Thursday, August 9, 2012

Minggu Haluan Siswa [MHS] UTHM

~ Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Bila kita nak mengorat awek, pasti kita nak kenal mengenal. Bila kita sampai negeri orang, pasti kita nak kenal persekitaran di sana, bila kita masuk UNIVERSITI, pasti kita kena kenal universiti tersebut. Itulah perkara yang harus dilalui oleh setiap para pelajar baru yang akan melangkah masuk ke alam Universiti iaitu kenal mengenal atau lebih dikenali sebagai 'Minggu Haluan Siswa (MHS)'. MHS ini digunakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Di universiti lain pula mungkin berbeza sebutannya.
Memandangkan Apuz pernah menjadi pelajar yang terlibat dengan MHS dan juga pernah menjadi urusetia didalam melaksanakan tugasan MHS, oleh itu Apuz nak kongsi serba sedikit mengenai What, When, Who, Why, Where about Minggu Haluan Siswa (MHS).


WHAT is MHS?
Okay, bagi pelajar yang baru masuk ke alam universiti, kamu jangan rasa takut dengan MHS. Seperti yang saya mentionkan di atas, MHS ini adalah salah satu sesi dimana kita akan cuba berkenalan diantara satu sama lain dimana pelajar senior yang terlibat dengan AJK MHS akan berkenalan dengan pelajar-pelajar baru disamping itu cuba untuk menyatu padukan pelajar-pelajar baru yang datang dari serata negeri yang bandar mahupun luar bandar. Oleh sebab itulah, MHS di perkenalkan kepada semua pelajar baru supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara setiap para pelajar, di samping itu korang pandai-panda lah ea nak ngorat siapa yang korang rasa berkenan. Maklumlah, awek baru la katakan. Awek lama kat kampung d tinggalkan! Kui kui kui!

WHEN lama MHS?
Biasanya MHS ini akan dilakukan selama satu minggu yang bersamaan dengan 5 hari sahaja. lagi 2 hari tu korang abaikanlah ye. Bermulanya pada hari Isnin sehinggalah Jumaat dari pagi sampailah malam. Paling teruk pon sampai 11 Malam sahaja. Lepas tu korang balik bilik terus tidur, lepas bangun pagi semula kena mengadap muka abang-abang dan akak-akak yang comel dan cute-cute. Kompom best and segar je hari korang! ^_^

WHERE berlangsung MHS?
Ahaa... sudah semestinya akan berlangsung di sekitar-sekitar UTHM yang luas terbentang ni. Jangan bimbang, kami tidak akan sama sekali buat aktiviti MHS didalam ladang kelapa sawit mahupun parit-parit yang bersepah di Parit Raja ni. Hahaha... Korang bukannya berMHS di tengah panas dan hujan, malah akan berMHS di kawasan yang sangat sejuk dan indah. DIMANA? Nanti dah masuk korang tahulah. Yang penting jangan sesekali korang minta MHS dilakukan di rumah korang. Perkara ni selalu terjadi kat pelajar lepasan Diploma UTHM and sambung Degree UTHM.Bila MHS, kelautttt...!

WHO terlibat MHS?
Okay, yang pertamaaaaa sekalinya yang akan terlibat dengan MHS bukanlah korang sebenarnya. Orang-orang yang utama terlibat dengan MHS semestinya adalah URUSETIA-URUSETIA MHS yang ditugaskan menjaga pelajar-pelajar baru. Haa.. lepas urusetia, barulah korang. Kenapa urusetia diutamakan? Ahaha, tanpa urusetia nanti kompom korang macam Kambing masuk Kuala Lumpur! (betulkan peribahasa ni?)

WHY mesti MHS?
Korang jangan nak mengeluh bagai, jangan cakap penatlah ngantuklah letihlah, Korang sekali penat, urusetia bertambah rambah penatnya menjaga. Sebenarnya MHS ni bukan nak memenatkan sesiapa pun. MHS is happening! Why you must join MHS? This is because, dengan adanya MHS banyak pihak yang akan terlibat dalam memberi taklimatl. Antaranya taklimat bersama Pemimpin Universiti, bersama Pemimpin Pelajar, bersama Hal Ehwal Pelajar, bersama Fakulti dan paling penting top famous question in taklimat ialah taklimat bersama PTPTN. Dan sudah pasti waktu ni pasti korang akan tanya macam-macam. ^_^ So MHS ini bukanlah untuk memenatkan. Okay! Just untuk kongsi-kongsi cerita je...

Ada kena buli tak nanti?
Come on dear, dah masuk universiti tak sama macam zaman hingusan sekolah-sekolah. Kalau dulu masuk je sekolah terus kena buli. Ada tak boleh tidur, ada kena pakai baju seminggu sekali, ada sampai nangis. Tapi dengan MHS di unversiti, pasti korang akan seronok. Bila dah masuk unversiti, mentaliti haruslah ubah kepada lebih matang, kalau tak matang maknanya korang mentallah tu. Elok jangan masuk universiti. ^_^

Apa aktiviti yang ada?
Okay, sebut aktiviti memang banyak sebenarnya. Korang bukan sahaja akan didedahkan dengan taklimat-taklimat. Lagi pun taklimat banyak kompom masuk telinga kanan keluar telinga kiri lepas tu mulut ternganga mata tertutup. Banyak lagi aktiviti, antaranya korang akan ada aktiviti bersama abang dan akak fasilitator, tepuktepuk, joget-joget, senaman dan lakonan. Seperti yang saya bagi tahu. Happening!

Nak pakai baju apa nanti masa MHS?
Pasal baju korang jangan bimbang. Anatra baju yang penting korang kena bawa ialah :

[Lelaki]
~ Formal : Baju Kemeja Putih Berlengan Panjang, Bertali Leher, Seluar Slack & Berkasut kulit Hitam
~ Pakaian sukan
~ Baju T-Shirt kolar
~ Menutup Aurat

[Perempuan]
~ Formal : Baju Kurung Putih (plain), Bertudung Hitam, Berkain Hitam, Berkasut Kulit Hitam
~ Pakaian Sukan
~ Menutup Aurat

Lagipun nanti masa MHS korang akan disediakan dengan baju khas. Tunggu dan lihat je.


Makan & Minum ada tak bang?
Korang jangan bimbang, makanan, minuman sudah semestinya ada. Jajan pun ada, tapi beli sendiri. Tapi makanan & minuman hanya disediakan pagi sampai ke petang sahaja. Untuk korang kunyah-kunyah dalam bilik waktu malam, pandai-pandailah ea beli. Jangan sibuk minta abang/akak belikan.

Kalau saya sakit macam mana kak?
Kalau korang sakit, jangan sibuk nak duduk bilik. Silap hari bulan mati korang dalam bilik tu tanpa pengetahuan urusetia MHS. Sama ada kamu sakit atau tidak, maklumkan pada urusetia MHS yang bertugas,  kami sebagai urusetia ini banyak unit yang akan menjaga anda semua. 

Saya rasa itulah top question yang selalu pelajar tanye tentang MHS. Mungkin korang akan mnegeluh bila berMHS,tapi keluhan itu akan jadi satu kenangan yang indah semasa pertama kali berMHS. 

^___________^


~ Semoga kita bertemu di Minggu Haluan Siswa ~