Monday, March 28, 2011

“ TeLuR & TePunG : SelaMaT HaRi jAdi! ”

Assalammualaikum & Salam sejahtera sebagai pembuka bicara.

Sebelum memulakan apa yang hendak di coretkan, disini saya hendak mengucapkan SELAMAT HARI JADI & SELAMAT HARI LAHIR kepada mereka yang telah menyambut hari kelahiran & bakal menyambut hari kelahiran tidak kira bulan lepas, bulan depan, masa lalu, masa depan dan selamanya.

Untuk coretan saya pada hari ini adalah ditujukan kepada mereka-mereka yang suka sangat menyambut hari lahir sahabat-sahabat mereka dengan menyambut upacara yang tak sepatutnya di sambut iaitu membuat upacara baling telur & tepung kepada mereka yang akan menyambut hari lahir.

Firstly, sebelum aku nak mulakan dengan selanjutnya aku minta maaf sangat-sangat sekiranya apa yang aku coretkan disini akan membuatkan sesetengah pihak terasa atau marah atau tidak puas hati! Lets go on :

Memang best kita kenakan kawan kita tuh dengan baling telur, lagi-lagi telur yang tersangat busuk! Perrghhh.. memang terbaik la. Pastu plak kita baling tepung. Ada tepung gandum, ada tepung kastard, ada tepung ganji! Mak aihh, bukan main banyak jenis tepung lagi. Kadang-kadang bukan takat telur & tepung je, malahan ada yang pakai pewarna! Malahan ada yang lebih teruk lagi beb. Ish3.. Best tu memanglah best kan.

Tapi kita ni sebagai umat islam, beragama islam bukankah ada upacara lain yang lebih elok untuk kita sambut? Cuba korang ingat kembali, mereka dilahirkan dan dilaungkan azan dan iqamat, alangkah indahnya kita mendengar. Bukankah lebih indah dan lebih bagus jika kita bersama-sama diri di hadapan pada orang yang menyambut birthday itu dan mendoakan KESEJAHTERAAN, KEAMANAN, KEBAIKAN, Lagi dapat pahala buat DOA SELAMAT! Kan kan kan?

Lagipun saya memang tak berkenan dan tak berminat dengan upacara membaling telur dan tepung ini kerana pada saya ianya sama je macam hukum hudud iaitu membaling batu kepada mereka yang telah melakukan kesalahan, Cuma beza disini adalah anda membaling telur dan tepung kearah mereka yang akan menyambut kelahiran, bukankah menyambut kelahiran itu adalah sesuatu yang harus disyukuri dan di raikan? Disamping itu gak, upacara ini akan menimbulkan perasaan dendam antara satu sama lain, iaitu si mangsa akan berdendam kepada mereka yang telah membaling telur atau tepung. Apabila perasaan dendam itu muncul, maka inilah yang akan menimbulkan pergaduhan.

So sebagai penutup, kita fikirlah apa yang baik dan apa yang buruk. Apa kesan yang akan timbul dengan upacara-upacara seperti ini. Tidak kira sama ada gurauan atau suka-suka.

Ampun dan maaf sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan coretan ini.

Note : KAN BAGUS BAGI TELUR-TELUR & TEPUNG TU KAT MAK KORANG SUH BUAT CEKODOK.

Peace for the [Attitude.Reliable.Ambitious]

Wednesday, March 2, 2011

GIGI oh GIGI, kau di cabut lagi! ~

Nak di senangkan cerita aku ni adalah seorang pemakai 'Pendakap Gigi' a.k.a 'Braces' a.k.a 'Gigi Besi'. Actually aku dah pakai gigi ni hampir setahun gak. Maybe tingal lagi 2 tahun kot tempoh pemasangan. Sebelum aku pakai pendakap gigi ni aku dah cabut 4 batang gigi, semuanya gigi kekal. Memang diwajibkan untuk kepada pemakai pendakap gigi supaya mencabut dahulu 4 batang gigi agar mudah untuk mengikat gigi. Lebih kurang macam tu la ayatnye.

