Monday, February 28, 2011

NOKIA N82 Itu akan saya pulangkan…~

[Bas Johore Motor]

Ceritera bermula pada sebulan yang lalu. Waktu itu aku hendak pulang menaiki bas JOHORE MOTOR. Sebuah bas usang yang sudah lama beroperasi di sekitar Johor. Kalau tak silap aku bas tu menghubungkan laluan daripada Batu Pahat ke Kluang. Bas yang agak usang tetapi masih kuat berkuasa di atas jalan raya.

[Ketika di dalam bas Johore Motor]

Waktu itu aku dan kawan aku naik bas dari basten Batu Pahat
nak pulang ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), tapi aku decide untuk berhenti di BP MALL. Kalau dari Batu Pahat ke UTHM tambang hanya RM2.30. Tapi aku tak ingat plak dari Batu Pahat ke BP Mall tambang berapa. Aku mula naik tangga bas 1 per 1 lalu terus aku memandang kearah tempat duduk yang kosong. Dalam tu memang tak ramai, yang aku perasan hanya ada seorang wanita india duduk di hadapan, manakala sebelahnya pula ada seorang lelaki berkemungkinan berbangsa Vietnam. Aku dan kawan aku terus duduk dengan keadaan yang penat. Ketika aku masuk dan duduk tiba-tiba wanita india tadi menoleh kebelakang kepada arah ku sambil menunjukkan dan mengatakan "Handphone siapa ini?".
Aku plak waktu tu tengah blur
terus amik hanphone tu sebab mati-mati aku ingatkan tu handphone aku. Bila aku dah amik hanphone tu aku pon duduk la balik dengan muka senyum cakap 'Terima Kasih'. Bila dah buka cover handphone tu aku dah pelik sambil berkata dalam hati "Sejak bila plak handphone aku dah berubah N82 ni?" Hahaha. Aku dengan muka tak bersalahnya terus diamkan diri dan terus simpan handphone tu dalam beg.


 

[Ketika berada di BP Mall]

Bila dah sampai di BP Mall aku terus godam-godam handphone tu, daripada yang aku dapat handphone tu hanyalah berkemungkinan tuan handphone ni student UTHM gak cuma aku x sure je siapa. Dalam handphone tu sebenarnya complete ada nombor family dia, balak dia, gambar dia, lagu-lagu, maklumat-maklumat peribadi dan lain-lain. Actually masa aku dah dapat handphone tu aku memang dah niat nak pulangkan handphone tu pada tuannya, tapi dalam masa yang sama gak aku dalam keadaan terpaksa nak menggunakan handphone tu untuk kegunaan aku. So dalam senang cerita aku memang dah niat nak pulangkan handphone tu tapi aku mahu guna dulu hanphone tu, hahaha. Agak jahat di situ sebab ada 2 niat dalam satu masa yang sama.

[Ketika berada di tangan aku selama sebulan]

Sepanjang sebulan aku pegang handphone tu and aku guna handphone tu puas aku membelek-belek dan godam-godam best plak rasanya, almaklumlah dulu market price handphone ni kalau tak silap aku RM12++ kot. Yang bestnya ada wifi tuuu. Hahaha. Handphone tu la aku gunakan untuk sementara waktu sebab handphone aku lagi 1 tu
rosak
plak kerana bateri wat hal. Aku pun gunalah handphone tu, tapi masa aku guna handphone tu memang dah ada rasa sebersalah dan kasihan sebab aku kasihan kan tuan handphone ni. Daripada pemerhatian yang aku lihat memang tuan handphone ni memang sayang gila kat handphonenya sebab auzing still original tak bertukar walaupun dah nampak buruk. Hahhaha. Yang jahatnya plak aku pi padam semua maklumat-maklumat handphone tu. Tapi masa aku buka mesej di bahagian 'drafts' ada satu mesej tu ada email. Aku pun try search email tu kat facebook and from the profile picture it is look same with the people in the phone picture. So dah sah lah tu tuan pada handphone tu sebab kat facebook dia ada update status yang mengatakan handphonenya hilang, hehehe. Aku pun apa lagi, add la pompuan tu and biarkan aje. Aku pun gunalah sampailah selama sebulan. Handphone tulah aku buat call, mesej, wifi, tangkap gambar. Hehehe.

[Handphone itu akan dipulangkan]

Sekian lama aku dah guna, kini tiba masa untuk aku memulangkan handphone tu pada tuannya. Aku rasa sangat bersalah sebab aku dah buang maklumat-maklumat dia. Hehehe. Aku tau kompom die marah tapi harap-haraplah dia tak marah banyak sangat sebab aku dah pulangkan handphone dia. Memang aku nak pulangkan dengan niat yang baik dan suci ikhlas tau. Actually masa aku dapat handphone tu aku pasang dua niat iaitu niat yang pertama kalau aku kenal tuan handphone tu memang aku akan pulangkan and second plak aku nak guna handphone tu dulu untuk sementara waktu. Hehehe. Aku tau dosa sebenarnya tapi nak wat macam mana. Manusia tak lari daripada kesalahan and kejahatan, Cuma ianya terletak pada diri sendiri.

[Pengajaran]

Beringatlah kalau kita terjumpa sesuatu barang itu yang bukan milik kita, kita pulanglah balik pada tuannya. Ini kerana kalau kita amik barang orang, orang plak akan amik barang kita. Hidup seperti roda. What you give you get back. So pada tuan punya handphone aku minta maaf banyak-banyak sebab aku jahat pegi delete maklumat-maklumat dalam handphone tu.


 

Peace for the [Attitude] [Reliable] & [Ambitious]

Comments
7 Comments

7 comments:

  1. pulangkan lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh. itu sy punya..sila pulangkan kembaliiiii -( kak limah)_

    ReplyDelete
  2. ooohhh..nyempat lagi heh gune handphone tu.

    ReplyDelete
  3. haha .. itu mesti.. best wo guneee.. lalalalla

    ReplyDelete
  4. kalo aku jadi tuan punye hp tu mmg aku starlite pale ko..
    hahah
    mengong ko g padan maklumat penting pahal....

    ReplyDelete
  5. saya...sngt trima ksih kat awak coz sudi nak pulangkan balik nfon sy..huhuhuh..tp,sy dah x de kat UTHM..leh x kamu pos kan utk sy??

    ReplyDelete
  6. ekynn : hahhaa .. lek luuu......

    anonymous : hahaha .. x leh la nak pos sbb tetibe da jmpe tuan hp tuh .. =P

    ReplyDelete