Thursday, February 21, 2013

I am BEF Student...

Hai. Patutnya entry ni di post pada beberapa hari yang lalu. Tapi memandangkan agak busy yang dibuat dan malas so itulah yang tertunda.

Sekadar ingin saya kongsikan kepada awak semua, yang saya kini sudah bergelar pelajar UTHM kembali. Alhamdulillah, setelah tamat dua tahun di peringkat Diploma, kini saya kembali semua ke UTHM untuk peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Saya seorang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Dalam program Elektrik Kuasa (BEF).

Inn Sya Allah saya akan lakukan yang terbaik! 
Now kena berubah.. Hihi! Doakan saya ye supaya saya boleh lakukan dengan baik. =D

Saturday, February 2, 2013

Terima Kasih UTHM

Alhamdulillah, perasaan macam biasa. Ada gembira + ada biasa.

Anyway, sekali lagi aku akan menjejakkan kaki ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlokasi di Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Kalau sebelum ni pengajian aku di sana ialah Program Diploma (2 Tahun), kali ini aku akan melanjutkan lagi ke Program Ijazah Sarjana Muda. Kalau dahulunya di panggil Senior, kini bakal dipanggil Junior. Haha!

Inn Sya Allah kami (intake Februari 2013) akan daftar ke UTHM pada 14 Februari 2013 pada waktu 8 Pagi hingga 12.30 TghHari waktu Malaysia.

Tak sabar rasanya nak jejak kaki semula. Entah apalah corak yang akan kami tentukan kali ini.

Terima Kasih UTHM kerana menerima kami sekali lagi. 

Program:SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (SISTEM KUASA) DENGAN KEPUJIAN
Kod Program:BEF
Tempoh Program:4 tahun
Fakulti:FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
No Matrik:DE12***0
Kolej Kediaman:PERWIRA
Alamat E-mel:DE12***0@student.uthm.edu.my

Borang-borang belum pun cetak, Minggu depan baru nak isi borang and buat check up badan kat Klinik Kerajaan. Yuran maybe bayar bila dah balik semenanjung. Kat Sibu ni tiada Bank Muamalat. So x bole nak Bank In.

SSPN pun kena buat sebab nak mohon PTPTN, *Makin bertambah hutang eak! Tapi tak apa, nak study kan? Takkan nak semua free. Malu kalau asyik meminta ni. Dah pandai pinjam, pndai bayar ye.

Barang-barang keperluan untuk study ni rasanya tak payah nak beli sebab guna apa yang ada masa Diploma hari tu. Membazir kalau nak beli lagi.

Persiapan setakat ni kasih lagi 0% hihihi!

Welcome Back!

Friday, February 1, 2013

Flavour dari Cikang (Vape On)

1 February 2013 aku mulakan hari aku dengan layan flavour dari Cikang. Kalau sebelum-sebelum ni aku layan flavour dari HangSen. 

Opss sebelum tu, entry ni aku nak story pasal E-Cig. More to taste flavour. Hehe. Kena bagi tau awal-awal risau ada yang tak faham pula nanti apa yang dimaksudkan.

Okay-okay, Flavour ni seperti yang korang tahu ialah perisa. Cikang ni pula syarikat pengeluar flavour liquid untuk E-Cigarette. Boleh layari laman sesawang Cikang, klik link ni

Macam-macam perisa yang ada jual, aku try produk Cikang ni sebab ni produk dari Malaysia, so nak try lah kan. Sebelum ni aku try dari HangSen, buatan China punya. Cikang ni hasilkan 3 jenis sukatan Nikotin iaitu 12mg , 6mg and 0mg. So aku nak try yang 0mg dimana tiada nikotin dalam ni. Perisa pula aku pilih 3 jenis perisa iaitu Red Apple, Watermelon dan Grape. Ketiga-tiga ni tiada Nikotin seperti apa yang aku minta. Dengan harga RM55.00 maka dapatlah aku beli ketiga tiga flavour ini. Tiap-tiap botol mengandungi 30ml.



Berkenaan dengan rasa pula so far aku rasa oklah Red Apple dia, cuma Watermelon kurang sikit. Tapi adik aku yang perempuan tu cakap Watermelon ok. Dia suka. Grape aku tak layan berapa sangat. Aku layan biasa-biasa je.

Anyway, lepas ni aku dah tak nak layan produk HangSen sebab tiap kali aku hisap mesti batuk. Tapi bila aku layan Cikang punya, tak batuk. Adik aku pun sama tak batuk. HANGSEN punya keras. Ni ok. 

Kepada Vaporize sekalian, try lah ya!

Keep Calm and Vape On!

Sarawak punya Buah Mata Kucing

Mana dia peminat-peminat kepada Buah Mata Kucing? Haaa.. Ini kali saya mau kongsi tentang Buah Mata Kucing yang terdapat di Negeri Sarawak.

