Whhoot! Whoott...! Assalammualaikum & Salam Sejahtera serta Salam Ahad!
Harap-harap kawan semua berada dalam keadaan baik dan sihat!
Semalam aku sudah guna RM50.00 Baucar Buku 1 malaysia. Semalam aku beli 2 buah buku. Hari ini kan kawan, aku beli lagi 4 buah buku tau. Halamak... Beli banyak-banyak ingat aku baca ke? Tapi aku akan cuba baca. Ingat senang ke mahu dapat buku banyak-banyak. Tadi aku habis RM50.00 lagi ma. Sekarang baki Baucar Buku 1 Malaysia aku tinggal RM100.00. Aku tak tau nak beli apa lah kawan. Untuk hari ini punya buku, korang tengoklah kat bawah ini :
****************
~ TAKLUK HATI PASANGAN ~
Haaa... Cantikkan tajuk? Tadi sampai je dekat kedai buku tu, terus aku capai buku ni. Aku pun tak tau apa yang aku nak takluk aku punya pasangan tu. Tapi aku pelik ma. Kenapa dia tak letak tajuk TAKLUK JANTUNG PASANGAN? TAKLUK LIMPA PASANGAN? Halamak... Mesti hati.
Buku ni harga RM16.00. Tapi ada diskaun 20% ma. Jadi aku dapat harga RM12.80.
*Entah bilalah aku nak baca. Zzzz... Mahu pinjam? Kena sewa la! Hehe...
*****************************
~ Oi! BANGUNLAH Oi! ~
Halamak... Sejak bila aku tidur ma dekat kedai buku tu? Tiba-tiba buku ni suruh aku bangun. Hadui... Siap pakai loudspeaker lagi tu. Tapi x ada keluar suara pun! Haha. Ha ni satu lagi buku motivasi karya DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj. Aku rasa buku ni maca menarik ma. Mesti dia ajak kita bangun, JANGAN TIDUR LAGI! Sebab tu la kena bangun! Aiyaa..
Buku ni harga RM10.00. Tapi ada diskaun jugak. Dapat la RM8.00. Murahkan? Nak pinjam? Bagi pengeras dulu la! :p
*************************
~ 100 Kisah Kehidupan ~
Ha ni buku ke tiga untuk hari ini. Buku ni aku rasa buku motivasi + keinsafan + keilmuan la kawan. Mungkin kisah benar mungkin kisah dongeng. Tapi apa pun, mana baik jadikan tauladan. Mana yang buruk kita elakkan. Penulis buku ini korang kenal x? Aku tak kenal ma.. Tapi itu belakang cerita. Harap-harap buku ini banyak positif untuk diri aku (itupun kalau aku baca lah!).
Ha. Buku ni harga RM20.00 , Tapi ada diskaun lagi ma! 20% la... Aku pun dapatlah dengan harga RM16.00. Banyak murah ma. :) Mau pinjam? Belanja aku makan la! Halamak....
***************************
~ ASPIRASI KE PUNCAK JAYA ~
Ha. Ni buku last yang aku pilih. Aku pun tak tahu kenapa aku angkat buku ni. Haha. ASPIRASI! So aku x nak comment banyak-bnyk pasal buku ni. Tapi mesti best ni sebab DR. SHUKRI ABDULLAH punya!
Harga buku ni RM 18.95. Ada diskaun juga 20%. Jadi aku dapatlah harga RM15.16. Nak pinjam? Mesti korang x nak pinjam buku ni kan....... :P
********************************
So, total hari ni RM51.96. RM50.00 aku pakai baucar, lagi RM1.96 pakai cash! Huwaaa.. bila mau baca ni? Simpan jadi cekodok je la buku ni jawabnyaaa... ^_^
Selamat Membaca buat diri aku dan juga pada kawan-kawan yang beli buku! <3~
Papai! ZZzzzzz.....
nak pinjam!!! xkira..
ReplyDelete