Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan 1434H.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Sekali lagi umat Islam di dunia menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak untuk tahun yang ke 1434 H.

Tahun ni, sekali lagi saya diberi keizinan daripada Illahi untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak sepenuhnya bersama kedua Ibu Bapa saya. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ni kerana saya berpuasa bersama sahabat-sahabat kerana tunaikan tanggung jawab sebagai pelajar.

Ini adalah kali pertama saya puasa sepenuhnya di Sibu. Kalau sebelum ni saya berpuasa di Semenanjung. Banyak perbezaan berpuasa di Pulau Borneo dan Semenanjung Malaysia. Antaranya :

i. Masa
Di pulau borneo, waktu sahur dan iftar lebih cepat dan awal berbanding di Semenanjung. Kalau di Semenanjung waktu iftar rata-ratanya 7.20 PM - 7.30 PM , tapi saya di Sibu pukul 6.50 PM sudah beriftar. 
Beriftar pukul 6.50 PM , habis makan pukul 7.00 PM .
Begitu juga di waktu sahur. Pukul 4 AM dah bangun siapkan makanan, pukul 5 AM dah berhenti makan.

ii. Solat Teraweh
Ini saya tidak pasti bagaimana solat teraweh di masjid tempat lain berlokasi di Kepualaun Borneo ni.
Kalau di kawasan rumah saya di Sibu ni, Imam solat Teraweh 8 Rakaat sahaja dan di turuti dengan Solat Witir. Bukan malas nak laksanakan 20 Rakaat, tetapi mungkin di sebabkan faktor kelainan cuaca dan faktor kawasan sekeliling. Lagi pun kami tinggal di Kem, rata-rata penduduk yang pergi ke Surau adalah penduduk kem sahaja. Di mana saf lelaki dalam 5~6 baris manakala saf wanita 3~4 Baris.

iii. Bazaar Ramadhan.
Rindu sangat nak merasa suasana Bazaar Ramadhan di Semenanjung. Suasananya tidak jauh beza. Sama sahaja. Tapi mungkin sebab kat Bazar sini tak ada jual Air Katira, tu yang rindu BAzar kat semenanjung.

Setakat ni itu je lah yang saya nak kongsikan. Sebenarnya dah lama tak update blog. Tetiba pulak Twitter kena Tweet Limit, Bosan punya pasal, Update la! ^_^

Selamat Berpuasa!