Saturday, October 26, 2013

Baru daftar BBM

Mungkin agak jakun sikit bagi pengguna Android. Tapi tidak jakun bagi pengguna Blackberry.

Macam biasa, Android ada App Mesenger baru. Padahal dah lama benda ni cuma baru ada dalam Android.

Jom la ber BBM



posted from Bloggeroid

Friday, October 25, 2013

Zzzz...

Phew... Phew... Phew...

Lama sungguh abaikan blog ni. Sebenarnya banyak dalam otak ni nak di kongsikan. Tapi bila tunda dan tunda nak post, maka hilanglah apa yang nak di ceritakan tu.

By the way, Now saya dah mula download Application Boggeroid. Maybe easy sikit untuk mengarut dalam blog ni. Rasa rugi pula kan bila dah buat blog tapi tak post anything. Tak kisahlah post yang suka atau duka atau merapu meraban.

Actually tak tau nak mengarut pasal apa. Ni pun just main taip. Menaip dalam kelas. Nampak sangat tak fokus dalam kelas. Bila entah nak berubah diri ni. Ingat kan ada pepatah, Ubah lah diri kamu sebelum orang lain mengubah diri mu. Eh, ada ke? Entah saya pun tak pasti.

Yang pastinya, diri kita sendirilah harus mengubahnya. Kita sendiri tahu mana lemah dan kurangnya diri sendiri. Tapi ramai yang tak nak mencari kelemahan tu. Ada juga yang dah jumpa kelemahan, tapi masih belum merubahnya kepada kebaikan.

Sampai bila kan nak biarkan diri ini terus di belenggu kekurangan dan kelemahan. Orang lain sudah maju, kita masih duduk mengaju itu dan ini.

Ada juga yang punyai kehebatan dan luar biasa, tapi berapa ramai yang gunakan kehebatan luar biasa nya itu pada landasan yang benar.

Semoga sama sama kita dapat ubah diri ini kearah kebaikan.

Jom sahabat.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 16, 2013

Test sekali.

Saja je nk try post lagi .







posted from Bloggeroid

Sunday, October 13, 2013

Percubaan. Satu Dua Tiga.

Bismillah.

Lama sungguh rasanya tak update blog ni. Bukan rasa,tapi memang benar.

Kali ni just nak try update pakai Application Bloggeroid by Play Stor. Saya mau tengok sama ada okay atau tidak.
Hewhewhew.

Bye.

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 8, 2013

Test

Percubaan



posted from Bloggeroid

Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan 1434H.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Sekali lagi umat Islam di dunia menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak untuk tahun yang ke 1434 H.

Tahun ni, sekali lagi saya diberi keizinan daripada Illahi untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak sepenuhnya bersama kedua Ibu Bapa saya. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ni kerana saya berpuasa bersama sahabat-sahabat kerana tunaikan tanggung jawab sebagai pelajar.

Ini adalah kali pertama saya puasa sepenuhnya di Sibu. Kalau sebelum ni saya berpuasa di Semenanjung. Banyak perbezaan berpuasa di Pulau Borneo dan Semenanjung Malaysia. Antaranya :

i. Masa
Di pulau borneo, waktu sahur dan iftar lebih cepat dan awal berbanding di Semenanjung. Kalau di Semenanjung waktu iftar rata-ratanya 7.20 PM - 7.30 PM , tapi saya di Sibu pukul 6.50 PM sudah beriftar. 
Beriftar pukul 6.50 PM , habis makan pukul 7.00 PM .
Begitu juga di waktu sahur. Pukul 4 AM dah bangun siapkan makanan, pukul 5 AM dah berhenti makan.

ii. Solat Teraweh
Ini saya tidak pasti bagaimana solat teraweh di masjid tempat lain berlokasi di Kepualaun Borneo ni.
Kalau di kawasan rumah saya di Sibu ni, Imam solat Teraweh 8 Rakaat sahaja dan di turuti dengan Solat Witir. Bukan malas nak laksanakan 20 Rakaat, tetapi mungkin di sebabkan faktor kelainan cuaca dan faktor kawasan sekeliling. Lagi pun kami tinggal di Kem, rata-rata penduduk yang pergi ke Surau adalah penduduk kem sahaja. Di mana saf lelaki dalam 5~6 baris manakala saf wanita 3~4 Baris.

iii. Bazaar Ramadhan.
Rindu sangat nak merasa suasana Bazaar Ramadhan di Semenanjung. Suasananya tidak jauh beza. Sama sahaja. Tapi mungkin sebab kat Bazar sini tak ada jual Air Katira, tu yang rindu BAzar kat semenanjung.

Setakat ni itu je lah yang saya nak kongsikan. Sebenarnya dah lama tak update blog. Tetiba pulak Twitter kena Tweet Limit, Bosan punya pasal, Update la! ^_^

Selamat Berpuasa!

Monday, April 22, 2013

Lagu Itu. Sama Maksudnya. Untuk Ayah Saya.

Menung... Aku termenung...
Di bawah langit yang mendung...
Aku bersenandung...

Tenang... Jiwa ku tenang...
Lirik yang indah aku berdendang...
Airmata ku mula bergelinang...

'Impian Seorang Nelayan'...
Aku dendangkan...
Wajah ayah aku kenangkan...
Pengorbanan ayah, Takkan ku lupakan...

Tuesday, April 16, 2013

Hilangkan Gelap Itu.

Untuk apa di fikirkan...
Untuk apa di kenangkan...
Untuk apa di bayangkan...
Jika ia membelenggu fikiran...

Untuk apa gelap itu...
Untuk apa...
Dan apa...

Kotak pemikiran...
Jangan di kusutkan...
Biarkan ia tenang...

Yang hitam itu gelap...
Hanya membinasakan...

Hentikan gelap itu...
Mentari pasti muncul...
Menyinari hidup itu...
Suatu hari nanti... Pasti...

Keluh...

Untuk apa keluhan kecil ni...         
Untuk apa yang di keluhkan...

Keluh yang dihasilkan...
Bukan untuk di sesalkan...
Tetapi untuk di selesaikan...

Hentilah mengeluh...
Agar hati tidak keruh...

Friday, April 12, 2013

Di Atas Motor. Ku Menangis.

Sebak...
Aku sebak...
Di atas motor itu aku sebak...

Di saat motor bergerak laju,
Mulut ku mendendangkan lagu...
Lagu untuk ayah. Lagu untuk ibu...

Mengalir...
Air mata ku mengalir...
Diatas motor bergerak ianya mengalir....

Aku sebak. Aku pilu. Aku rindu.
Terkenangkan ibu bapa ku...

Di atas motor itu...