Bismillahirrahmanirrahim...!
Geram-geram! Huishhh! Sangat geram! Korang pun mesti kene geram gak! Harap-harap korang baca post ni pon dalam keadaan geram! EiiiEEiii! Sakit pulak hati kite ni! Huh!
Nak dijadikan cerita, hari ni aku ke BP Mall. Bukan berseorangan, pada asalnya aku berempat termasuk aku. Tapi sebelum tu aku nak bagi tau korang, ikutkan aku ni memang malas nak ke BP Mall. Tapi dah atas PERMINTAAN PERTOLONGAN daripada sorang makcik aku ni untuk hantar anak die ke BP Mall, aku pun dengan rela hati pun hantarkanlah mereka sebab aanak dia reunion dengan geng-geng sekolah.
Aku bertolak ke BP Mall bersama dengan Wawa (Adik aku berumur 15 Tahun), Alia (Adik Sedara berumur 17 Tahun) dan Nana (Adik Alia berumur 14 tahun).
Nak dijadikan cerita akulah yang paling tua dan semua yang aku bawa ni perempuan a.k.a Anak Dara.
Kitorang bergerak ke BP Mall dan selamat sampai.
Tiba di BP Mall, aku lepaskan Wawa, Alia & Nana untuk bershopping. Aku tahu mereka perlukan Privasi tak kan lah aku nak ikut dorang kemana sahajakan. Lagi pun aku juga ada hala tuju aku sendiri. Bukannya aku nak biarkan mereka begitu sahaja. Ada time aku call mereka, ada time juga mereka call aku bertanyakan dimana dan buat apa walaupun kami dalam satu bangunan BP Mall.
Kemudian, Aishah dan Limah pun datang untuk temani aku di BP Mall. Aku, Aishah dan Limah pun pergilah makan dekat FoodCourt BP Mall tu. Bila dah selesai makan, aku pun beredar, masa nak beredar tu plak aku nampak Alia tengah reunion dengan geng-geng dia. Bukan satu dua meja dorang Reunion, tapi aku rasa hampir 6 meja gak dorang pakai. Lelaki dan perempuan ada. Aku pun menyelit sekejap kat meja Alia tu buat kacau untuk usik-usik dorang. Bila dah usik Alia, aku pergi ke meja Wawa dengan Nana. Sepanjang aku terserempak dengan dorang, tak ada pon kesan dorang berDATING.
Lepas dah habis aktiviti masing-masing di BP Mall, kitorang pun balik. Wawa, Alia dan Nana naik satu kereta dengan aku and aku yang bawa sebab mak dia yang minta TOLONG hantarkan anak dia tadi. Aishah dengan Limah pula kereta lain.
Tiba-tiba aku terasa nak ngeteh, kitorang pun pergilah ngeteh. Aku ajak sekali Aishah dengan Limah. Kitorang pun ngeteh jap. Waktu ni belum Maghrib lagi. Yang buatkan aku bengang kat sini bila si mak budak ni call berkali-kali cakap bila nak balik. Kalau sekali tak apa lah gak, ni berkali kali. Kesian tau tak budak tu nak makan. At least bagi la time dorang nak happening. Ni dah dok paksa balik. Bukannya aku tak jaga dorang. Aku tau dorang memang di bawah jagaan aku bila dorang bersama aku. Lagi pun memang dah niat aku lepas ngeteh nak terus balik. itu pun tak reti nak menyabar. Ok aku time ni sabar lagi.
Lepas dah habis makan, aku pun bayarkan makanan dorang. Then kitorang pun bergeraklah. Ok time ni memang dah Maghrib, bukannya sengaja aku nak bergerak time Maghrib, dah budak-budak tu pun tengah makan, takkan aku nak paksa dorang makan cepat? Kalau tercekik, siapa nak tanggung? Dah dalam kereta pun sibuk lagi nak call berkali-kali, memang menyirap. Dalam kereta aku dah bebel 'Tadi sibuk sangat minta tolong hantar, dah hantar nak suruh balik cepat'. Aku bukannya sengaja nak balik lambat, at least aku nak bg mereka happy. Aku nak singgah berhenti masjid untuk solat Maghrib pun tak jadi sebab kesian kan budak2 tu asyik dapat calling yang sakitkan hati, hati aku pun sakit.
Dah sampai kat rumah dorang, aku pun biarkan dorang masuk dan aku balik ke rumah atok aku. dah sampai rumaha atok aku, ada juga mulut yang duk bising. Bla bla bla bla. Time ni aku masuk pintu rumah , aku dah mula lepaskan geram. Aku dah marah-marah. Tapi kemarahan aku ni sebenarnya aku tujukat makcik aku ni. Pastu ada lagi mulut dalam rumah ni backup makcik aku, aku pun sabar dulu. AKu g la solat sekejap. Dah habis solat pun tak habis lagi. Ha.... time ni aku memang tak sabar dah! Aku terus mengamuk, dari atas aku marah-marah. Memang aku sakit hati gile time ni. Actually aku lepaskan marah aku tu sebenarnya nak bagi tau situasi, tapi aku duk geram bila bebelan demi bebelan keluar yang tak tahu situasi sebenar. Memang aku lepaskanlah. Geram ni geram!
Kalau dia nak marah anak dia, marah aku dulu. HAaaa lepas tu baru aku marah kau balik. Anak kau tak bersalah dalam hal ni!
Maaf tulisan cacar erba sebab tlis dalam keadaan marah. Haha.
No comments:
Post a Comment