ON > OFF > ON > OFF > ON > OFF
Itulah kerja aku sepanjang dua hari ni bila keluar bilik. Apa ke bendanya yang aku On Off kan tu? Apa lagi kalau bukan Modem Wi-Fi yang diletakkan kat depan bilik aku.
Agak tersakit hati apabila dua hari yang sepatutnya hari online iaitu Sabtu & Ahah telah dicemari dengan ketidak adaan Wi-Fi di rumah! tahu tak tersangatlah MATI KUTU! Ibarat dah tak ada hala tuju dalam rumah ni. Sob3... T_T
Just imagine yang diri kita ni selalu online kat rumah ni tetiba tak ada plak line Wi-Fi. Dah macam apa jadinya. Entah apalah masalah yang dihadapi oleh Syarikat TM waktu tu. Yang geramnya, takkkanlah TM tidak sediakan pasukan Standby jika berlaku breakdown? Masa aku praktikal di TNB, mereka siap sediakan pasukan Standby lagi dimana pasukan ni bergerak jika ada masalah yang berlaku On The Spot.
Well, aku tak pastila sama ada TM di Sibu ni yang pekerja dia slow atau mungkin TM di semenanjung is better. Lain negeri, lain rupanyakan. So just accept it lah kan.
Nasib baiklah hari Sabtu tu ada gak masa untuk hilangkan kebosanan dimana aku, adik dan emak, kami keluarga ke Shopping Mall waktu malam. Itu pun kejap je sebab dah bosan sangat. Then terima kasihlah kepada TV3 kerana sabtu malam ahad menyiarkan rancangan Cerekarama yang bertajuk Anak Sampah. Cerita yang not bad. Tahniah ya kepada Pengarah cerita tersebut. (adik ku tengok cerita ni macam orang gila sebab ada Afiq Muiz, hero dia katanya)
Yang pasti, sepanjang ketidak adaan Wi-Fi dirumah ini tersangatlah bosan dan tersangat kesunyian. Tersangat-sangat MATI KUTU!!!!
No comments:
Post a Comment