Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dikenali UTHM. Bertapak di Parit Raja, Negeri Johor.
Sejarah :
16 September 1993 : Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP).
12 April 1996 : Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).
30 September 2000 : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO).
1 Februari 2007 : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Itulah serba sedikit bagaimana UTHM ditubuhkan. Sekarang UTHM di catatkan ranking ke 12 dalam Universiti di Malaysia. Kalau dahulunya kalau tak silap aku ranking ke 15.
*Pandangan UTHM dari angkasa.
*Pintu masuk utama UTHM.
Now aku nak story serba sedikit apa yang ada di UTHM ini. Huhu.
(Khas untuk pelajar yang mungkin akan masuk ke UTHM)
1. Pendaftaran.
kalau nak ceritakan waktu aku pendaftaran ni tak ada apa yang istimewa pun. Kalau dulu masa aku daftar sekolah rendah, daftar sekolah menengah, daftar sekolah teknik dan daftar politeknik mesti ditemani oleh mak atau ayah serta kedua nya. Tapi kali berbeza di mana aku mendaftarkan diri dengan kedua atok dan nenek serta kak long ku.
Sebab mengapa kedua ibu bapa aku tak daftarkan aku adalah kerana aku tak nak susahkan mereka yang jauh di Sibu. Kalau salah sorang antara mereka yang pulang ke Johor untuk hantar aku pulang pasti akan menelan belanja yang banyak lagi.
Tu pic aku ngan atok and nenek aku semasa pendaftaran. (sebenarnya saje je nak citer yang ni!)
2. Kolej Kediaman UTHM.
Alhamdulillah waktu ini aku dapat kolej kediaman. Pasal kolej kediaman, korang jangan bimbang sebab UTHM tetap akan menyediakan kolej kediaman dengan kontrak 1 tahun.
UTHM bagi aku Kolej Kediaman Tun Syed Nasir. Melalui dari hasil penilaian aku, aku rasa Kolej Kediaman Tun Syed Nasir ni adalah kolej kediaman yang paling lama dalam UTHM ni. Sebab struktur bangunan ni macam asrama punya sekolah. Oh, aku roomate dengan Ahmad Hazidan. Ahamd Hazidan adalah housemate aku masa zaman Politeknik Port Dickson, Alhamdulillah kami sama-sama dapat sambung di UTHM dan sama-sama satu kos serta satu bilik! Haha,. ada gak roomate yang senang.
* Ni dia bangunan Kolej Kediaman Tun Syed Nasir.
* Ni adalah roomate ku, Ahmad Hazidan Baharom. Yang segak dan bergaya.
Oh lupa nak story keluasan bilik dalam kolej ni. Berkenaan keluasan bilik aku ni sangat berpuas hati. Walaupun bangunan lama, aku selesa. 1 bilik 2 orang penghuni, disediakan 3 meja belajar, 3 kerusi, 3 almari, 2 katil besi dan tilam. Sangat selesa! Tapi kalau kolej-kolej kediaman lain aku tak tau la.
Ni aku tambah sikit berkenaan dengan kolej kediaman yang lain. Di UTHM ni bukan sahaja kolej kediaman Tun Syed Nasir aja yang ada. Malah UTHM menyediakan kolej kediaman yang lain antaranya Kolej Kediaman Tun Fatimah, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, Kolej Kediaman Taman Universiti, Kolej Kediaman Taman Perwira, Kolej Kediaman Melewar & Kolej Kediaman Kelisa.
*Ini adalah bangunan Kolej Kediaman Tun Fatimah, lawa! Dikhaskan untuk wanita sahaja okay. Lelaki? Sila lihat bawah...
*Ini dia Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail.
*Ini pula adalah Kolej Kediaman Taman Perwira. Nampak macam kondo kan? Kolej ini dikhaskan untuk pelajar yang menyertai Palapes. Jaminan kolej selama 3 tahun! Best tuh! So kalau nak duk sini, join la Palapes. Huuuuuu~
*Ini pula Kolej Kediaman Melewar, bukannya korang duduk kat bahagian parking kereta ni, Tapi korang duduk kat dalam rumah yang macam rumah teres, Best gak ni! Tapi pengangkutan sakit sikit la! Kalau pengangkutan sendiri, cantekkk...! ~
Oh yang terakhir adalah Kolej Kediaman Kelisa & Kolej Kediaman Taman Universiti, Minta maaf sebab aku tak dapat research gambar kedua-dua kolej ini. Apa yang pasti kedua kolej ini adalah perumahan seperti rumah kedai. Best gak. Lagi senang kalau nak mohon! Shiiuuuuu~
3. Perpustakaan UTHM.
Ha, ni best. Korang pernah masuk Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak? Kalau pernah, bagus. Kalau tak pernah pun baguslah! Tapi lagi bagus kalau korang jejakkan kaki di UTHM dan masuk ke perpustakaan UTHM. Mengapa? Sebab mengikut maklumat yang aku terima, Perpustakaan UTHM adalah perpustakaan yang TERBESAR di Asia Tenggara. Benarkah? Itu aku tidak pasti, tapi kalau tengok dari jauh, memang besar! Tak caye? Ni aku masukkan pic binaan dalam dan binaan luar.
*Ni adalah gambaran dari luar, besarkan!
*Ni pula pintu gerbang Perpustakaan UTHM.
*Model Nurul Ashikin & Barthlomew berdiri di sisi direktori.
*Ketika di dalam lif.
*Ni aku tak tau tingkat berapa.
*Di bahagian bawah tengah-tengah.
