Wednesday, January 18, 2012

Cara membalut buku!


Assalammualaikum & Salam sejahtera kawan-kawan sekalian!

Apa macam? Ada baik ka ada jahat? Atau kurang baik? Kalau kurang baik, kasi baiklah! Kalau jahat, kasi pancung ma...

Ini hari, aku tak mau kongsi cerita atau luahkan perasaan yang terpendam dalam jantung ini.

Pasal hari ini aku mau AJAR CARA MEMBALUT BUKU DENGAN LEBIH CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG! lang lang lang! Especially untuk adik-adik sekolah yang sudah masuk alam persekolahan.

Yang ini original hasil tangan aku membalut ok. Bukan copy paste. Original ma... cuma x da logo HALAL ataupun SIRIM. Yang pasti no tiruan tau. Hihihi...

Okay-okay. Mula-mula sekali, pastikan korang mempunyai buku yang mahu dibalut. Yang paling penting buku tu belum berbalut lagi ma. Nak balut 2 kali buat apa? Buat kalis peluru ka kawan? Halamak... Lepas tu pastikan ada pembalut buku, gunting dan juga solitape. Selain dari itu sila simpan dalam stor yang berdekatan. :)

Okay-okay. Jom kita follow step step berdasarkan di bawah berikut.

**********************************************


Figure 1


*POTONG PEMBALUT BUKU MENGIKUT KESESUAIAN SAIZ BUKU. KALAU NAK SENANG BUAT LIPATAN, BAHAGIAN ATAS , BAWAH DAN TEPI KASI LEBAR SIKIT POTONGANNYA (JARAK).

Kemudian, letakkan buku tersebut di kawasan tengah-tengah. Bahagian atas & bawah biarlah seiring dan sejalan serta sekata sehati dan sejiwa tau. Jangan lupa bahagian tepi ma, kalau lupa nanti bahagian itu kecik hati, kita pulak susah hati! Okay! Lihat Figure 1 di atas.

*******************************************



Figure 2



Kemudian, Lipatkan bahagian tepi tadi dengan kemas dan cantik. Lihat Figure 2. Pastikan lipat ke bahagian dalam buku, jangan lipat luar buku ma. Sia-sia saja kehidupan kalau lipatkan ke bahagian luar buku. ^_^

Tapi bahagian atas dan bawah jangan lipat sama ada ke dalam atau keluar, pastikan kekal begitu saja tau. Tak ada faedah kalau lipatkan sekarang kerana bagai mencurah air kedaun keladi. ;)

***********************************************


Figure 3

Hasil lipatan bahagian tepi tadi, akan jadi seperti gambar di atas (Figure 3), kalau kawan perasankan, ada bulatan merah 3 tempatkan? Ha.. Itu bukan kawasan larangan ma. Tapi itu kawasan untuk aku letakkan solitape (betulkan ejaan? Pahamkan je la).

Tujuan aku letakkan solitape supaya memudahkan urusan aku nak buat segala jenis lipatan yang akan berlangung seketika nanti. Lagi satu, bila sudah letak solitape, nanti buku tak lari ma. Kalau lari nanti penat nal kejar. Jangan lupa letakkan solitape di kawasan sebelah lagi tau. Kalau dalam gambar ini muka cover depan, so lagi satu muka cover belakang. Haha.

Lagi satukan kawan, korang ada perasan tak aku tak buka buku tu terkangkang meluas. Nak tau sebab apa? Sebab aku nak maintainkan buku tu. nak solitape x bole buka buku terkangkang ma. Nanti tak menjadi. So korang nanti kasi tahan pakai tanganlah. Okay? Next... lepas selesai lipatan dan tampalan solitape, buku korang akan jadi seperti gambar di bawah. (Figure 4).


Figure 4

*******************************************
Next ,


Figure 5

Lepas tu, korang nampakkan bulatan kuning tersebut? (Lihat Figure 5). Ha... ambil gunting yang tajam lagi bersinar, kemudian guntinglah di lokasi tersebut. Aku pun tak tau apa nama lokasi tersebut.

Tujuan gunting lokasi tersebut adalah memudahkan urusan kita untuk membuat lipatan di bahagian atas dan bawah pembalut.

Lagi satukan, pastikan korang gunting di empat (4) kawasan, iaitu depan dan belakang serta atas dan bawah. Okay?
Jangan salah gunting, nanti jari binasa!

