Bismillahirrahmanirrahim.Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua!
Pernah makan Sambal Kerang di Senggarang? Haaa... kalau tak pernah, silalah rajinkan diri untuk makan Sambal Kerang di Senggarang. Terutama sekali bagi pelajar-pelajar UTHM/Nursing/KKTM yang datang dari lain negeri dan kini berada di Batu Pahat, Johor. Mungkin korang pernah dengar Sambal Kerang di Senggarang cuma tak pernah pergikan?
Tak jauhpun jaraknya dari UTHM, just take 20 hingga 30 minit sahaja dari UTHM dengan mengikut jalan Parit Karjo. Tapi bila dah sampai Senggarang, korang kena pula cari Sungai Lurus. Sebab Sambal Kerang yang sedap ni hanya ada di Sungai Lurus di Senggarang sahaja. Sungai lain tak ada, apatah lagi Sungai Yang Tak Lurus.
Mungkin ada yang rindukan suasana angin laut yang indah lagi mempersonakan, jadi disinilah korang boleh melepak sambil bersantai di tepi batu laut. Tapi jangan sesekali korang nak mandi pula dekat sini okay. Dah banyak kali juga Apuz pergi ke Sungai Lurus ni, semata-mata makan Sambal Kerang sahaja. Sedap uihhhh! memang tak dinafikan lagi, Apuz ada sorang member dari Sarawak, dia tak suka makan kerang, tapi bila dia dah pekena Sambal Kerang tu, memang sangatlah layan.
Dekat Sungai Lurus tu ada 3 warung yang dibuka, tapi setakat ni Apuz pernah makan 2 warung sahaja. Tapi Apuz pasti, walaupun ada 3 warung disana hanya 1 sahaja yang buat Sambal Kerang dengan sangat sedap! Kalau nak tahu warung mana satu, korang kenalah try 1 1 warung. Haha.
YANG PALING SYOK, MAKAN ATAS LAUT TAU!
Nasihat Apuz kepada sesiapa nak pergi tu, silalah bawa kawan-kawan yang pernah masuk ke dalam kawasan Sungai Lurus ni. Kalau korang orang baru dikawasan tu, pasti tak tahu mana satu Sungai Lurus. Alamatnya kena tanya orang kampung Senggaranglah... ^_^..
Jom tengok beberapa gambar Apuz sepanjang berada di Sungai Lurus.
Inilah Sambal Kerang yang dikatakan. Ouh sedapnya. T_T |
Ni masa Apuz pergi dengan si gadis-gadis. Boleh dikatakan semua ni bakal-bakal Bini-Biniku Gansgter la. Hihi. Waktu ni tarikh 6.5.2012.
BINI-BINIKU GANGSTER |
Ni masa Apuz pergi bersama Cik Ai & Uzai. Tarikh 31.3.2012 |
Boleh nampakkan kecomelan saya disitu? |
Kami malu nak bagitahu kami ni Hero Malaya. :"> |
Ni dia, warung Sambal Kerang. Sangat sedap & Lazat. |
Ni Apuz pergi dengan Kengkwan kelas. Tarikh 8.7.2012 |
Agak-agak tengah tension lepak sini, kalau putus cinta, hempukkan kepala kat batu-batu yang ada. |
Abang leo Martado makan Ikan Bakar. Terbaek wok... |
agknye budak2 U ni poyo2 ek...huhuhu
ReplyDeletejangan mare...