Thursday, May 5, 2011

Berakhirnya PEPERANGAN untuk SEMESTER ini.

PHYSICS 2, CHEMISTRY, ENGINEERING MATH 1, MANDARIN LANGUAGE, PROGRAMMING COMPUTER, AKIDAH KETUHAAN! Oh no…. 6 subjek untuk FINAL PAPER! SUSAH atau SENANG? Jom aku cerita satu demi satu mengenai subjek-subjek ini.

Sebenarnya subjek-subjek ni tak de la payah pon, contoh macam Physics 2, Engineering Math 1, Akidah ketuhanan, Chemistry. Kebanyakan subjek ni dah belajar masa aku di Tingkatan 4 & 5 serta di zaman Politeknik Port Dickson dulu. Tapi otak ni bila makin tua, jadi makin slow and lupa ingatan deh! Bila aku masuk plak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ni, aku di dedahkan plak dengan subjek baru iaitu Mandarin Language and Programming Computer! Perghhh… Masak-masak… Jom lanjutkan :

  1. PHYSICS 2

    Untuk semester kali ni aku tak amik subjek Physics 1, tapi aku terus ke Physics 2. Kenapa? Sebab aku dah drop untuk subjek Physics 1. Bila masuk U, belajar plak terus ke bahagian expert iaitu Physics 2, memang otak kena cepat-cepat Pick Up la kawan. Nasib baiklah Physics 2 ni banyak bermain formula. Actually senang subjek Physics 2 ni sebab kita kena pahamkan konsep penggunaan formula and pahamkan teori. Aku boleh dikatakan suka gak subjek ni, Cuma aku x suka soalan yang macam entah apa-apa!

    Berkenaan dengan pensyarah yang mengajar subjek ni plak? Aku memang salute la. Gilew sporting. Awal-awal kelas lagi dia dah bagi maklumat style dia mengajar iaitu :

    1. Saya tak kisah awak datang lambat atau tidak, tapi pastikan hadir.
    2. Nak makan atau minum dalam kelas silakan. Tapi Nasi Lemak, Mee Goreng NO.
    3. Awak datang ke kelas, kalau ngantuk, tidur la delam kelas.
    4. Segala tugasan atau kerja yang harus di hantar pada waktu yang diberikan, sila patuh pada waktu tersebut.

    Lebih kurang macam tu la bunyi nye… Bila dia dah bagi tau macam tu, memang aku datang kelas lambat! Bayang kan kelas start kul 2, aku datang 2.30 atau kul 3 PM! Hoho… Macam mana lah nak berkat!


     

  2. CHEMISTRY

    Perghhh… Atomic mass, chemical, proton, acid, base, bla la bla…. Apakah? Huk3.. Siyes ku sungguh tidak suka sama ini Chemistry! Langsung x de chemistry ngan aku! Tak suka tol main dengan equation ni. Korang bayangkan dah la Carry Mark (PB) aku 21.9/50 … Giew r… Maknanya untuk final paper aku kena score 45/100 ke atas untuk LULUS! Kalau tak lulus alamatnya join budak junior la sem akan datang! Tapi macam pelik kenapa Chemistry, budak Electrical Pure kena amik? Nak tak nak kena follow the flow la…

    Berkenaan dengan pensyarah, perghhh.. aku suka gaya dia ajar, Cuma aku x suka subjek ni jew. Hehehe… Di tambah pula dengan gaya gedik-gedik dia, memang best la. Straight memang straight, Kalo dalam kelas aku nak main msj memang kena sorok-sorok! Tapi dia pon sporting, best!


     

  3. ENGINEERING MATH 1

    Arghhh… Lagi gilew kot! Subjek yang senang rasanya, tapi kenapa bila DIA ajar aku tak paham? DIA? Siapakah? Nanti la aku cerita. Subjek ni best. Aku suka kira-kira ni, lagi best. Tapi yang tak bestnya sebab pensyarah la. Walaupun dia Ketua Jabatan Elektrik, tapi aku tak bape nak paham sangat bila dia ajar. Kalau masuk kelas dia, kompom aku menyanyah kat belakang! Kalau dah bosan dalam kelas dia, kompom kami keluar g makan punya! Huk3.. Wey! Aku tak nak repeat paper ni!


     

  4. MANDARIN LANGUAGE

    Wo Ai ni! HAhaha .. tu je la yang aku hafal! Ini lah first time aku blaja mandarin weyh. Balaja menulis, menyebut, mengenal huruf! Best taw kita study mandarin, banyak faedah and kelebihan. Yang aku suka subjek ni sebab enjoy. Nasib baiklah Carry Mark aku dah lulus untuk paper ni, tapi nak skor pointer kena jawab lagi lah untuk tambah markah. Sape kata tak nak pointer tinggi?

    Pensyarah ni plak, kalau mengajar memang relax. Aku tak pernah nampak dia marah. Yang aku tak suka, kadang-kadang bila dia cakap bahasa melayu, aku sendiri yang tak paham! Hahaha… jahat tol…


     

  5. PROGRAMMING COMPUTER

    Haaaa.. tu dia…. Tu dia… Ni 1 lagi subjek yang aku payah nak paham. Dengan kena main flow chart, source code, itu and ini.. bla bla bla… Adoi.. Ingat aku ni budak IT ke? Payah beb, otak aku dah a loading, nak pick up IT C++ ni payah beb. Nasib baiklah Carry mark aku hampir lulus, apa pun aku dah jawab untuk skor pointer!

    Yang bestnya masa first day kelas, aku ingat ag pensyarah kami bagi sorang RM5! Haha.. Dia belanja tuh, ingat senang nak dapat pensyarah macam ni? Baik + Sporting!


     

  6. AKIDAH KETUHANAN

    Haaa.. ni paper ni ok sikit. Sebab berkaitan dengan agama. Kalau korang nak tahu, aku langsung x baca apa pon masa nak final! Aku banyak piker logic and bantai je jawapan. Huk!

    Alhamdulillah skang paper aku dah habis untuk sem ni, Aku risau repeat banyak paper ni! Adoi… Belum merdeka weyh! Macam ne la ngan pointer aku? Sob3… Kita tunggu je la result… Bertawakal… Amin... <3


     

    Peace for [ATTITUDE.RELIABLE.AMBITIOUS]

Comments
4 Comments

4 comments:

  1. banyakkan berdoa...mintak permudahkan segalanya!^^

    ReplyDelete
  2. mesti lulus punye.. amin~ gud lux.. ^_^

    ReplyDelete
  3. wah siap ade miss sushu
    haha yg penting jgn putus asa...
    klu de repeat sem 1 tu bese r...
    mmg smue org xnk repeat...
    yg penting jadi motivasi utk ko utk sem akan datang... repeat satu subjek dah la.. xyh byk2.. kih3x...

    ReplyDelete