BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Nak katakan normal tu, tak la juga. Nak katakan biasalah tu, pun bukan juga. Nak katakan malas tu, lagilah bukan!
Huhu, hampir dua bulan aku dah habis belajar (ramai yang tak tahu lagi ni). Yaaa, aku baru sahaja habuskan pengajian aku di Universiti Ter Hebat Malaysia. Tak tahu? Hehe, bukanlah.. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia a.k.a UTHM yang terletak di Parit Raja yang terletak di Batu Pahat yang terletak di Johor yang terletak di Selatan Tanah Air!
Ramai yang beranggapan aku ni seorang pelajar program Ijazah. Sebenarnya bukan, semasa aku di UTHM, aku adalah seorang pelajar Program Diploma dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik. Aku masuk ke UTHM bukan melalui tiket Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi aku menggunakan tiket Sijil Politeknik.
Lepas sahaja aku habis SPM, aku dapat tawaran sambung belajar di Politeknik Port Dickson selama 2 tahun. Lepas sahaja aku habis di Politeknik, aku dapat pula tawaran sambung ke UTHM selama 2 tahun juga setelah melakukan proses transfer kredit.
Nak dijadikan cerita kini aku telah pun tamat belajar Diploma pada bulan 10 yang lalu. Konon cadang lepas habis buan 10 tu nak la kerja sikitkan, tapi tiada rezeki sampai sekarang tak lagi.
Ehem-ehem, yang sebenarnya aku bukanlah seorang yang malas nak bekerja. Tapi boleh dikatakan bulan 11 dan bulan 12 ni memang di takdirkan aku patut belum bekerja lagi. Nak tau kenapa? Ha.. jom aku cerita kat bawah, cerita kat sini tak best, kat bawah ok sikit. Jom!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Okay, kenapa tak kerja lagi? Ha ni aku nak cerita. Sebabnya Kak Long aku iaitu anak pertama Emak & Ayah juga merangkap cucu pertama Mak Tok & Abah Tok akan bernikah dan bersanding pada awal tarikh bulan Disember. Tak nampak lagi kenapa? Haa... Sebab bulan November tu, banyak kali juga aku turun naik KL - BP sebab atas urusan kenduri, majlis kahwin dan persiapan wedding kakak aku. Nak dijadikan cerita lagi, aku ni merupakan seorang je anak bujang dalam keluarga juga merupakan cucu kedua kepada Mak Tok & Abah Tok juga merupakan Cucu Lelaki yang paling tua. So nak dijadikan cerita, ada kalanya aku kena temankan Mak Tok & Abah Tok naik ke KL. Kadang kala ke JB. Dan kena pula dengan tarikh hampir-hampir dengan wedding kakak aku, so memang banyak kali jugalah aku turun naik KL -BP.
Itu baru bulan November punya cerita, dah masuk bulan Disember, kakak aku pun selamatlah bernikah dengan pasangannya 1 Disember yang lalu iaitu pada minggu pertama bulan Disember. Aku duduk kat KL sehinggalah minggu ke dua bulan Disember iaitu bersamaan 8 Disember. Kemudian aku pulang ke kampung di Batu Pahat bersama Mak dan Adik aku, haa... time ni ayah aku tak follow sebab dah balik Sibu masa tarikh 5hb Disember kalau tak silap. Bila dah balik BP ni, kena naik KL lagi pada tarikh 14 & 15 Disember yang lalu sebab majlis kenduri doa selamat belah pengantin lelaki pula. Takkan aku tak pergi pulakkan, kalau aku tak pergi siapa nak teman family aku nanti? Atas sebab tanggung jawab dan prihatinlah aku pergi. Lepas habis kenduri belah lelaki, kami pun balik semula ke BP. Hari Khamis ni yang bersamaan dengan 20 Disember 2012, akan aku naik ke KL lagi bersama Emak dan Adik. Haaa.. kali ni bukan sebab ada majlis kenduri ke apa, tapi sebab aku nak temankan emak dan Adik aku ke KLIA untuk hantar mereka pulang ke Sibu. Kalau aku tak follow siapa pulakan nak tlong angkat barang-barang dan beg-beg yang berat tu?
Dan sebab itulah sehingga sekarang saya belum bekerja lagi. Bukan malas. Tapi ada hikmah di sebaliknya.
Yang pasti, Keluarga saya bukanlah punca saya tidak bekerja lagi. Rezeki ada di mana-mana. Saya lebih utamakan keluarga saya. ^_^
No comments:
Post a Comment