Wednesday, September 22, 2010

Sekian Lama Terbiar ... ~

Assalammualaikum kepada semua pembaca yang sedang membaca apa yang telah saya coretkan disini melalui keyboard lappy saya yang berjenama Acer. Sudah lama saya tidak mengupdatekan blog saya ini. Sudah usang keadaannya. Nasib baik tidak berhabuk dan tidak berbau haprak seperti bau-bau anda yang masih belum mandi. Untuk mengupdatekan blog saya yang terbiar ini, saya ingin menceritakan sebuah cerita yang saya juga tidak tahu sama ada kelakar ataupun lawak ataupun sengal punya jalan cerita.

Ceritanya berkisah apabila seorang adik hendak membeli sebuah laptop untuk keperluan dirinya semasa berada di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di salah sebuah IPTA yang terkemuk di dalam Malaysia. Ketika di dalam sebuah kedai tersebut abangnya berkata pada adiknya
:
Abang nak tukar laptop abang laa... abang nak beli laptop yang bole bertukar jadi robot!!

Ada ke patut nak beli laptop yang bertukar robot? Tak ke bangang namanya tu? Adoyaaiii..... ~ zzzzzZZzzzz

Sekian itu sahaja update daripada saya! Terima kasih kerana membaca...

Sunday, May 30, 2010

2 Biji burger ayam + Nescafe Ais = 2 Pagi

Bila dah sattle final exam paper ni barulah free sikit rase nak update blog ni. Kalau dah buzy memang liat gila nak update. Itupun ikot mood gak. Kalau mood rase nak update, update la.

Tapi aku rase waktu final exam la best. Waktu tu la student yang malas jadi rajin, yang lembap jadi laju, yang bingok jadi pandai, yang blur jadi segar. Hahaha... ade gak sampai yang x tido malam bila esok ade paper. Macam aku lah... bila ade paper kompom x tido, bukan aku sorang je la, ramai ag yang x tidonye. Aku ngan member2 aku sanggup blajo sampai la ke subuh.

Bila dah study semalaman kompom la perut berbunyi gegendang + kehausan. Kalau dah lapar kompom la x leh masuk. Ha... waktu ni lah burger amat bersesuaian. Boleh dikatakan tiap2 malam aku sanggup kuar umah g cari burger ngan nescafe ais untuk isi perut.

Skang final dah abes, sem pon dah abes... rindu la plak dengan suasana blaja .... =(

Sunday, April 18, 2010

~ Aku & Awie (Wings) ~

Aku masih teringat lagi kisah yang tak tau sama ada lucu, kelakar atau seanggota dengannya. Kisah bermula di mana pada awalnya aku dengan sahabat2 ku pergi makan di kedai makan yang dinamakan 'Mee Bandung Muar'. Aku pon tak tahu kenapa kedai makan tu di namakan 'Mee Bandung Muar' padahal sepanjang aku makan kat sane tak pernah nampak manusia yang datang pesan Mee Bandung Muar. Tapi aku memang tahu Mee Bandung Muar memang sedap sebab ayah aku orang johor dan pandai buat Mee Bandung Muar.

Pukul 9malam aku ngan member2 g la kedai makan tu. Kat sane kitorang lepak punya lepak dari kul 9 malam sampai la ke pukul 2 pagi sambil bersisha. Bile dah pukul 1 pagi aku pon rase macam nak karok. Aku pun ajak la member aku karok lagu Sejati by Awie. Pada mulanya aku memang takut nak bawa lagu tu sebab kena tarik pitching. Tapi malam tu memang aku bersungguh-sungguh nak bawa lagu tu so aku pon ajak la member aku duet sebab part tarik tu biar die yg bawa n aku just tarik biase je. Sebelum menghilangkan rasa gemuruh untuk membawa lagu tu aku pon bakar la sebatang Nusantara dan melepaskan asap di atas pentas sambil nak nyanyi nih. Haha... dan irama pun bermula.. .....Sejati.....

Alhamdulillah la okay aku n member aku bawa lagu tu. Lepas je aku abes karok lagu tu, aku ajak member2 aku balik kemudian kami pon bangun dari meja n nak pergi bayar. Bila aku n member2 sampai kat kaunter, tiba2 ada akak tu bagi tau :

Akak : Tu Awie kan?

Aku : Mana kak? Akak jangan main2, saya baru je lepas karok lagu tu...