Selesai gunting, hasilnya akan kelihatan seperti gambar di bawah (Figure 6)


Figure 6

************************************************
Next,




Figure 7

Sekarang tiba masa untuk membuat lipatan bahagian atas dan bawah selepas selesai menggunting di 4 lokasi tadi. Lipatan tersebut haruslah kemas. Untuk lipatan ini, anda harus membuat lipatan bersudut 45 darjah.

Lihat jari telunjuk aku di atas tu, aku sedang menahan lipatankan? Manakala kalau korang perasan, bahagian belakang tapak tangan aku berada dalam keadaan sedang menahan buku atau senang cerita, buku tu buka sedikit ruang kangkangnya. Ha, ingat, ketika buat lipatan 45 darjah ini, jangan kangkangkan buku korang secara luas tau. Nanti salah jadinya. Sudah menyusahkan diri sendiri, hancur binasa. ;P.

Kemudian anda lihat Figure 8 di bawah ini


Figure 8

Lepas korang buat lipatan 45 darjah tadi, sekarang lipatkan kesemua bahagian atas itu masukan ke bahagian dalam buku. Ha... Lepas tu nak senang, teruskan solitape. Cuba lihat lagi sekali, belakang tapak tangan aku masih lagi menahan bukukan? ^_^

Proses ini lakukan juga di bahagian bawah dan juga belakang. maknanya ada 4 lipatan yang akan dilakukan sehinggalah terhasil gambar di Figure 9

Figure 9

Ha nampak tak? Cantikkan? Halamak... Bukan susah ma...

*************************************
Next,


Figure 10

Okay, sekarang ini adalah LAST PART. Dimana , hasil yang korang gunting tadi tu akan di guntingkan lagi untuk menyempurnakan kekemasan hasil balutan buku korang. So, lihat pada bulatan kuning tersebut (Figure 10), maka buanglah plastik buku yang terjuntai di kawasan tersebut, begitu juga di bagaian atas....
Dan hasilnya! Seperti di bawah ...



Mudahkan!

So kepada sahabat-sahabat, pakcik makcik yang nak balut buku anak sekolah tapi tak tahu, bolehlah amalkan. Begitu juga kepada adik-adik. Sesi persekolahan pun baru bermulakan? So pasti kena balut buku teks! Ha... Silalah balut supaya buku adik-adik kelihatan kemas dan menawan. :) Okay?

Semoga Berjaya!

Assalammualaikum...

With full of love, Abdul Mahfuz Abdul Rahman.



Sunday, January 15, 2012

Ya.. Saya jatuh cinta dengan awak. Tolong hadir dalam hidup saya...

Tidurku tidak kenyang, makanku tidak basah, mandiku tidak lena. itulah ungkapan yang sesuai buat diri aku. Kali pertama aku melihat engkau dari jarak jauh, terus aku terpanda ke satu sudut yang sungguh indah. Aku terpana dengan keterampilanmu. Inginku menangis melihat kecantikanmu dari jauh. Ingin ke berlari pantas mendapatkan dirimu dan menyentuh di setiap tubuhmu. Aku tidak dapat menahan nafsuku apabila melihatmu.

Tanpa pedulikan kiri dan kanan orang di sekelilingku, aku terus pergi kearahmu. Aku melihat tubuh dengan jarak dekat, dari atas kebawah dan depan ke belakang. 1 per 1 aku melihat tubuh mu. Aku menyentuh tubuhmu dengan kemas. Ingin aku berkata sesuatu, tetapi lidah ku kelu terdiam sejuta bahasa malaysia dan juga bahasa inggeris. Aku hanya menahan geram apabila dapat menghampiri dan melihat tubuhmu dengan jarak yang dekat.

Indah, cantik dan segak dengan berwarna putih. Ingin ku memeluk tubuhmu, tapi apaka daya, dirimu terlalu besar dan semuanya besar! Aku tahu diriku yang kerdil dan kecil ini tak mampu memilikimu.

Kini, hanya engkau yang aku puja dan engkau yang aku damba. Semoga engkau menjadi milikku.

