Tuesday, December 25, 2012

Dah kena Tweet Limit!

Baru je beberapa jam yang lepas saya tanya pada geng-geng di Tweeter apa itu Tweet Limit. Ada kata tak boleh nak Tweet untuk seketika. Ooo... Baru saya tahu rupanya gitu. Kira tak boleh nak tweet banyak-banyakla ye.

Saya pun ok kan je lah, tengah sedap-sedap bertweet ni last-last boleh pula saya terkena Tweet Limit! Kacau betul. Baru je tanya terus kena! Hahaa.. agak geram, kacau stim btol!

Lepas ni kalau nak tweet kenalah berhati-hati. Tak boleh nak kuat bergosip! ^____^


Sunday, December 23, 2012

First Time tengok!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Ni fisrt time sebenarnya saya tengok filem ni kat wayang. Bukan setakat tengok first time di wayang, malah tak pernah pun tengok filem ni kat mana-mana siaran televisyen mahupun pirate cd mahupun dalam laptop! Huhu. Tup tup terus tengok Breaking Down Part 2. Haha.. Nampak tak jauh sangat saya melompat filem ni? 

Saya pun tak ingatlah apa nama first movie ni. Twilight ea?
Nak dijadikan cerita, ini gara-gara Cik Ai punya pasallah nak sangat tengok movie ni. Saya pun temankanlah dia ni ke BP Mall Batu Pahat. Kami pun tengoklah Breaking Down Part 2 ni. Nasib baik saya faham walaupun tak tengok dari awal punya.

Cerita ni boleh tahan seronoknya. Dah sampai part klimak last-last suspen rupanya. Haha! Tapi nice movie la and jalan cerita. Lain pada yang lain.

Dengar cerita ni yang Finale. Mesti dah tak ada Part 3 punya. Tapi lepas ni Apuz nak tengoklah yang dari awal punya. ^_^


Pssst : Saya pun nak merasalah mata merah!

Big Bad Wolf 2012!

... BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ...

~ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA ~

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan limpah kurnia dapat juga saya pergi ke Big Bad Wolf 2012 yang berlangsung baru-baru ni.

Mesti ada segelintir masyarakat Malaysia yang tidak mengetahui apa itu Big Bad Wolf 2012. Ahhaa! Pada mulanya Apuz pun tak tahu apa benda lah Big Bad Wolf 2012. Bila tengok Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiarkan pada hari Jumaat yang lepas iaitu pada 21 Nov 2012, barulah Apuz tahu rupa-rupanya Big Bad Wolf ini adalah lebih kurang bersamaan dengan Pesta Buku atau Pameran Buku atau yang paling tepat ialah JUALAN BUKU TERBESAR di Malaysia!

Huhu. Yeahahh! Seriusly sangatlah terbesar. Jangan kata tempatnya besar sahaja. Malah diskaun yang diberikan juga sangat-sangatlah besar dan banyak iaitu daripada 70% sehinggalah 95%! tak tipu.... ini bukan cubaan. Sangat-sangatlah betul!

Apuz pergi ke Big Bad Wolf 2012 pada hari Sabtu bersamaan dengan 22 Nov 2012. Pada awalnya Apuz macam blur sebab Big Bad Wolf 2012 ni dilangsungkan di MIECC, Seri Kembangan, Selangor. Apuz pun tak tahulah kat manalah MIECC. Entah ada disediakan pengangkutan awam ke tidak nak ke MIECC ni, kalau ada pun mesti teksi, naik teksi plak dah la sangat mahal. Then Apuz pun tanyalah dekat Facebook berkaitan pengangkutan awam ke MIECC ni.


Alhamdulillah ada yang respon. Ada yang suggestkan Apuz turun ke Serdang and ada juga yang suggestkan Apuz turun Bukit Jalil. Daripada suggest yang diberikan ini, Apuz telah decide untuk turun di Serdang.

Pagi tu Apuz keluar rumah pukul 8.00 Pagi. Dari rumah Apuz menuju ke LRT Taman Melati dengan berjalan kaki. tiba di LRT Taman melati Apuz pun menuju ke KL Sentral. Tiba di KL Sentral Apuz tukar train iaitu naik KTM dan terus menuju ke Serdang. Tiba je di Serdang Apuz agak blur sedikit. Sebab tak tahu nak tuju ikut mana. Hihi, nasib baik malam sebelum bertolak tu Apuz search kat Blogger-blogger yang dah pernah pergi MIECC ni, mereka bagi tahu kalau nak ke MIECC ni cari jalan area ke The Mines. Kawan Apuz yang bernama 'Leen Riot' tu pun bagi tau turun kat Serdang and jalan kaki menuju ke The Mines.
Ooooo.. kira mungkin dekat dengan The Mines! Tapi lagi satu masalah, Apuz plak tak pernah pergi The Mines dari KTM Serdang! Hihi.... Then Apuz pun pergilah tanya dengan salah sorang brader ni macam mana nak ke The Mines. Brader tu pun cakap ikut kaki jalan ni. Apuz pun jalanlah and dekat depan Apuz tu adalah dalam  4 orang ikut jalan macam nak menuju ke The Mines, then Apuz pun follow dari belakang. Boleh tahan jugak perjalanannya.

Langkah demi langkah dan terus melangkah, Akhirnya sudah tiba di The Mines. Tapi dah sampai sana Apuz blurr lagi. Manalah bangunan MIECC ni, Apuz pun jalan lagi... Then barulah nampak terpampangnya MIECC dengan megah! Haha time ni dah excited bila nampak MIECC! 




Barulah Apuz tahu rupanya MIECC ni betul-betul sebelah The Mines. Dekat sangat rupanya. Bila dah sampai, Apuz pun rasa lapar, then nampak ada satu kedai mamak kat bawah bangunan MIECC ni.


Menu Pagi : Teh Ais + Roti Bakar + Telur Separuh Masak.

Lepas dah setel makan pagi, Apuz pun terus masuk ke dalam bangunan MIECC untuk merasai suasana Big Bad Wolf 2012.


Sebelum masuk ke dalam Big Bad Wolf 2012, tetamu akan jumpa pintu gerbang yang cantik ni. Bukan takat ada Pintu Gerbang ni, malah ada berbiji-biji kereta Lamborghini. Dengar kata koleksi kereta Lamborghini ni adalah milik kepada tuan punya Big Bad Wolf 2012 ni. 









Ha tu antara koleksi kereta Lamborghini yang di tayangkan. Siap ada kereta yang hancur akibat eksiden!
Lepas dah puas tengok koleksi koleksi kereta ni, Apuz pun masuklah ke dalam Big Bad Wolf 2012. Perhhhh! Memang sangatlah besar! Nak katakan besar padang bola, boleh tahan gak. Hihi.

Orang yang datang pun jangan ceritalah, memang ramai. Pihak Big Bad Wolf 2012 juga menyediakan kotak-kotak yang terpakai sebagai kegunaan untuk pengunjung memilih dan meletakkan buku-buku yang diingini ke dalam kotak tersebut. Masa Apuz kat sana, ada orang tu siap pilih buku sebanyak 2 kotak. Kompom banyak buku yang dia pilih.

HARGA? Fuhhh.. Kalau nak cakap pasal harga buku tu, memanglah sangat-sangat murah. Rata-rata harga dari RM3 hinggalah ke RM50. Buku yang tebal harga ratus-ratus pun jadi RM20. Serius tak tipu! Buku yang macam koleks kat perpustakaan pun dijual dengan harga murah.



Lepas dah setel pilih buku, Apuz punpergilah bayar. nak tahu apa buku yang Apuz pilih? Ha tengok bawah ni.


Ha ni lah antara pilihan Apuz semasa di Big Bad Wolf 2012. total harga semua ni adalah RM77.00. Hihi. Murahkan?

Sangat-sangatlah rugi kepada anda yang tidak pergi! Huhu!

Wednesday, December 19, 2012

Masih Menganggur Lagi!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Nak katakan normal tu, tak la juga. Nak katakan biasalah tu, pun bukan juga. Nak katakan malas tu, lagilah bukan!

Huhu, hampir dua bulan aku dah habis belajar (ramai yang tak tahu lagi ni). Yaaa, aku baru sahaja habuskan pengajian aku di Universiti Ter Hebat Malaysia. Tak tahu? Hehe, bukanlah.. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia a.k.a UTHM yang terletak di Parit Raja yang terletak di Batu Pahat yang terletak di Johor yang terletak di Selatan Tanah Air!

Ramai yang beranggapan aku ni seorang pelajar program Ijazah. Sebenarnya bukan, semasa aku di UTHM, aku adalah seorang pelajar Program Diploma dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik. Aku masuk ke UTHM bukan melalui tiket Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi aku menggunakan tiket Sijil Politeknik.