Akak : Betulla tak caye g tengok...

Aku pon pergi la tengok.... PERRHHH!!! Memang betul awie datang plak!! Nasib baik la Awie datang lepas lagu yg aku karok tu dah abes.. hahaha. Aku tak dpt nak bayangkan lah kalau aku karok waktu dia dtg. Yang bestnye Awie tu datang n duduk kat seat aku! Haha.. Lepas ni kompom la suara die turun pada aku .. ;-) .. Boleh dikatakan jodoh n nasib la waktu. So lepas ni aku nak test vokal aku bagi mantap sebab nak bawa lagu Sejati n Ratuku .. Hahah ... ;-)

Wednesday, March 31, 2010

TENSION..? NEED TO CHANGE!!!

Aaargghhh!!
Tensionn woo!! Tak la tension sangat .. cume x tau kenapa dah berubah .. adusshh..!!.. Now last SEM ..
banyak gile tanggung jawab
... uiihh ... final sem ni plak banyak kerja berkumpulan .. ada yang bagi komitmen dan ada yang x bagi .. kadang2 aku pon sama gak tak bagi komitmen .. adil la kan???

Last sem ni nasib baik la pensyarah banyak tak bagi pressure .. semua pensyarah okay aje .. Cuma diri sendiri je yg bagi pressure .. Lately ni aku dah dapat banyak keputusan kertas ujian , quiz dan tugasan ... PEEEHH!! Markah macam haram jadah!!! Ujian bayak GAGAL!!!!!!! Shit!! DAMN!!

MAHFUZZ!! What is happening beb!!! My answer : "boleh la dorg markah tinggi sebab meniru" BUT WHY ENGKAU X BLAJA NGOK!!! My answer : "Tak tahulah ....."...

Aduhh! Runsing seh.... Skang dah nak masuk bulan 4!! Bukan dah nak masuk .. tapi memang esok akan masuk bulan 4!! HOI!!!! Lagi sebulan nak final exam pandai!!!

MAHFUZ!!! Please la ... berubah okay ... kau jangan lah malas .. x de benda yang kau nak tension kan ... tension macam ne pon ko kene kawal dan berusaha ..... DEMI MAK , AYAH , ADIK2 , KAK LONG dan SESIAPA aja!!
CHANGE IT!! KETEPIKAN KESEMUA MASALAH KAU!!

I said :
YAP.. AKU PERLU BERUBAH.. TAK BOLEH TERUS BEGINI.. AKU AKAN TERUS BERUSAHA DAN BERUSAHA.. !!!!
Attitude, Reliable & Ambitious!

Monday, March 29, 2010

SUKA atau CINTA?

Tiba-tiba hati aku tidak tenteram. Pemikiran aku pula hanya memikirkan tentang dia. Apakah maksud dan tandanya? Aku teringat kisah aku membahan sahabat ku yang di lamun cinta. Kini aku pula di bahan oleh mereka. Oh..... sangat malu apabila di bahan. Kini barulah aku paham perasaan sahabat aku yang aku bahan hari tu.

Bila duduk, aku akan teringat kan dia, bila buat kerja aku akan teringat kan dia. Boleh dikatakan apa sahaja pergerakan aku, pasti akan teringat akan dia. Hanya dia dan dia. Sejak dari itu aku mula mencari apakah perbezaan antara SUKA atau CINTA. Ini kerana aku buntu. BUNTU? Ya.. aku buntu pada perasaan yang di alami oleh aku adakah perasaan ini SUKA atau CINTA? Lalu aku bertanya pada kakak aku melalui SMS untuk kepastian :

Apuz     : Kak long........

Kak long : Iye..

Apuz     : K.long buat apa?

Kak long : Tak buat ape.. Nape?

Apuz     : Apa beza SUKA dan CINTA?

Kak long : Suka tu sekadar biase2 je. Dia ada kita gembira. Dia x ade, kite x rase ape2. Cinta ni kita akan sentiasa ingatkan dia.

Apuz     : Klu mcm tu adakah apuz dah jatuh cinta k.long?

Kak long : Terlalu awal lagi. Kamu baru 20 tahun. Banyak lagi bende kamu nak kena pk tau..

Apuz     : itu apuz tau k.long.. Tapi.. Tiap2 masa pikir kan die k.long. sampai hati ni dup dap dup dap.. Aduh.. Runsing sih..

