... BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ...
~ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA ~
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan limpah kurnia dapat juga saya pergi ke Big Bad Wolf 2012 yang berlangsung baru-baru ni.
Mesti ada segelintir masyarakat Malaysia yang tidak mengetahui apa itu Big Bad Wolf 2012. Ahhaa! Pada mulanya Apuz pun tak tahu apa benda lah Big Bad Wolf 2012. Bila tengok Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiarkan pada hari Jumaat yang lepas iaitu pada 21 Nov 2012, barulah Apuz tahu rupa-rupanya Big Bad Wolf ini adalah lebih kurang bersamaan dengan Pesta Buku atau Pameran Buku atau yang paling tepat ialah JUALAN BUKU TERBESAR di Malaysia!
Huhu. Yeahahh! Seriusly sangatlah terbesar. Jangan kata tempatnya besar sahaja. Malah diskaun yang diberikan juga sangat-sangatlah besar dan banyak iaitu daripada 70% sehinggalah 95%! tak tipu.... ini bukan cubaan. Sangat-sangatlah betul!
Apuz pergi ke Big Bad Wolf 2012 pada hari Sabtu bersamaan dengan 22 Nov 2012. Pada awalnya Apuz macam blur sebab Big Bad Wolf 2012 ni dilangsungkan di MIECC, Seri Kembangan, Selangor. Apuz pun tak tahulah kat manalah MIECC. Entah ada disediakan pengangkutan awam ke tidak nak ke MIECC ni, kalau ada pun mesti teksi, naik teksi plak dah la sangat mahal. Then Apuz pun tanyalah dekat Facebook berkaitan pengangkutan awam ke MIECC ni.
Alhamdulillah ada yang respon. Ada yang suggestkan Apuz turun ke Serdang and ada juga yang suggestkan Apuz turun Bukit Jalil. Daripada suggest yang diberikan ini, Apuz telah decide untuk turun di Serdang.
Pagi tu Apuz keluar rumah pukul 8.00 Pagi. Dari rumah Apuz menuju ke LRT Taman Melati dengan berjalan kaki. tiba di LRT Taman melati Apuz pun menuju ke KL Sentral. Tiba di KL Sentral Apuz tukar train iaitu naik KTM dan terus menuju ke Serdang. Tiba je di Serdang Apuz agak blur sedikit. Sebab tak tahu nak tuju ikut mana. Hihi, nasib baik malam sebelum bertolak tu Apuz search kat Blogger-blogger yang dah pernah pergi MIECC ni, mereka bagi tahu kalau nak ke MIECC ni cari jalan area ke The Mines. Kawan Apuz yang bernama 'Leen Riot' tu pun bagi tau turun kat Serdang and jalan kaki menuju ke The Mines.
Ooooo.. kira mungkin dekat dengan The Mines! Tapi lagi satu masalah, Apuz plak tak pernah pergi The Mines dari KTM Serdang! Hihi.... Then Apuz pun pergilah tanya dengan salah sorang brader ni macam mana nak ke The Mines. Brader tu pun cakap ikut kaki jalan ni. Apuz pun jalanlah and dekat depan Apuz tu adalah dalam 4 orang ikut jalan macam nak menuju ke The Mines, then Apuz pun follow dari belakang. Boleh tahan jugak perjalanannya.
Langkah demi langkah dan terus melangkah, Akhirnya sudah tiba di The Mines. Tapi dah sampai sana Apuz blurr lagi. Manalah bangunan MIECC ni, Apuz pun jalan lagi... Then barulah nampak terpampangnya MIECC dengan megah! Haha time ni dah excited bila nampak MIECC!
Barulah Apuz tahu rupanya MIECC ni betul-betul sebelah The Mines. Dekat sangat rupanya. Bila dah sampai, Apuz pun rasa lapar, then nampak ada satu kedai mamak kat bawah bangunan MIECC ni.
Menu Pagi : Teh Ais + Roti Bakar + Telur Separuh Masak.
Lepas dah setel makan pagi, Apuz pun terus masuk ke dalam bangunan MIECC untuk merasai suasana Big Bad Wolf 2012.
Sebelum masuk ke dalam Big Bad Wolf 2012, tetamu akan jumpa pintu gerbang yang cantik ni. Bukan takat ada Pintu Gerbang ni, malah ada berbiji-biji kereta Lamborghini. Dengar kata koleksi kereta Lamborghini ni adalah milik kepada tuan punya Big Bad Wolf 2012 ni.
Ha tu antara koleksi kereta Lamborghini yang di tayangkan. Siap ada kereta yang hancur akibat eksiden!
Lepas dah puas tengok koleksi koleksi kereta ni, Apuz pun masuklah ke dalam Big Bad Wolf 2012. Perhhhh! Memang sangatlah besar! Nak katakan besar padang bola, boleh tahan gak. Hihi.
Orang yang datang pun jangan ceritalah, memang ramai. Pihak Big Bad Wolf 2012 juga menyediakan kotak-kotak yang terpakai sebagai kegunaan untuk pengunjung memilih dan meletakkan buku-buku yang diingini ke dalam kotak tersebut. Masa Apuz kat sana, ada orang tu siap pilih buku sebanyak 2 kotak. Kompom banyak buku yang dia pilih.
HARGA? Fuhhh.. Kalau nak cakap pasal harga buku tu, memanglah sangat-sangat murah. Rata-rata harga dari RM3 hinggalah ke RM50. Buku yang tebal harga ratus-ratus pun jadi RM20. Serius tak tipu! Buku yang macam koleks kat perpustakaan pun dijual dengan harga murah.
Lepas dah setel pilih buku, Apuz punpergilah bayar. nak tahu apa buku yang Apuz pilih? Ha tengok bawah ni.
Ha ni lah antara pilihan Apuz semasa di Big Bad Wolf 2012. total harga semua ni adalah RM77.00. Hihi. Murahkan?
Sangat-sangatlah rugi kepada anda yang tidak pergi! Huhu!
asal x ajak aku apuz. kalau x aku ambik ko kat serdang. hahaha -sakinah aqilah
ReplyDeletemana lah aku tau.. hihi
Delete