******************************

Amacam ayat? Banyak indah ka banyak muntah hijau kawan? Hahaha.. Kawan, betullah... Aku sudah jatuh cinta ma. Jatuh cinta untuk kali ke berapa pun aku tak tahu. Aku naik gila wo sekarang. Hanya dia menjadi idaman da pujaan aku. Kalau la aku dapat diakan kawan, kompom aku tak layan mana-mana gadis dalam Malaysia ni! Bukan takag Malaysia ma. International awek pun aku x layan ma! Halamak... Aku sudah jatuh cinta! Jatuh cinta! Jatuh cinta! Tolonglah... AKu nak kan dia....!!!

Wahai KIA OPTIMA K5! Pleasee come to me.! Iam falling in love with you!!! <3 Muah muah!



TENGOK GAMBAR MESTI TAK CANTIKKAN?
JOM TENGOK VIDEO!


video

* ADA SESIAPA NAK HADIAHKAN UNTUK AKU TAK? *
Ngeee.... <3

Beli buku lagi!



Whhoot! Whoott...! Assalammualaikum & Salam Sejahtera serta Salam Ahad!

Harap-harap kawan semua berada dalam keadaan baik dan sihat!

Semalam aku sudah guna RM50.00 Baucar Buku 1 malaysia. Semalam aku beli 2 buah buku. Hari ini kan kawan, aku beli lagi 4 buah buku tau. Halamak... Beli banyak-banyak ingat aku baca ke? Tapi aku akan cuba baca. Ingat senang ke mahu dapat buku banyak-banyak. Tadi aku habis RM50.00 lagi ma. Sekarang baki Baucar Buku 1 Malaysia aku tinggal RM100.00. Aku tak tau nak beli apa lah kawan. Untuk hari ini punya buku, korang tengoklah kat bawah ini :

****************

~ TAKLUK HATI PASANGAN ~

Haaa... Cantikkan tajuk? Tadi sampai je dekat kedai buku tu, terus aku capai buku ni. Aku pun tak tau apa yang aku nak takluk aku punya pasangan tu. Tapi aku pelik ma. Kenapa dia tak letak tajuk TAKLUK JANTUNG PASANGAN? TAKLUK LIMPA PASANGAN? Halamak... Mesti hati.

Buku ni harga RM16.00. Tapi ada diskaun 20% ma. Jadi aku dapat harga RM12.80.
*Entah bilalah aku nak baca. Zzzz... Mahu pinjam? Kena sewa la! Hehe...

*****************************

~ Oi! BANGUNLAH Oi! ~

Halamak... Sejak bila aku tidur ma dekat kedai buku tu? Tiba-tiba buku ni suruh aku bangun. Hadui... Siap pakai loudspeaker lagi tu. Tapi x ada keluar suara pun! Haha. Ha ni satu lagi buku motivasi karya DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj. Aku rasa buku ni maca menarik ma. Mesti dia ajak kita bangun, JANGAN TIDUR LAGI! Sebab tu la kena bangun! Aiyaa..

Buku ni harga RM10.00. Tapi ada diskaun jugak. Dapat la RM8.00. Murahkan? Nak pinjam? Bagi pengeras dulu la! :p

*************************

~ 100 Kisah Kehidupan ~

Ha ni buku ke tiga untuk hari ini. Buku ni aku rasa buku motivasi + keinsafan + keilmuan la kawan. Mungkin kisah benar mungkin kisah dongeng. Tapi apa pun, mana baik jadikan tauladan. Mana yang buruk kita elakkan. Penulis buku ini korang kenal x? Aku tak kenal ma.. Tapi itu belakang cerita. Harap-harap buku ini banyak positif untuk diri aku (itupun kalau aku baca lah!).

Ha. Buku ni harga RM20.00 , Tapi ada diskaun lagi ma! 20% la... Aku pun dapatlah dengan harga RM16.00. Banyak murah ma. :) Mau pinjam? Belanja aku makan la! Halamak....

***************************

~ ASPIRASI KE PUNCAK JAYA ~

Ha. Ni buku last yang aku pilih. Aku pun tak tahu kenapa aku angkat buku ni. Haha. ASPIRASI! So aku x nak comment banyak-bnyk pasal buku ni. Tapi mesti best ni sebab DR. SHUKRI ABDULLAH punya!