Kak long : Fikirkan mak.. Mase depan kamu.

Apuz     : Mak pun taw.. Memang pikir masa depan ni.. Cuma mcm mana ea? Apuz xmo ada hubungan.. Tapi as u said kalau terpikir tiap masa itu cinta.. should i tell to her?

Kak long : Siapa budak tu?

Apuz      : Budak kelas. Actually apuz da membe ngan die dari f4. Tetibe je perasaan tu datang. Kenapa k.long?

Kak long : Die dah ade bf?

Apuz     : x de...

Kak long : Terpulang pada kamu. Tapi kalau pendapat k.long mmg k.long x setuju. Tu je yang k.long dpt bg tahu.

Apuz     : Nape x setuju? Ala kamu ni.. x berkembang betul..

( MESEJ TAMAT )

Adushhh.. K.long tak reply pula. Kesimpulan daripada mesej bertanya dengan Kak long tadi aku juga pasti itu CINTA. Ini kerana perasaan itu membuat aku tidak tenteram kerana aku hanya akan memikirkan dia. Sebelum terlambat, aku harus meluahkan isi hati ku pada dia. Meskipun Hubungan CINTA tidak terjalin, namun aku sangat bergembira dan bersyukur kerana dia telah membuat kan hidup ku sangat gembira.

Wednesday, March 24, 2010

MAMA ATAU ROKOK???

Mahfuz2... Kenapa hisap rokok nih? Bukan ke dulu kau kutuk dengan orang yang hisap rokok nih? Bukan ke dulu kau dah berkata-kata untuk taknak hisap rokok? Dulu kau gak yang nasihat member2 jangan hisap rokok, last2 kau gak yang amik rokok... Aduhaiiiiiiiiiiii .... apo cito ni brader? Dey machaa! Porachit la ....... tarak guna ma lu kutuk2 itu sama olang isap lokok... ayoyoyoyoyoyo...

Huk3... Dulu memang dah bagi tau dalam hidop tak nak merokok, tapi akhirnya aku kecundang di tengah jalan dan tersungkur pada alien yang bergelar ROKOK. Aku start merokok pada tahun lpas. Punca dan sebab aku hisap rokok adalah kerana buntu memikirkan masalah kewangan yang menimpa pada diriku. Aku ni pon bengong gak waktu tuh.

Baru-baru ini aku balik ke rumah ibubapa ku di Sibu. Aku bawa sekotak rokok Surya ke Sibu untuk bagi pada ayah aku. Aku layan gak rokok ni sebab lambat nak habis bila dah hisap. Kalau main game sambil hisap rokok ni memang best or sembang2 ngan member. Aku pon bagilah sekotak tu kat ayah aku, ingat kan ayah aku hisap rokok tuh rupanya ayah tak hisap rokok jenama tu. So tak kan nak buang? Aku pon hisap la ..... tapi..... sayang seribu kali sayang kerana bonda ku yang ku sayang dan cintai kecewa dengan sikapku yang merokok... OH MAHFUZ!! APA YANG ANDA TELAH LAKUKAN SEHINGGA MEMBUAT IBUMU KECEWA DENGAN SIKAPMU???!! MAHUKAH KAMU TERUS MELUKAI HATI BONDA MU YANG KAMU CINTAI??!! KATAKAN TIDAK PADA KECEWA HATI BONDA MU WAHAI MAHFUZ!!! DAN KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!!! Huaaaa... sungguh ku sedih kerana membuat bonda ku kecewa... L sob3... BAIKLAH MAMA.. APUZ AKAN CUBA BERHENTI YA...

Actually bukan mama apuz jek yang tak suke, ramai ag member-member x suke especially tutttttt... Owh, seriusly aku terharu when dia told me
"B, JANGANLAH MEROKOK, RAMAI AG YANG TAK SUKA B MEROKOK" .. B???? Who is calling me B?
Ahaahaha ... SECRET la k, kantoi gak dalam kelas nanti .. actually aku n dia hanya berkawan cuma berpanggilan manja,
but seriusly make me terharu lah
and I WILL TRY TO STOP SMOKING, BUT NOT MENDESAK BECAUSE I KNOW I CAN'T DO IT SO I MUST SLOW-SLOW & STEP BY STEP.
J

MY MOM TOLD ME : "MAK TAK KECEWA KALAU KAMU TAK LULUS PEPERIKSAAN, TAPI MAK KECEWA KALAU KAMU HISAP ROKOK" oowwhh.. seriusly make me sad L !!! And my mom also sad!

