Monday, October 22, 2012

Sekretariat Minggu Haluan Siswa (MHS)


Bismillahirrahamaniirahim

Ahaa....! Kalau bulan yang lalu saya pernah post mengenai Minggu Haluan Siswa (MHS). Kali ini saya masih lagi nak post berkenaan dengan MHS, Bolehkan? Tetapi yang saya nak ceritakan disini ialah tugas saya sebagai Sekretariat Minggu Haluan Siswa (MHS) sepanjang di UTHM.


Minggu Haluan Siswa (Ijazah) Sesi 2011/2012

Inilah kali pertama saya bertugas menjadi pembantu Minggu Haluan Siswa (MHS). Ketika ini saya ditugas di bawah Unit Biro Teknikal & Siaraya. Bukan calang-calang unit. Unit Teknikal adalah unit yang sangat berat dan sangat memerlukan tenaga. Kalau tak ada tenaga, jangan masuklah unit ini. Bukan takat main PA System, semua tempat dia main. Huhu.

Alhamdulillah ketika ditugaskan sebagai Unit Teknikal & Siaraya semuanya berjalan dengan lancar. Ketika itu saya bekerja di bawah Saudara Amirul Asyraf sebagai Ketua Unit dan Nazrul Azhar sebagai Penolong Ketua Unit. Ketika itu juga, Saudara Syed M. Syahir adalah Pengarah Program MHS.
Tugas sebagai Unit Teknikal & Siaraya ialah berkaitan dengan PA System, susun atur dewan, susun atur kerusi, lightning, persiapan tempat dan berbagai lagi. Senang cerita luar dewan & dalam dewan semuanya teknikal punya kerja. Sebab tu saya katakan memerlukan tenaga yang kuat.

Ketika MHS 2011/2012 ini, kami menyusun hampir 2000 kerusi didalam dewan dan diluar dewan. Ketika itu MHS dijalanka di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII).

Inilah antara Pembantu Unit Teknikal & Siaraya

Gerak kerja sebelum berlangsung MHS.
Gambar sangat penting. ^_^

Bersama Miss Hamidah Nordin, waktu ni beliau orang kuat MHS. Hihi.
MHS inilah saya mula rapat dengan dia.

Tak lekang daripada pegang Walkie Talkie. Penting, kalau tak ada, memang payah nak buat kerja,

Otai-Otai PA system, nak belajar PA sistem, carilah dua orang abang ni.
All in Hands!

Antara Pembantu-pembantu MHS melibatkan semua unit.

Lepas VIP keluar makan, kitorang pula bedal. Hihi.


Minggu Haluan Siswa (Diploma) Sesi 2012/2013

Masih baru berlalu pada bulan Jun yang lepas. Sekali lagi saya dipanggil untuk menjadi Pembantu MHS. Ketika ini Saudara Alfian Robert Nordin menjadi Pengarah Program. Saya telah dipilih menjadi Ketua unit Sukan & Kebudayaan. Dah up sikit da! Hehehe. Pada mulanya saya mula berasa was-was sama ada boleh melakukan atau pun tidak, lantas dalam pemikiran, jika orang lain boleh takkan saya tak boleh? Kan?
So saya terima jawatan yang diberikan. Tugas sebagai Ketua Unit bukanlah mudah, orang telah memberi kepercayaan kepada saya, saya haruslah membalas kepercayaan itu dengan melaksanakannya.

Bermula dengan mencari pembantu yang berkerja di bawah saya, kami dikalangan Sekretariat MHS telah mengadakan sesi temuduga untuk mencari pembantu MHS. Temuduga yang dijalankan bukanlah sukar, hanya beberapa soalan ringkas dan komitmen yang di mahukan.
Nak tahu something tak? Soalan killer yang saya tanya ialah 'Apa nama Dato' NC?'  rupanya ramai yang tak tahu! Haiyaaa.. Teruk punya mahasiswa, NC sendiri pun tak tahu. Jangan katakan nama Dato NC, siap ada yang tak tahu NC tu apa! Lagi dahsyat, ingat U ni bapa dia punya? Huhu! Dahsyat-dahsyat!



