Thursday, February 21, 2013

I am BEF Student...

Hai. Patutnya entry ni di post pada beberapa hari yang lalu. Tapi memandangkan agak busy yang dibuat dan malas so itulah yang tertunda.

Sekadar ingin saya kongsikan kepada awak semua, yang saya kini sudah bergelar pelajar UTHM kembali. Alhamdulillah, setelah tamat dua tahun di peringkat Diploma, kini saya kembali semua ke UTHM untuk peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Saya seorang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Dalam program Elektrik Kuasa (BEF).

Inn Sya Allah saya akan lakukan yang terbaik! 
Now kena berubah.. Hihi! Doakan saya ye supaya saya boleh lakukan dengan baik. =D

Saturday, February 2, 2013

Terima Kasih UTHM

Alhamdulillah, perasaan macam biasa. Ada gembira + ada biasa.

Anyway, sekali lagi aku akan menjejakkan kaki ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlokasi di Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Kalau sebelum ni pengajian aku di sana ialah Program Diploma (2 Tahun), kali ini aku akan melanjutkan lagi ke Program Ijazah Sarjana Muda. Kalau dahulunya di panggil Senior, kini bakal dipanggil Junior. Haha!

Inn Sya Allah kami (intake Februari 2013) akan daftar ke UTHM pada 14 Februari 2013 pada waktu 8 Pagi hingga 12.30 TghHari waktu Malaysia.

Tak sabar rasanya nak jejak kaki semula. Entah apalah corak yang akan kami tentukan kali ini.

Terima Kasih UTHM kerana menerima kami sekali lagi. 

Program:SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (SISTEM KUASA) DENGAN KEPUJIAN
Kod Program:BEF
Tempoh Program:4 tahun
Fakulti:FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
No Matrik:DE12***0
Kolej Kediaman:PERWIRA
Alamat E-mel:DE12***0@student.uthm.edu.my

Borang-borang belum pun cetak, Minggu depan baru nak isi borang and buat check up badan kat Klinik Kerajaan. Yuran maybe bayar bila dah balik semenanjung. Kat Sibu ni tiada Bank Muamalat. So x bole nak Bank In.

SSPN pun kena buat sebab nak mohon PTPTN, *Makin bertambah hutang eak! Tapi tak apa, nak study kan? Takkan nak semua free. Malu kalau asyik meminta ni. Dah pandai pinjam, pndai bayar ye.

Barang-barang keperluan untuk study ni rasanya tak payah nak beli sebab guna apa yang ada masa Diploma hari tu. Membazir kalau nak beli lagi.

Persiapan setakat ni kasih lagi 0% hihihi!

Welcome Back!

Friday, February 1, 2013

Flavour dari Cikang (Vape On)

1 February 2013 aku mulakan hari aku dengan layan flavour dari Cikang. Kalau sebelum-sebelum ni aku layan flavour dari HangSen. 

Opss sebelum tu, entry ni aku nak story pasal E-Cig. More to taste flavour. Hehe. Kena bagi tau awal-awal risau ada yang tak faham pula nanti apa yang dimaksudkan.

Okay-okay, Flavour ni seperti yang korang tahu ialah perisa. Cikang ni pula syarikat pengeluar flavour liquid untuk E-Cigarette. Boleh layari laman sesawang Cikang, klik link ni

Macam-macam perisa yang ada jual, aku try produk Cikang ni sebab ni produk dari Malaysia, so nak try lah kan. Sebelum ni aku try dari HangSen, buatan China punya. Cikang ni hasilkan 3 jenis sukatan Nikotin iaitu 12mg , 6mg and 0mg. So aku nak try yang 0mg dimana tiada nikotin dalam ni. Perisa pula aku pilih 3 jenis perisa iaitu Red Apple, Watermelon dan Grape. Ketiga-tiga ni tiada Nikotin seperti apa yang aku minta. Dengan harga RM55.00 maka dapatlah aku beli ketiga tiga flavour ini. Tiap-tiap botol mengandungi 30ml.