Sebab aku pasang pendakap gigi ni kerana dulu masa aku muda mudi dulu gigi aku ni memang kompom tak lawa. Nak katakan 'Halimah Jongang' tu tak lah. Tapi nak dikatakan 'Halim Jongang' tu ye la kot. Hahaha nasib baiklah tak de cerita 'Halim Jongang' dulu-dulu, kalau ada dah lama aku kene bahan! Masa dulu-dulu gigi aku memang ada jongang dan ada yang bertindih. Nak katakan tak kacak tu tak kot sebab ada je yang minat aku dulu. Huhuhu! (sambil malu-malu). Sebab tulah aku di suruh membuat pemasangan Pendakap Gigi ni supaya dapat meratakan semula gigi aku yang jongang and bertindih ni.

Sekarang ni aku dah pakai pendakap gigi, macam-macam warna aku dah pakai antaranya putih, kuning, hitam, hijau, biru, biru tua dan ungu! Yang paling aku suka warna hitam sebab nampak smart!

3 minggu lepas aku pun pergilah wat check up sebab dah appointment. Doktor yang merawat aku ni namanya Dr. Maryati dari UKM. Maknanya aku wat pendakap ni kat UKM yang terletak di Hospital Bukit Kota London a.k.a HBKL. Dr. maryati plak berkata pada aku yang aku harus di cabut lagi 2 batang gigi! Oh no! that's mean I will lost another 2 gigi lagi and total kehilangan gigi aku adalah 6 batang gigi untuk pemakaian pendakap gigi ni! Uwaaaaaaa!!! Rongaklah untuk sementara nih! Muahahhahaha…..!

So untuk sementara ni aku terpaksalah menjadi SEORANG YANG SOPAN. Maknanya aku kena KURANG CAKAP, KURANG GELAK, KURANG SENYUM NAMPAK GIGI! Oh no! Nanti kalau senyum nampak gigi awek dah tak nak ngorat dah sebab rongak! Uwwaaaaa…..

Tapi saya tahu kenapa Dr. Maryati menyuruh saya mencabut lagi 2 batang gigi itu. Ini kerana mudah untuk gigi saya menjadi rata dan tidak akan menjadi 'Halim Jongang'! Oleh itu saya haruslah menjadi pendiam agar nampak tampan! Erkkk…. Tampan ke? zzzZZZzzZZzz… Harem J!

Peace for the [ATTITUDE.RELIABLE.AMBITIOUS]

Tuesday, March 1, 2011

KEJUJURAN itu PENTING

Hidup semestinya memerlukan sikap
kejujuran
. Ini amat penting kerana ianya salah satu daripada sikap yang ada pada diri kita. Kenapa saya katakan kejujuran itu penting?

Kejujuran adalah satu kata yang mudah diucapkan tapi sulit dalam pelaksanaannya.

Mengapa kejujuran itu penting?
suatu pertanyaan yang sulit dijawab. Heheheh, sulit sangat ke? Pejadahnyelah sulit sangat. Jom kita tengok apa yang sulit sangat sampai aku sebut pun terbelit-belit : Dengan kejujuran akan melahirkan
kepercayaan, kepercayaan akan melahirkan
keamanan, keamanan akan melahirkan ketentraman, ketentraman akan melahirkan
perdamaian, perdamaian akan melahirkan
kesejahteraan, kesejahteraan akan menimbulkan
keadilan
dan
kemakmuran. Dengan demikian
kejujuran adalah tolak ukur pertama yang harus kita dilakukan agar kita semua selamat dunia dan akhirat.

Haaa... clear? Dalam erti kata lain yang sangat ringkas dan simple dan jelas adalah Kepercayaan, Keamanan, Ketenteraman, Perdamaian , Kesejahteraan, Keadilan dan Kemakmuran serta semua jenis keluarga Ke Ke Ke... kejahatan tu tak lak ye. =P .

Oleh itu marilah JUJUR demi diri sendiri dan orang ramai!

Peace for the [ATTITUDE.RELIABLE.AMBITIOUS]