Lepas sahaja aku habis SPM, aku dapat tawaran sambung belajar di Politeknik Port Dickson selama 2 tahun. Lepas sahaja aku habis di Politeknik, aku dapat pula tawaran sambung ke UTHM selama 2 tahun juga setelah melakukan proses transfer kredit.

Nak dijadikan cerita kini aku telah pun tamat belajar Diploma pada bulan 10 yang lalu. Konon cadang lepas habis buan 10 tu nak la kerja sikitkan, tapi tiada rezeki sampai sekarang tak lagi.

Ehem-ehem, yang sebenarnya aku bukanlah seorang yang malas nak bekerja. Tapi boleh dikatakan bulan 11 dan bulan 12 ni memang di takdirkan aku patut belum bekerja lagi. Nak tau kenapa? Ha.. jom aku cerita kat bawah, cerita kat sini tak best, kat bawah ok sikit. Jom!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Okay, kenapa tak kerja lagi? Ha ni aku nak cerita. Sebabnya Kak Long aku iaitu anak pertama Emak & Ayah juga merangkap cucu pertama Mak Tok & Abah Tok akan bernikah dan bersanding pada awal tarikh bulan Disember. Tak nampak lagi kenapa? Haa... Sebab bulan November tu, banyak kali juga aku turun naik KL - BP sebab atas urusan kenduri, majlis kahwin dan persiapan wedding kakak aku. Nak dijadikan cerita lagi, aku ni merupakan seorang je anak bujang dalam keluarga juga merupakan cucu kedua kepada Mak Tok & Abah Tok juga merupakan Cucu Lelaki yang paling tua. So nak dijadikan cerita, ada kalanya aku kena temankan Mak Tok & Abah Tok naik ke KL. Kadang kala ke JB. Dan kena pula dengan tarikh hampir-hampir dengan wedding kakak aku, so memang banyak kali jugalah aku turun naik KL -BP.

Itu baru bulan November punya cerita, dah masuk bulan Disember, kakak aku pun selamatlah bernikah dengan pasangannya 1 Disember yang lalu iaitu pada minggu pertama bulan Disember. Aku duduk kat KL sehinggalah minggu ke dua bulan Disember iaitu bersamaan 8 Disember. Kemudian aku pulang ke kampung di Batu Pahat bersama Mak dan Adik aku, haa... time ni ayah aku tak follow sebab dah balik Sibu masa tarikh 5hb Disember kalau tak silap. Bila dah balik BP ni, kena naik KL lagi pada tarikh 14 & 15 Disember yang lalu sebab majlis kenduri doa selamat belah pengantin lelaki pula. Takkan aku tak pergi pulakkan, kalau aku tak pergi siapa nak teman family aku nanti? Atas sebab tanggung jawab dan prihatinlah aku pergi. Lepas habis kenduri belah lelaki, kami pun balik semula ke BP. Hari Khamis ni yang bersamaan dengan 20 Disember 2012, akan aku naik ke KL lagi bersama Emak dan Adik. Haaa.. kali ni bukan sebab ada majlis kenduri ke apa, tapi sebab aku nak temankan emak dan Adik aku ke KLIA untuk hantar mereka pulang ke Sibu. Kalau aku tak follow siapa pulakan nak tlong angkat barang-barang dan beg-beg yang berat tu?

Dan sebab itulah sehingga sekarang saya belum bekerja lagi. Bukan malas. Tapi ada hikmah di sebaliknya.
Yang pasti, Keluarga saya bukanlah punca saya tidak bekerja lagi. Rezeki ada di mana-mana. Saya lebih utamakan keluarga saya. ^_^

InsyaAllah akan da peluang dan rezeki satu hari nanti. Doakan untuk saya ya!


Tuesday, December 18, 2012

Sibuk Sangat Minta Tolong! Sakit Hati Ni!

Bismillahirrahmanirrahim...!

Geram-geram! Huishhh! Sangat geram! Korang pun mesti kene geram gak! Harap-harap korang baca post ni pon dalam keadaan geram! EiiiEEiii! Sakit pulak hati kite ni! Huh!

Nak dijadikan cerita, hari ni aku ke BP Mall. Bukan berseorangan, pada asalnya aku berempat termasuk aku. Tapi sebelum tu aku nak bagi tau korang, ikutkan aku ni memang malas nak ke BP Mall. Tapi dah atas PERMINTAAN PERTOLONGAN daripada sorang makcik aku ni untuk hantar anak die ke BP Mall, aku pun dengan rela hati pun hantarkanlah mereka sebab aanak dia reunion dengan geng-geng sekolah.