Kalau kat Semenanjung Malaysia, mesti korang akan beli Buah Mata Kucing yang kulitnya coklat tu kan?
Tapi kalau kat Sarawak, Buah Mata Kucing nya lain sikit. Nak katakan lain tu, ialah lain dari segi luaran sahaja. 

KULIT :
Kulit buah mata kucing berwarna Hijau! Kulitnya juga seakan Buah Laici, cuma kalau buah Laici berwarna merah tapi Buah Mata Kucing ni berwarna Hijau. Kalau dia dah tua sedikit akan ubah jadi warna yang lebam lebam.

RASA:
Rasa dia sama je dengan Buah Mata Kucing biasa yang kat semenanjung. Warna dalam pun sama. Biji dia pun sama. Tak ada beza. 

HARGA:
Alamak, harga aku tak tau la pula, bergantunglah dengan harga pasaran.




Saya Pengguna E-Cigarette!

Semenjak baru-baru ni, Malaysia di hangatkan dengan kewujudan gajet elektronik terbaru iaitu Rokok Elektronik (E-Cigarette). Kehangatan yang diperkata oleh Pihak Kerajaan ialah Rokok Elektronik ini merbahaya (katanya....).

MERBAHAYA!!!!! Ooo.. merbahaya. Malah ada pihak juga mendakwa Rokok Elektronik ini lebih merbahaya daripada rokok tembakau yang gulung tu! Amboi Amboi Amboi.....

Kajian 100% belum lagi disahkan, terus ada pihak mengeluarkan kenyataan begitu. Pihak manalah tu kan. Sebenarnya bukan apa, mungin pihak kerajaan bimbang dan khuatir KERANA rata-rata Perokok Tegar (yang hisap Dunhill,Marlboro,Winston) telah berpindah atau berubah arah dengan menggunakan E-Cig.

Kenapa mereka khuatir?? Kerana, apabila golongan-golongan Perokok tTegar ini tidak membeli Rokok Tembakau, maka jualan rokok-rokok tersebut akan MERUDUM! Tahukah anda, Malaysia tersangat bergantung kepada cukai rokok? Haa... Apabila jualan mulai merudum, maka ekonomi Malaysia sedikit terjejas.

Mungkin ada yang tak tahu Apa dia Rokok Elektronik. Okay ni aku terangkan daripada SUDUT aku la ea, kalau nak yang lebih detail anda boleh baca di laman2 yang lain, Just Google E-cig je. Kompom banyak keluar.

E-Cig ni ialah komponen elektronik yang seakan rokok, cuma ianya tidak menggunakan bahan api (mancis atau lighter). Ianya hanya menggunakan Bateri, Atomizer, dan Cecair. Dengan ketiga-tiga benda ini yang kan berhubung dengan alat elektronik, maka akan terhasillah satu Wap Air yang menyerupai asap.

Itu je pun, Okay-okay, untuk cecair nya pula, ada berbagai perisa yang rasanya seperti buah-buahan. Ala-ala sisha! Serius tak tipu, aku hisap perisa Grape, cool je rasa anggur. Aku pakai perisa Apple, cool je rasa Apple. Cecair ni plak ada campuran PG dan VG di mana campuran ini juga di gunakan dalam pembuatan Aiskrim dan makanan lain. Selain itu, terdapat juga pelarut Nikotin di dalam cecair tersebut. Pelarut Nikotin pula ada berbagai-bagai sukatan untuk pengguna bermula dari 0mg (tiada nikotin), 6mg(medium), 12mg(high nikotin). So dengan ada pilihan ni, pengguna boleh mencuba berbagai tahap nikotin untuk mengawal pengambilan nikotin.

Untuk Wap Air (asap) yang terhasil, haa... Wap Air ni sememangnya akan menghasil Asap. Asap yang tersebar itu bukanlah asap yang merbahaya, malah asap itu juga berbau wangi dan tidak merbahayakan orang sekeliling. Just imagine Kabus Tebal, maka seperti itulah. Malah, Wap Air yang tersebar itu boleh disebarkan didalam bilik yang ada pendingin hawa (bilik Air Cond). Jika dalam bilik air cond tu ada Smoke Detector, Smoke detector ini tidak akan dapat detect asap wap air tersebut.

Selamat Datang February 2013

Alhamdulillah. Kita masih lagi bernafas sehingga 1 Februari 2013 bersamaan dengan 20 Rabaulawal 1434 Hijrah.

Semoga pada bulan Februari ini, kehidupan kita terus maju, terus melangkah kehadapan. Januari 2013 sudah tutup tirainya, sudah semestinya kita tidak akan bertemu lagi dengan Januari 2013 yang sudah berlalu. Hanya tinggal kenangan dan memori.

Mana yang baik jadikan kenangan, mana yang buruk jadikan pengajaran

Semoga kita terus melangkah kehadapan disamping menambahkan Iman dan Taqwa dalam diri ini.