TO MAMA : ANAKNDA MU MEMINTA MAAF KERANA BERASAP KAN MULUT INI. APUZ AKAN CUBA BERHENTI ROKOK YA (kalau sisha xpe kan kan kan?, hehehe).. SAYANG DAN CHENTA SAMA MU MAMA!! (sambil mengucup pipi mama yang gebu) .

Tuesday, March 23, 2010

TIADA SEBAB UNTUK MENYINTAI


Cinta... Adakah cinta memerlukan sebab? Pasti antara anda akan mengatakan "Ya, memang memerlukan sebab". Antara sebab-sebabnya ada yang berbunyi :

Saya cintakan awak kerana awak sangat cantik, manis, sweet dan comel. Sejuk mata saya melihat awak.
Saya cintakan awak kerana senyuman awak yang sangat manis terukir bibirnya.
Saya cintakan awak kerana awak telaj menjaga diri saya.
Saya cintakan awak kerana awak sentiasa berada di sisi saya.

Tapi benarkah ini semuanya cinta? Adakah ianya 'Cinta Pandangan atau Cinta Hati' ? Baca petikan di bawah ini dan hayatilah maksudnya ~
Isteri  : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami    : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri        : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh          menerangkannya?
Suami    : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri        : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan          teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang                    tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. 

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital.


 


"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? 

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati....."






Thursday, March 18, 2010

My Full Video Kesengalan Ku

~ Assalammualaikum teman ~

Hari tu apuz ada post video kesengalan apuz kat facebook. Video tu apuz buat masa kat rumah lama di Kuala Lumpur. Entah kenapa tetiba rasa nak buat video tu. Hasil daripada video tu ramai yang kata kelakar, poyo dan macam-macam lagilah. Pada apuz yang penting this video just for sharing untuk tontonan. Masa kat facebook apuz just letak suku je, tak full dan di atas permintaan ramai sahabat mereka suruh letak yang full. So di sinilah tempat yang sesuai untuk apuz post video tu. So hope you all tengok and have fun ya J.



video

Melantak di Pizza Hut, Sibu

~ Assalammualaikum Teman ~

Semalam apuz makan pizza. Ini kali pertama apuz makan pizza kat Sibu. Sedap? Oh kurang... Hahaha... Ini kerana ada perbezaannya lah dengan Pizza di KL... J ... Sup cendawan dekat sini kurang la rasa, tak tahulah nak kata rasa macam ne ... K ... hohoho.. then semalam ayah order la Pizza yang terbaru. Tapi nape Pizza nya nipis ya? Ish3... nasib baiklah air pepsi rasanya sama seperti pepsi biasa.. Hahaha... Walauapapon semalam memang best... J

Wednesday, March 17, 2010

Sibu oh Sarawak

~ Assalammualaikum Teman ~

Ahha.. Ini hari ke 5 Apuz di Sibu.. 20hb ni pulang ke semenanjung.. Cuaca di sini sejuk bangat deh hingga membuat kan hidung ku mengeluarkan cecair lendir keputihan.. Haha.. Geli bangat sama hingus ya? Yang bestnya suasana di sini sama seperti di kampung di semenanjung.. Tapi memang banyak juga perbezaan di sini.. Kalau kat semenanjung ada jual Roti Gardenia tapi kat sini tak ada.. lepas tu kat sini tiada tempat yang sedap untuk ngeteh.. hohoho ... sadis2.. Tapi dok di sini tiap-tiap masa rasa masakan mak, ayah dan adik2 sedap jek.......

Pertama kali jejak kaki di Lapangan Sibu rasa macam tak percaya je yang apuz dah sampai di Sibu, Sarawak.. Lapangan terbang Sibu ngan KLIA amat berbeza. Haha.. Kat Sibu ramai orang cina.. Bila ayah dah sampai tiba-tiba adik plak amik gambar.. haha macam artis la pula rasanya.. :D


Tuesday, March 16, 2010

Blog Baru

~ Assalammualaikum ~

Yaaa... Akhirnya dapat jua kamek buat blog baru sih...

Blog lama sudah lupa Id dan pasword nya dong L ...

Sadis bangat... Pada teman-teman jadi followers ku ya .. J ...

Daaa... Akan ku sambung nanti post nya..