DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Semenjak Dua menjak Tiga menjak ni tak tahulah apa dah jadi dengan diri saya ni. Nak katakan teruk tu tak, nak katakan biasa pun tak juga. Nak katakan normal, masih normal. Nak katakan burung hantu, pon boleh juga!
Mesti antara anda pernah alami sukar untuk tidur malam... kan? Adakah ianya disebabkan sakit? Persekitaran? Emosi? atau... INSOMNIA?
Oh tidak.. Minta-mintalah dijauhkan. Tapi inilah yang saya tengah alami sekarang dimana pada pukul 8 PM hingga 12 PM akan terasa ngantuk, tapi tak tidur sebab layan laptop. Tapi bila nak tidur selepas pukul 12 Pagi hingga ke Subuh akan alami masalah dimana mata ni tak lena nak lelap dan tak boleh nak tidur. Kejap golek sana, Kejap golek sini tapi masih kat atas katil lagi. Kalau golek-golek ke tempat lain tak pe lah juga.
Disebabkan dengan dilanda masalah yang sukar tidur ni, saya cubalah buat sedikit selidik Google Search mengenai Insomnia & Tanda-tanda Insomnia.
Nak tahu apa tanda-tanda nya? Ni saya Copy Paste kat bawah ni. Seram pula baca. Huhu
_______________________________________________________________________
TANDA-TANDA INSOMNIA
1. Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.
2. tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam.
3. Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.
4. Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari.
_______________________________________________________________________
Ni antara empat tanda-tanda Insomnia yang mungkin asas kepada Insomnia. Diantara keempat-empat penyataan di atas ni, salah satu yang kena dengan diri saya pada waktu malam ialah nombor 1, 2, 3 dan 4. Senang cerita semua tanda tu memang saya ada! Haduyaii... Tak sangka pula kena Insomnia.
Insomnia ni bahaya juga, jangan di pandang remeh temeh. Oleh demikian, kepada sesiapa yang ada masalah untuk sukar tidur di waktu malam atau terasa dirinya juga terkena Insomnia, silalah ikuti cara-cara di bawah ini dengan bagaimana mengatasi atau mengurangkan masalah Insomnia anda. Ayuh baca!
Perkara yang kita perlu ELAKKAN, ialah :
* ELAK Meminum minuman yang mengandungi kafein (seperti kopi,teh, minuman kola) dan alkohol, merokok atau mengunyah tembakau 2 hingga 4 jam sebelum tidur, bergantung kepada bagaimana ia boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk tidur
* ELAK Tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
* ELAK Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur jikalau ia boleh diselesaikan sebelum itu
* ELAK Memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya
* ELAK Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang
Bersenam secara konsisten 3 hingga 5 kali seminggu. Walau bagaimanapun, senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.
Berehat sebelum tidur. Berhenti daripada membuat kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara-cara menenangkan diri dan mengosongkan fikiran daripada kerja atau masalah. Ini kerana apabila fikiran anda terlalu aktif, anda akan menghadapi masalah untuk berehat.
Pastikan persekitaran tidur anda selesa dengan cara mengurangkan gangguan luaran seperti cahaya lampu dan kebisingan. Tidur di atas tilam yang selesa, bantal yang lembut atau memakai pakaian tidur yang longgar.
Tidur hanya apabila anda rasa mengantuk dan gunakan tempat tidur anda untuk tidur sahaja bukannya sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.
Jika anda berbaring dalam keadaan jaga melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda.
Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan sebagai amalan sebelum masuk tidur untuk menimbulkan rasa mengantuk seperti :
* Mandi air suam
* Minum susu suam
* Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
* Mendengar muzik yang menenangkan
Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengambil kira waktu anda tidur.
Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda beli dengan pegawai farmasi untuk mengelakkan dari terambil ubat-ubatan yang menyumbang kepada masalah tidur.
__________________________________________________________________
Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan kepada anda semua mengenai masalah saya ini. Saya yakin bukan saya sorang je yang kena Insomnia ni, ramai lagi yang kena.
Lepas ni kita cuba amalkan cara-cara nak atasi Insomnia ni okay!
Anyway, Thanks to www.sihatselalu.com.my kerana berikan info mengenai Insomnia ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Insomnia jika anda mahu baca , sila layari link bawah ini :
No comments:
Post a Comment