Friday, February 1, 2013

Flavour dari Cikang (Vape On)

1 February 2013 aku mulakan hari aku dengan layan flavour dari Cikang. Kalau sebelum-sebelum ni aku layan flavour dari HangSen. 

Opss sebelum tu, entry ni aku nak story pasal E-Cig. More to taste flavour. Hehe. Kena bagi tau awal-awal risau ada yang tak faham pula nanti apa yang dimaksudkan.

Okay-okay, Flavour ni seperti yang korang tahu ialah perisa. Cikang ni pula syarikat pengeluar flavour liquid untuk E-Cigarette. Boleh layari laman sesawang Cikang, klik link ni

Macam-macam perisa yang ada jual, aku try produk Cikang ni sebab ni produk dari Malaysia, so nak try lah kan. Sebelum ni aku try dari HangSen, buatan China punya. Cikang ni hasilkan 3 jenis sukatan Nikotin iaitu 12mg , 6mg and 0mg. So aku nak try yang 0mg dimana tiada nikotin dalam ni. Perisa pula aku pilih 3 jenis perisa iaitu Red Apple, Watermelon dan Grape. Ketiga-tiga ni tiada Nikotin seperti apa yang aku minta. Dengan harga RM55.00 maka dapatlah aku beli ketiga tiga flavour ini. Tiap-tiap botol mengandungi 30ml.



Berkenaan dengan rasa pula so far aku rasa oklah Red Apple dia, cuma Watermelon kurang sikit. Tapi adik aku yang perempuan tu cakap Watermelon ok. Dia suka. Grape aku tak layan berapa sangat. Aku layan biasa-biasa je.

Anyway, lepas ni aku dah tak nak layan produk HangSen sebab tiap kali aku hisap mesti batuk. Tapi bila aku layan Cikang punya, tak batuk. Adik aku pun sama tak batuk. HANGSEN punya keras. Ni ok. 

Kepada Vaporize sekalian, try lah ya!

Keep Calm and Vape On!
Comments
1 Comments

1 comment: