Monday, March 28, 2011

“ TeLuR & TePunG : SelaMaT HaRi jAdi! ”

Assalammualaikum & Salam sejahtera sebagai pembuka bicara.

Sebelum memulakan apa yang hendak di coretkan, disini saya hendak mengucapkan SELAMAT HARI JADI & SELAMAT HARI LAHIR kepada mereka yang telah menyambut hari kelahiran & bakal menyambut hari kelahiran tidak kira bulan lepas, bulan depan, masa lalu, masa depan dan selamanya.

Untuk coretan saya pada hari ini adalah ditujukan kepada mereka-mereka yang suka sangat menyambut hari lahir sahabat-sahabat mereka dengan menyambut upacara yang tak sepatutnya di sambut iaitu membuat upacara baling telur & tepung kepada mereka yang akan menyambut hari lahir.

Firstly, sebelum aku nak mulakan dengan selanjutnya aku minta maaf sangat-sangat sekiranya apa yang aku coretkan disini akan membuatkan sesetengah pihak terasa atau marah atau tidak puas hati! Lets go on :

Memang best kita kenakan kawan kita tuh dengan baling telur, lagi-lagi telur yang tersangat busuk! Perrghhh.. memang terbaik la. Pastu plak kita baling tepung. Ada tepung gandum, ada tepung kastard, ada tepung ganji! Mak aihh, bukan main banyak jenis tepung lagi. Kadang-kadang bukan takat telur & tepung je, malahan ada yang pakai pewarna! Malahan ada yang lebih teruk lagi beb. Ish3.. Best tu memanglah best kan.

Tapi kita ni sebagai umat islam, beragama islam bukankah ada upacara lain yang lebih elok untuk kita sambut? Cuba korang ingat kembali, mereka dilahirkan dan dilaungkan azan dan iqamat, alangkah indahnya kita mendengar. Bukankah lebih indah dan lebih bagus jika kita bersama-sama diri di hadapan pada orang yang menyambut birthday itu dan mendoakan KESEJAHTERAAN, KEAMANAN, KEBAIKAN, Lagi dapat pahala buat DOA SELAMAT! Kan kan kan?

Lagipun saya memang tak berkenan dan tak berminat dengan upacara membaling telur dan tepung ini kerana pada saya ianya sama je macam hukum hudud iaitu membaling batu kepada mereka yang telah melakukan kesalahan, Cuma beza disini adalah anda membaling telur dan tepung kearah mereka yang akan menyambut kelahiran, bukankah menyambut kelahiran itu adalah sesuatu yang harus disyukuri dan di raikan? Disamping itu gak, upacara ini akan menimbulkan perasaan dendam antara satu sama lain, iaitu si mangsa akan berdendam kepada mereka yang telah membaling telur atau tepung. Apabila perasaan dendam itu muncul, maka inilah yang akan menimbulkan pergaduhan.

So sebagai penutup, kita fikirlah apa yang baik dan apa yang buruk. Apa kesan yang akan timbul dengan upacara-upacara seperti ini. Tidak kira sama ada gurauan atau suka-suka.

Ampun dan maaf sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan coretan ini.

Note : KAN BAGUS BAGI TELUR-TELUR & TEPUNG TU KAT MAK KORANG SUH BUAT CEKODOK.

Peace for the [Attitude.Reliable.Ambitious]

Comments
5 Comments

5 comments:

  1. betol betol betol!!
    dah la susa nak basoh..bau pulak tu! :((

    ReplyDelete
  2. Zdan : x bole... menyusahkan banyak pihak.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Jan : ha.. tau x apa... cube la bg kek kan? ^_^

    ReplyDelete
  4. klo bleh xpyahla bling tepung ngan telor dh ler krjaan bg subsidi utk brg ni so bknkh mmbzir duit je kn,fikir2kn laa

    ReplyDelete