Thursday, April 11, 2013

Tunggu

Tunggu...
Jangan dia pergi...
Kerna hujan rintik tadi belum reda...

Tunggu...
Jangan dia pergi...
Kerna aku mahu kan dia...

Tunggu...
Jangan dia pergi...
Kerna dia bahagiakan ku...

Tunggu...
Jangan dia pergi...
Kerna ku...
Mahu dia tunggu...

Rintik

Rintik demi rintik...
Air turun merintik..
Hati ku mula berbisik...

Rintik demi rintik...
Hati ini berbisik....
Apakah yang dibisik...

Rintik hujan merintik...
Hati ku terus berputik...
Siapakah yang memutik...

Si dia yang cantik...
Hati ku diputik...
Hujan turun rintik...
Terhenti sedikit....

Harapan

Aku berkata jangan mengharap...
Kelak kau kan kecewa...

Aku berkata jangan mengharap...
Kelak kau kan hampa...

Aku berkata jangan mengharap...
Kelak kau kan merana...

Aku berkata jangan mengharap...
Dan kau terus mengharap...

Apakah akan tercapai harapan kau itu...
Hanya takdir penentu segala...

Harapan itu...

Tanya Sama Hati

Tanya sama hati...
Apa sebab getar...
Nanti jawab hati...
Dia yang gegar...

Tanya sama hati...
Apa itu suka...
Nanti jawab hati...
Tanyalah dia...

Tanya sama hati...
Apa itu cinta...
Nanti jawab hati...
Aku cinta dia...

Disini...

Hati menyendiri...
Tiada siapa ketahui...
Apa yang harus ku ungkapi...
Mungkin hanya disini...
Ianya untuk hati ini...
Agar tidak menyendiri lagi...

Tabahlah wahai hati...
Takdir dari Illahi...
Pasti...

Tiada Arah Tuju

Penat...
Cuaca redup... Matahari tak ada... Tapi bahang...
Hari Khamis yang tak ada arah tuju.
Semalam planning nak pergi PKU UTHM nak junpa doktor gigi nak buat tampalan kekal. Tapi aku malas nak pergi. Mungkin sebab cuaca yang panas. Tapi tak panas. Mungkin bahang.

Tapi dah naik motor. Motor dah start. Motor pun dah bergerak. Sampai bandar hasrat terbatal. Tiba-tiba tukar planning. Pergi Bukit Pasir singgah Bank Muamalat. Nak minta reset imuamalat tapi dia suruh call Customer Service. Okay balik. Singgah Maybank pula. Nak suruh reset Maybank2u. Pun sama suruh call Customer Service. Okay.

Baliklah semula ke teratak rumah. Penat. Bahang. Aku nak rehat.

Monday, April 8, 2013

Kerjaya?

Ketika sedap menghembus asap Surya tiba-tiba mata aku terpandang cahaya lampu yang dipasang pada tiang TNB.
Terus aku fikirkan masa depan aku. Apakah aku bakal menjadi seorang Jurutera? Apakah aku bakal menjadi seorang Juruteknik? Apakah aku bakal menjadi seorang pendidik?

Mungkin Jurutera. Ya aku cuba usahakan mendapat title Jurutera. Sia sia hampir  bakal 8 tahun belajar Kejuruteraan Elektrik tapi tak kerja sebagai Jurutera Elektrik.
Aku akan gapai. Moga Allah tunaikan.
Doa Usaha.

Membaja + Menyawit

Cuti seminggu bermula. Bila dah cuti pun pasti duduk rumah pun bosan. Tapi sekarang kurang bosan sebab tolong abahtok membaja dan bersawit hari tu. So terisilah juga masa lapang. Dua hari lepas tolong abahtok membaja kat ladang sawit tanah wakaf. Hari ni membaja and angkat pelepah sawit kat ladang Ayer Itam. Penat so kena Rest.

Cuba post pakai HP.

Saja je nak try post sebab dah lama tak post. Ni pun post pakai HP. HP apa? Esok aku cerita. Bye.

Sunday, March 31, 2013

Dah lama tak update.

Testing update pakai hp. Huhy