Ini antara gambar-gambar sesi temuduga yang telah dijalankan.
Hampir berpuluh pelajar yang mohon di bawah Unit Sukan & Kebudayaan tetapi saya hanya memilih 2 orang sahaja. Siapakah yang berjaya? Lihatlah dibawah!


Ahaaa.. Ini dia calon yang berjaya! Yang lelaki sebelah saya tu, pemain Ragbi UTHM merupakan pelajar Diploma dan perempuan di sebelah saya tu pula merangkap Penolong Ketua Unit & juga pelajar Diploma.

Ketika MHS Diploma berlangsung, saya telah memilih untuk melakukan Explorace & Sukan Rakyat bersempena dengan sukan yang dijalankan. Manakala Malam Budaya saya telah memilih konsep Muzikal Teater P.Ramlee & Saloma. Alhamdulillah dengan bantuan daripada semua unit segalanya berjalan dengan lancar.


Minggu Haluan Siswa (Ijazah) Sesi 2012/2013

Alhamdulillah ketika ini saya sekali lagi ditugaskan menjadi Ketua Unit Sukan & Kebudayaan. Berbeza dengan Diploma, jika intake Diploma seramai 600 pelajar, intake pelajar Ijazah pada sesi ini ialah mencecah 2000 pelajar. Jumlah yang sangat besar. Ketika sesi temuduga yang dijalankan, saya telah memilih seramai 7 orang yang akan bekerja di bawah saya. 


Jika pada intake Diploma saya melakukan Sukan Rakyat & Explorace, intake Ijazah saya telah melakukan Larian Perdana dimana pelajar baru akan berlari di sekitar kawasan Kampus UTHM.
Hihi, kesian mereka berlari tengah panas. Nasib baik tak ada yang pengsan. ^_^
Manakala untuk sesi Malam Warisan Bangsa, saya telah membuat keputusan untuk memilih tema Mahasiswa Pasca Merdeka berkonsepkan Intelektual.

Alhamdulillah sepanjang saya menjadi pembantu MHS, saya telah merasakan suasana yang begitu seronok. Keseronokan + Kepenatan + Keriangan + Kekecewaan  semuanya dalam satu.
Terima Kasih ingin saya ucapkan kepada mereka yang telah memberi kepercayaan kepada dalam menjalankan tugas ini. 
InsyaAllah kita akan bertemu lagi pada MHS akan datang.

Antara gambar-gambar lain :

--------------------------------------------------------------------------------------------









Antara gambar-gambar MHS Ijazah Sesi 2011/2012

--------------------------------------------------------------------------------------------





Antara gambar-gambar MHS Diploma sesi 2012/2013
--------------------------------------------------------------------------------------------



Friday, October 5, 2012

Akaun Twitter la poulok!

Uhuk uhuk Uhuk...! Dulu aku bukan main lagi dengan Twitter ni. Ape kejadahnya bende tu. Orang asyik dok Tweet Tweet la, Follow Follow la. Tak paham betul aku. Aku siap cakap dalam hati, 'Ish kalau ada twitter ni boleh lalai ni' Hihihi...

Actually bulan-bulan dulu Apuz pernah buat, kalau tak silap masa berlangsungnya Minggu Haluan Siswa Diploma Sesi 2012/2013 pernah buat dalam bilik gerakan MHS lagi. Lepas dah buat tu seronok la juga asyik dok follow follow tweet tweet. Tetiba bole pulok lupe email n password! Haduii.. So di abaikan je la Tweeter tu. Then pernah juga buat kali kedua. Yang kali ni Apuz x ingat time bile buat. Tapi yg untuk kali kedua pun lupe la juga email and passwordnye. Entah macam mana tetibe boleh pulak timbul semangat nak bertweet ni and muncullah tweeter yang kali ke tiga! Huhu.. Tapi lepas buat akaun tweeter yang ke tiga ni, apuz dapat trace tweeter 1 n tweeter 2. Yang 1 daripada dua tersebut berjaya deactivatekan! ;) tinggal lagi satu untuk deactivatekan. Yeahhhh!

So kepada yang suka berKeep In Touch! Jom same-same kite follow memfollow.

Username : Eh_Apuzz

https://twitter.com/Eh_Apuzz

p/s : saya budak baru belajar bertweeter! ^_^