Harga buku ni RM 18.95. Ada diskaun juga 20%. Jadi aku dapatlah harga RM15.16. Nak pinjam? Mesti korang x nak pinjam buku ni kan....... :P

********************************


So, total hari ni RM51.96. RM50.00 aku pakai baucar, lagi RM1.96 pakai cash! Huwaaa.. bila mau baca ni? Simpan jadi cekodok je la buku ni jawabnyaaa... ^_^

Selamat Membaca buat diri aku dan juga pada kawan-kawan yang beli buku! <3~

Papai! ZZzzzzz.....

Shopping buku!


Whoot Whoot! Assalammualaikum... Salam Sejahtera!

Apa kahabar? Ada baik ka kawan? Ahaa.. Kalau tak ada baik, mesti ada jahatkan? Halamak... jangan jadi jahat tau. Nanti boleh gila ma... :P ...

Kawan, you ada dapat itu Vaucar Buku 1 Malaysia tak? :> ... Aku ada dapat tau. RM50.00 x 4 keping. ha cuba kira berapa ringgit. Kalau you kata RM2000 maknanya better you repeat Matematik darjah 3 tau. RM200.00 la! Halamak.. Banyak wooo... Ingat sikit ke. Nak cari RM50.00 pun payah, inikan pula Rm200.00 datang bergolek!

Tadi siang aku pergi 3 lokasi tau nak survey kedai buku. Lokasi pertama aku pergi itu The Summit Batu Pahat. Aku ingat nak beli buku dekat sana, tapi bila sampai sana aku jadi malas ma. Halamak, penat datang dari Parit Raja tapi bila sampai sana jadi malas. Apa pun tak boleh tau!

Lepas tu kan kawan, aku pergi BP Mall. Masih lagi dalam Batu Pahat ma. Aku pun pergi kedai buku Popular. Halamak kawan, banyak orang ma... Jangan katakan yang tengah cari buku aje, yang tengah beratur pun macam panjang ulat gonggok tau! Ayaaa... Terus aku tak jadi nak beli buku kat sana. Bukannya aku malas nak cari buku sebenarnya, tapi aku malas nak beratur! Penat-penat...

Lepas tu kan kawan, aku pergi dekat kedai buku Parit Raja. Ha.. Kedai buku Freedom! Ini pun ramai ma! Nak atau tak nak aku pun masuk la jugak. Bila masuk dalam aku pun mulalah pilih memilih. Hadoi, tiba-tiba otak aku jadi jammed la kawan. AKu tak tau nak beli apa. Pilih punya pilih, aku pun angkat 3 jenis benda. Iaitu 1 biji buku ilmiah, 1 buah motivasi dan 1 rim A4 paper. Baru RM51.10. Tapi aku guna vaucar RM50.00 + RM1.10 leee...

Nak tau x apa punya tajuk? Ha... Kasi tengok ini bawah ya kawan!

********************************


PANDUAN BELAJAR BAHASA INGGERIS-BAHASA MELAYU

Ha kawan, buku ni aku beli sebab aku lemah dalam speaking ma. Itu pasal la aku beli. Bukannya aku mahu lupakan bahasa ibunda aku, tapi aku kenalah improvekan language english aku ma. Nanti senang sikit aku nak ngorat awek U.K!

Buku ni harga mahal wo. RM 24.00 ma.. Tapi nasib baik ada diskaun 20% tau. Dapatlah dengan harga murah. RM19.20 aja ma! Rugi wo tak beli.... ^_^


BATU BATA KEHIDUPAN
Kawan, Ini buku bukan novel punya tau. Ini buku motivasi ma. Banyak bagus, tapi aku belum baca lagi! Haha. Tapi aku yakin buku ini sangat bagus dengan generasi kite yang hidup di dunia ini. Aku rasa buku ini menceritakan tentang permasaalahan yang kita hadapi, dan juga bagaimana kita mahu atasi. Banyak bagus bukan?

Buku ni pun mahal tau! RM25.00. tapi dapat diskaun 20% la. So jadilah RM20.00. Haha. Untung untung.

**********************

Apa macam kawan? Ada baguskan buku aku ambil ni? Korang bila lagi mau ambil. Pakai vaucar la! Tapi untuk siapa yang ada vaucar aja ya. Yang tak ada tu silalah guna duit cash! Hahaha.

Sekarang aku punya vaucar ada lagi RM150.00. Aku tak tau nak beli apa la kawan. Halamak, ada cadangan ka? Kalau ada, meh le kongsi kawan, senang sikit aku nak joli ma... ^_^

Bubbye! <3~