Wednesday, January 18, 2012

Cara membalut buku!


Assalammualaikum & Salam sejahtera kawan-kawan sekalian!

Apa macam? Ada baik ka ada jahat? Atau kurang baik? Kalau kurang baik, kasi baiklah! Kalau jahat, kasi pancung ma...

Ini hari, aku tak mau kongsi cerita atau luahkan perasaan yang terpendam dalam jantung ini.

Pasal hari ini aku mau AJAR CARA MEMBALUT BUKU DENGAN LEBIH CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG! lang lang lang! Especially untuk adik-adik sekolah yang sudah masuk alam persekolahan.

Yang ini original hasil tangan aku membalut ok. Bukan copy paste. Original ma... cuma x da logo HALAL ataupun SIRIM. Yang pasti no tiruan tau. Hihihi...

Okay-okay. Mula-mula sekali, pastikan korang mempunyai buku yang mahu dibalut. Yang paling penting buku tu belum berbalut lagi ma. Nak balut 2 kali buat apa? Buat kalis peluru ka kawan? Halamak... Lepas tu pastikan ada pembalut buku, gunting dan juga solitape. Selain dari itu sila simpan dalam stor yang berdekatan. :)

Okay-okay. Jom kita follow step step berdasarkan di bawah berikut.

**********************************************


Figure 1


*POTONG PEMBALUT BUKU MENGIKUT KESESUAIAN SAIZ BUKU. KALAU NAK SENANG BUAT LIPATAN, BAHAGIAN ATAS , BAWAH DAN TEPI KASI LEBAR SIKIT POTONGANNYA (JARAK).

Kemudian, letakkan buku tersebut di kawasan tengah-tengah. Bahagian atas & bawah biarlah seiring dan sejalan serta sekata sehati dan sejiwa tau. Jangan lupa bahagian tepi ma, kalau lupa nanti bahagian itu kecik hati, kita pulak susah hati! Okay! Lihat Figure 1 di atas.

*******************************************



Figure 2



Kemudian, Lipatkan bahagian tepi tadi dengan kemas dan cantik. Lihat Figure 2. Pastikan lipat ke bahagian dalam buku, jangan lipat luar buku ma. Sia-sia saja kehidupan kalau lipatkan ke bahagian luar buku. ^_^

Tapi bahagian atas dan bawah jangan lipat sama ada ke dalam atau keluar, pastikan kekal begitu saja tau. Tak ada faedah kalau lipatkan sekarang kerana bagai mencurah air kedaun keladi. ;)

***********************************************


Figure 3

Hasil lipatan bahagian tepi tadi, akan jadi seperti gambar di atas (Figure 3), kalau kawan perasankan, ada bulatan merah 3 tempatkan? Ha.. Itu bukan kawasan larangan ma. Tapi itu kawasan untuk aku letakkan solitape (betulkan ejaan? Pahamkan je la).

Tujuan aku letakkan solitape supaya memudahkan urusan aku nak buat segala jenis lipatan yang akan berlangung seketika nanti. Lagi satu, bila sudah letak solitape, nanti buku tak lari ma. Kalau lari nanti penat nal kejar. Jangan lupa letakkan solitape di kawasan sebelah lagi tau. Kalau dalam gambar ini muka cover depan, so lagi satu muka cover belakang. Haha.

Lagi satukan kawan, korang ada perasan tak aku tak buka buku tu terkangkang meluas. Nak tau sebab apa? Sebab aku nak maintainkan buku tu. nak solitape x bole buka buku terkangkang ma. Nanti tak menjadi. So korang nanti kasi tahan pakai tanganlah. Okay? Next... lepas selesai lipatan dan tampalan solitape, buku korang akan jadi seperti gambar di bawah. (Figure 4).


Figure 4

*******************************************
Next ,


Figure 5

Lepas tu, korang nampakkan bulatan kuning tersebut? (Lihat Figure 5). Ha... ambil gunting yang tajam lagi bersinar, kemudian guntinglah di lokasi tersebut. Aku pun tak tau apa nama lokasi tersebut.

Tujuan gunting lokasi tersebut adalah memudahkan urusan kita untuk membuat lipatan di bahagian atas dan bawah pembalut.

Lagi satukan, pastikan korang gunting di empat (4) kawasan, iaitu depan dan belakang serta atas dan bawah. Okay?
Jangan salah gunting, nanti jari binasa!

Selesai gunting, hasilnya akan kelihatan seperti gambar di bawah (Figure 6)


Figure 6

************************************************
Next,




Figure 7

Sekarang tiba masa untuk membuat lipatan bahagian atas dan bawah selepas selesai menggunting di 4 lokasi tadi. Lipatan tersebut haruslah kemas. Untuk lipatan ini, anda harus membuat lipatan bersudut 45 darjah.

Lihat jari telunjuk aku di atas tu, aku sedang menahan lipatankan? Manakala kalau korang perasan, bahagian belakang tapak tangan aku berada dalam keadaan sedang menahan buku atau senang cerita, buku tu buka sedikit ruang kangkangnya. Ha, ingat, ketika buat lipatan 45 darjah ini, jangan kangkangkan buku korang secara luas tau. Nanti salah jadinya. Sudah menyusahkan diri sendiri, hancur binasa. ;P.

Kemudian anda lihat Figure 8 di bawah ini


Figure 8

Lepas korang buat lipatan 45 darjah tadi, sekarang lipatkan kesemua bahagian atas itu masukan ke bahagian dalam buku. Ha... Lepas tu nak senang, teruskan solitape. Cuba lihat lagi sekali, belakang tapak tangan aku masih lagi menahan bukukan? ^_^

Proses ini lakukan juga di bahagian bawah dan juga belakang. maknanya ada 4 lipatan yang akan dilakukan sehinggalah terhasil gambar di Figure 9

Figure 9

Ha nampak tak? Cantikkan? Halamak... Bukan susah ma...

*************************************
Next,


Figure 10

Okay, sekarang ini adalah LAST PART. Dimana , hasil yang korang gunting tadi tu akan di guntingkan lagi untuk menyempurnakan kekemasan hasil balutan buku korang. So, lihat pada bulatan kuning tersebut (Figure 10), maka buanglah plastik buku yang terjuntai di kawasan tersebut, begitu juga di bagaian atas....
Dan hasilnya! Seperti di bawah ...



Mudahkan!

So kepada sahabat-sahabat, pakcik makcik yang nak balut buku anak sekolah tapi tak tahu, bolehlah amalkan. Begitu juga kepada adik-adik. Sesi persekolahan pun baru bermulakan? So pasti kena balut buku teks! Ha... Silalah balut supaya buku adik-adik kelihatan kemas dan menawan. :) Okay?

Semoga Berjaya!

Assalammualaikum...

With full of love, Abdul Mahfuz Abdul Rahman.



Comments
3 Comments

3 comments: