper Lanang, berhadapan dengan Balai Polis Lanang. Boleh nampak Jambatan Upper Lanang yang tinggi dan panjang dan terletak bersebelahan degan Pulau Rajang.
Nak berjogging kat sini best, berbasikal best nak beriada pun best. Ini sebab kawasan tu kawasan yang tenang. Kawasan rumah orang kaya. Gila besar rumah kat sana. Siap rumah tu aku tgk dari luar ada Parking Helikopter. Entah menteri apa aku pun tak tau.
Jambatan Sungai Rajang.
Sebelah ni ialah Sungai Rajang. Besarkan?
Adik & Mak
cc : Thanks to Tuan Yus sebab bagi pinjam basikal. -_-
No comments:
Post a Comment