Aku bertolak ke BP Mall bersama dengan Wawa (Adik aku berumur 15 Tahun), Alia (Adik Sedara berumur 17 Tahun) dan Nana (Adik Alia berumur 14 tahun).
Nak dijadikan cerita akulah yang paling tua dan semua yang aku bawa ni perempuan a.k.a Anak Dara.
Kitorang bergerak ke BP Mall dan selamat sampai.

Tiba di BP Mall, aku lepaskan Wawa, Alia & Nana untuk bershopping. Aku tahu mereka perlukan Privasi tak kan lah aku nak ikut dorang kemana sahajakan. Lagi pun aku juga ada hala tuju aku sendiri. Bukannya aku nak biarkan mereka begitu sahaja. Ada time aku call mereka, ada time juga mereka call aku bertanyakan dimana dan buat apa walaupun kami dalam satu bangunan BP Mall.

Kemudian, Aishah dan Limah pun datang untuk temani aku di BP Mall. Aku, Aishah dan Limah pun pergilah makan dekat FoodCourt BP Mall tu. Bila dah selesai makan, aku pun beredar, masa nak beredar tu plak aku nampak Alia tengah reunion dengan geng-geng dia. Bukan satu dua meja dorang Reunion, tapi aku rasa hampir 6 meja gak dorang pakai. Lelaki dan perempuan ada. Aku pun menyelit sekejap kat meja Alia tu buat kacau untuk usik-usik dorang. Bila dah usik Alia, aku pergi ke meja Wawa dengan Nana. Sepanjang aku terserempak dengan dorang, tak ada pon kesan dorang berDATING.

Lepas dah habis aktiviti masing-masing di BP Mall, kitorang pun balik. Wawa, Alia dan Nana naik satu kereta dengan aku and aku yang bawa sebab mak dia yang minta TOLONG hantarkan anak dia tadi. Aishah dengan Limah pula kereta lain.

Tiba-tiba aku terasa nak ngeteh, kitorang pun pergilah ngeteh. Aku ajak sekali Aishah dengan Limah. Kitorang pun ngeteh jap. Waktu ni belum Maghrib lagi. Yang buatkan aku bengang kat sini bila si mak budak ni call berkali-kali cakap bila nak balik. Kalau sekali tak apa lah gak, ni berkali kali. Kesian tau tak budak tu nak makan. At least bagi la time dorang nak happening. Ni dah dok paksa balik. Bukannya aku tak jaga dorang. Aku tau dorang memang di bawah jagaan aku bila dorang bersama aku. Lagi pun memang dah niat aku lepas ngeteh nak terus balik. itu pun tak reti nak menyabar. Ok aku time ni sabar lagi.

Lepas dah habis makan, aku pun bayarkan makanan dorang. Then kitorang pun bergeraklah. Ok time ni memang dah Maghrib, bukannya sengaja aku nak bergerak time Maghrib, dah budak-budak tu pun tengah makan, takkan aku nak paksa dorang makan cepat? Kalau tercekik, siapa nak tanggung? Dah dalam kereta pun sibuk lagi nak call berkali-kali, memang menyirap. Dalam kereta aku dah bebel 'Tadi sibuk sangat minta tolong hantar, dah hantar nak suruh balik cepat'. Aku bukannya sengaja nak balik lambat, at least aku nak bg mereka happy. Aku nak singgah berhenti masjid untuk solat Maghrib pun tak jadi sebab kesian kan budak2 tu asyik dapat calling yang sakitkan hati, hati aku pun sakit.

Dah sampai kat rumah dorang, aku pun biarkan dorang masuk dan aku balik ke rumah atok aku. dah sampai  rumaha atok aku, ada juga mulut yang duk bising. Bla bla bla bla. Time ni aku masuk pintu rumah , aku dah mula lepaskan geram. Aku dah marah-marah. Tapi kemarahan aku ni sebenarnya aku tujukat makcik aku ni.  Pastu ada lagi mulut dalam rumah ni backup makcik aku, aku pun sabar dulu. AKu g la solat sekejap. Dah habis solat pun tak habis lagi. Ha.... time ni aku memang tak sabar dah! Aku terus mengamuk, dari atas aku marah-marah. Memang aku sakit hati gile time ni. Actually aku lepaskan marah aku tu sebenarnya nak bagi tau situasi, tapi aku duk geram bila bebelan demi bebelan keluar yang tak tahu situasi sebenar. Memang aku lepaskanlah. Geram ni geram!