Kalau korang nak tau, masuk kami masuk ke Perpustakaan UTHM ni, memang sebijik macam orang jakun! Sangat kagum dengan binaan ni. Oleh itu, manfaatkanlah perpustakaan ini dengan sebaiknya. Kalau nak dikatakan perkhidmatan dalam perpustakaan ni, macam-macam ada! Kalah Perpustakaan Negara kot. Ngeeee~
4. Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
Kepada pelajar-pelajar yang sakit, lepas ni korang tak payah la mengada-ngada nak pergi Klinik Kesihatan Parit Raja. Korang tak payahlah nak menggedik ke sana. Kenapa? Ha... Kalau korang sakit, hadirkan diri ke PKU UTHM yang terletak didalam UTHM. Best wo, kalau korang pergi ke Klinik Kerajaan Parit Raja yang jauh tu dengan kena tambang bas and bayaran RM1, tapi kalau PKU ni korang datang lah banyak kali, sebab bayaran adalah serendah RM0.00 sen! Korang masuk and just letak matrik kad, Korang tunggulah sampai tak lebam! haha, Servis PKU UTHM ni terbaik la aku bagi tau. Kalah Klinik Kerajaan dan Klinik Swasta! Maklumat yang aku dapat dari salah seorang pegawai PKU ni menyatakan ubat yang PKU terima ini adalah 100% original. So tak perlu ragu dan was-was. Di jamin HALAL!
Maaf ye sebab tak ada gambar. Saje nak bagi korang keterujaan!
5. Aktiviti Riadah & Bersukan.
Kalau korang diterima masuk belajar di UTHM, jangan ingat korang hanya kena fokus study dan study dan study hanya semata-mata nak dapat pointer tinggi. Gilew pe. Kalau korang masuk UTHM, macam-macam riadah yang korang boleh lakukan. Tapi yang paling aku suka kat UTHM ni bermain kayak. Walaupun ada golf tapi aku tak main. Gymnasium aku pernah pergi 2 kali je. Berjoging paling aku suka sebab tengah stress aku akan joging. Yang aku tak sabar adalah siapnya pembinaan kolam renang!
6. Bas
Bas? korang jangan bimbanglah, tak perlu lah ak sediakan 80 sen ke, RM1 ke, RM0.50 sen ke. Tak payah nak mengada-ngada tunjuk kaya lah! Ni bukan bas Johore Motor, Cuaseway Link dan Bas Tanjau, Tapi ini adalah bas-bas yang dikhaskan oleh UTHM kepada pelajar-pelajarnya untuk kemudahan dari kolej kediaman ke kampus belajar atau ke kelas. Ingat kecik ke UTHM ni? Weyh, kalau kelas start kul 8, kol 9 baru kau sampai jalan kaki! So tak perlu pening pun macam ne nak ke kelas nanti, tapi bas x de la parking depan kelas. Pandai-pandailah jalan sikit kan.
Tapi kalau korang nak ke bandar Batu Pahat atau Pekan Ayer Itam mahupun Bandar Kluang, jangan sesekali kau cakap kat pakcik bas UTHM "Pakcik, bandar BP ye". Kalau part ni, korang rajin-rajinlah tunggu bas di luar UTHM dan hulurkan duit kepada bas Johore Motor, Causeway Link atau pun bas Tanjau ye!
7. Mesin ATM
Kalau duit PTPTN dah masuk, korang tak payah lah sibuk nak beratur panjang-panjang mengalahkan Keretapi Tanah Melayu. Dalam UTHM ni semua jenis mesin ATM ada, cuma yang tak ada ialah MAYBANK! So, kalau nak ke Maybank, silalah ke pekan Parit Raja.
~Okay wat masa ni, tu je aku dapat ceritakan and apa yang aku nampak kemudahan yang ada di UTHM sepanjang aku 6 bulan disini. Mahukan lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan, rajin-rajinlah ke laman web UTHM di www.uthm.edu.my ~
^_^
ReplyDeleteweh aku pun termasuk eh jadi model ko..hahaha
ReplyDeleteEkyn , hahaha... pe salahnye! ko kan comell.....
ReplyDeletehoi sahabat!! ko kat uthm ke wei?? aku study kat iptho ni.. huhuhu
ReplyDeletewah suke duke apuz.............
ReplyDeletetgh suke ke duke skang ni......
wah suke duke apuz....
ReplyDeletetgh suke ke duke......
gambar aku xde ke.....
hahahaha..............
ASSALAMUALAIKUM
ReplyDeletekepada owner blog ni....
saya nak minta tolong ckit bleh...
ummmm saya nak tau senarai subjek untuk ijazah sarjana muda mekanikal dan pembutan boleh ye tolong ye sape2 pn...
email kat sni ye...tolong ye...boleh ye...
is_smart88@yahoo.com.my
jalan2 tgk uthm then termasuk sini tgk gmbr. hehe. nani dpt kat uthm. kjrtrn elktrnk prbtn. jauh nak mrantau ni. hehe
ReplyDeletehype. sy junior yg bakal daftar september nnti.... tp sy x berminat pown2 ngn uthm... first2 sy dpt taw result upu smalam,,mmg rase cam xnak jew blaja sbb dpt uthm...sy cube tok time uthm skunk ni...bagi semangat ckit bleyh.....promote uthm....
ReplyDeleteunknown dpt kos ape? Kite pon dftr bln 9 nanti..
ReplyDeletehmm..boleh pilih roomate ke?
ReplyDeleteSalam..nak tanye ni..Tun Dr. Ismail dlm kolej kah?
ReplyDeleteeeiii...lainnye sekrg ittho ni
ReplyDeletenape lah dedulu takde cam ni...harus pegi study balik ni...kikikiki
well.thanks for all the information :)
ReplyDeleteeh2 nak tanye.
ReplyDeletesaya dapat KK Perwira. ok tak? haha :P
sampai sekarang takde lagi ker ATM Maybank? ",