Monday, March 29, 2010

SUKA atau CINTA?

Tiba-tiba hati aku tidak tenteram. Pemikiran aku pula hanya memikirkan tentang dia. Apakah maksud dan tandanya? Aku teringat kisah aku membahan sahabat ku yang di lamun cinta. Kini aku pula di bahan oleh mereka. Oh..... sangat malu apabila di bahan. Kini barulah aku paham perasaan sahabat aku yang aku bahan hari tu.

Bila duduk, aku akan teringat kan dia, bila buat kerja aku akan teringat kan dia. Boleh dikatakan apa sahaja pergerakan aku, pasti akan teringat akan dia. Hanya dia dan dia. Sejak dari itu aku mula mencari apakah perbezaan antara SUKA atau CINTA. Ini kerana aku buntu. BUNTU? Ya.. aku buntu pada perasaan yang di alami oleh aku adakah perasaan ini SUKA atau CINTA? Lalu aku bertanya pada kakak aku melalui SMS untuk kepastian :

Apuz     : Kak long........

Kak long : Iye..

Apuz     : K.long buat apa?

Kak long : Tak buat ape.. Nape?

Apuz     : Apa beza SUKA dan CINTA?

Kak long : Suka tu sekadar biase2 je. Dia ada kita gembira. Dia x ade, kite x rase ape2. Cinta ni kita akan sentiasa ingatkan dia.

Apuz     : Klu mcm tu adakah apuz dah jatuh cinta k.long?

Kak long : Terlalu awal lagi. Kamu baru 20 tahun. Banyak lagi bende kamu nak kena pk tau..

Apuz     : itu apuz tau k.long.. Tapi.. Tiap2 masa pikir kan die k.long. sampai hati ni dup dap dup dap.. Aduh.. Runsing sih..

Kak long : Fikirkan mak.. Mase depan kamu.

Apuz     : Mak pun taw.. Memang pikir masa depan ni.. Cuma mcm mana ea? Apuz xmo ada hubungan.. Tapi as u said kalau terpikir tiap masa itu cinta.. should i tell to her?

Kak long : Siapa budak tu?

Apuz      : Budak kelas. Actually apuz da membe ngan die dari f4. Tetibe je perasaan tu datang. Kenapa k.long?

Kak long : Die dah ade bf?

Apuz     : x de...

Kak long : Terpulang pada kamu. Tapi kalau pendapat k.long mmg k.long x setuju. Tu je yang k.long dpt bg tahu.

Apuz     : Nape x setuju? Ala kamu ni.. x berkembang betul..

( MESEJ TAMAT )

Adushhh.. K.long tak reply pula. Kesimpulan daripada mesej bertanya dengan Kak long tadi aku juga pasti itu CINTA. Ini kerana perasaan itu membuat aku tidak tenteram kerana aku hanya akan memikirkan dia. Sebelum terlambat, aku harus meluahkan isi hati ku pada dia. Meskipun Hubungan CINTA tidak terjalin, namun aku sangat bergembira dan bersyukur kerana dia telah membuat kan hidup ku sangat gembira.

No comments:

Post a Comment