Kalau dia nak marah anak dia, marah aku dulu. HAaaa lepas tu baru aku marah kau balik. Anak kau tak bersalah dalam hal ni!

Maaf tulisan cacar erba sebab tlis dalam keadaan marah. Haha.

Saturday, December 15, 2012

Alahai Nombor Maxis!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alahai dah bersawang! Lama betul dah tak update blog! Sebenarnya dalam otak ni macam tajuk yang nak di postkan, tapi kemalasan melanda. Hihi...

So untuk hari ini punya cerita, Apuz nak bagitau anda semua bahawasanya silalah berhati-hati jika HP anda memasang 'PIN CODE', bukannya 'SECURITY CODE'.

Pin Code adalah bila anda Switch Off HP anda, HP akan meminta anda untuk mengisi Kod Nombor. Manakala Security Code pula adalah apabula HP anda dalam keadaan Lock atau Screen Lock, apabila anda membukanya, HP akan meminta anda untuk mengisikan Kod Nombor yang telah anda setkan.

Nak dijadikan kisah yang memang terjadi, pada 14.12.2012 yang lalu, Apuz pon menggatalla pergi Switch Off HP. Then bila buka dia boleh pula minta Pin Code. Perhhh. time tu memang dah menggaru kepala ni! Entah macam mana boleh lupa pula Pin Code yang Apuz setkan tu. Then Apuz pon tekan lah sampai la daripada dia bagi tahu 'You Have 7 attempt try left' (lebih kurang gini la ayatnya) sampailah Apuz tekan hinggalah habis percubaan dan kena blok!

Bila dah kena block, memang miang  betullahkan dia minta 'Code PUK'. Time ni bukan dah takat garu kepala, dah rasa macam nak hentak kepala pon ada. Celah mana den nak cari PUK Kod. Then, baru teringat Kod PUK Apuz ada disimpan oleh Cik Ai. Tapi...... Harapan! Kod PUK pon salah. Hampagas betul.. Huh! Apuz pon try lah berkali-kali juga dengan penuh semangat, tapi disebabkan kedegilan DAN lupa untuk call Maxis Customer Service untuk pertanyaan awal berkaita Kod PUK, telah pun membuat 'SIM CARD REJECTED' Lagi macam Vingai bila baca! Hahaha..

Bila dah kena rejected, memang tak ada harapanlah anda semua nak on semula nombor tu pada malam tu juga. Nak ta nak esok nya Apuz pun pergilah ke Maxis Centre di BP MALL, Batu Pahat. Dapat nombor giliran 1016, nombor giliran sekarang 1010. Tapi nak tunggu dia panggil 1016 tu siap boleh pusing satu BP Mall! Bukan takat pusing sekali, dua kali pon boleh pusing.

Mohon sangat-sangat lepas ni Maxis tubuhkan lagi Maxis Centre walaupun daerah tu kecik. At least buatlah dua biji Maxis Centre ke. Humm!

Bila dah panggil nombor 1016, Apuz pun pergilah dengan wajah ceria walaupun penat menunggu.
Staff : Apa masalah encik?
Apuz : Nombor saya kena block.
Staff : Apa nombor encik?
Apuz : 0122593524
** Sambil cek sistem**
Staff : Tak ada masalah pun encik.
Apuz : Eh, nombor saya dah kena rejected!
Staff : Ooo... Kalau macam tu encik kena buat Simkad baru... bla bla bla.. dengan bayaran RM10.
** Dalam hati aku time ni tengah cakap, service apa maxis ni boleh cek tapi tak tahu nombor aku da kena sekat. Lagi pun memanglah aku tau kena renew.. Alahaii..**

Then Apuz pun isilah borang yang dia minta dengan bayaran RM10.

Penghujungnya, Nombor lama yang kita  dah guna bertahun-tahun memang boleh dapat semula. tetapi, untuk dapatkan Nombor telefon kawan-kawan, memang sudah tiada harapan!

Sebab itulah setengah HP akan Backup Data & setengah nombor harus kita simpan dalam Device. Huhu!

Oleh demikan, berhati-hatilah dengan Pin Code!