Berkenaan dengan rasa pula so far aku rasa oklah Red Apple dia, cuma Watermelon kurang sikit. Tapi adik aku yang perempuan tu cakap Watermelon ok. Dia suka. Grape aku tak layan berapa sangat. Aku layan biasa-biasa je.

Anyway, lepas ni aku dah tak nak layan produk HangSen sebab tiap kali aku hisap mesti batuk. Tapi bila aku layan Cikang punya, tak batuk. Adik aku pun sama tak batuk. HANGSEN punya keras. Ni ok. 

Kepada Vaporize sekalian, try lah ya!

Keep Calm and Vape On!

Sarawak punya Buah Mata Kucing

Mana dia peminat-peminat kepada Buah Mata Kucing? Haaa.. Ini kali saya mau kongsi tentang Buah Mata Kucing yang terdapat di Negeri Sarawak.

Kalau kat Semenanjung Malaysia, mesti korang akan beli Buah Mata Kucing yang kulitnya coklat tu kan?
Tapi kalau kat Sarawak, Buah Mata Kucing nya lain sikit. Nak katakan lain tu, ialah lain dari segi luaran sahaja. 

KULIT :
Kulit buah mata kucing berwarna Hijau! Kulitnya juga seakan Buah Laici, cuma kalau buah Laici berwarna merah tapi Buah Mata Kucing ni berwarna Hijau. Kalau dia dah tua sedikit akan ubah jadi warna yang lebam lebam.

RASA:
Rasa dia sama je dengan Buah Mata Kucing biasa yang kat semenanjung. Warna dalam pun sama. Biji dia pun sama. Tak ada beza. 

HARGA:
Alamak, harga aku tak tau la pula, bergantunglah dengan harga pasaran.




Saya Pengguna E-Cigarette!

Semenjak baru-baru ni, Malaysia di hangatkan dengan kewujudan gajet elektronik terbaru iaitu Rokok Elektronik (E-Cigarette). Kehangatan yang diperkata oleh Pihak Kerajaan ialah Rokok Elektronik ini merbahaya (katanya....).

MERBAHAYA!!!!! Ooo.. merbahaya. Malah ada pihak juga mendakwa Rokok Elektronik ini lebih merbahaya daripada rokok tembakau yang gulung tu! Amboi Amboi Amboi.....

Kajian 100% belum lagi disahkan, terus ada pihak mengeluarkan kenyataan begitu. Pihak manalah tu kan. Sebenarnya bukan apa, mungin pihak kerajaan bimbang dan khuatir KERANA rata-rata Perokok Tegar (yang hisap Dunhill,Marlboro,Winston) telah berpindah atau berubah arah dengan menggunakan E-Cig.

Kenapa mereka khuatir?? Kerana, apabila golongan-golongan Perokok tTegar ini tidak membeli Rokok Tembakau, maka jualan rokok-rokok tersebut akan MERUDUM! Tahukah anda, Malaysia tersangat bergantung kepada cukai rokok? Haa... Apabila jualan mulai merudum, maka ekonomi Malaysia sedikit terjejas.

Mungkin ada yang tak tahu Apa dia Rokok Elektronik. Okay ni aku terangkan daripada SUDUT aku la ea, kalau nak yang lebih detail anda boleh baca di laman2 yang lain, Just Google E-cig je. Kompom banyak keluar.

E-Cig ni ialah komponen elektronik yang seakan rokok, cuma ianya tidak menggunakan bahan api (mancis atau lighter). Ianya hanya menggunakan Bateri, Atomizer, dan Cecair. Dengan ketiga-tiga benda ini yang kan berhubung dengan alat elektronik, maka akan terhasillah satu Wap Air yang menyerupai asap.

Itu je pun, Okay-okay, untuk cecair nya pula, ada berbagai perisa yang rasanya seperti buah-buahan. Ala-ala sisha! Serius tak tipu, aku hisap perisa Grape, cool je rasa anggur. Aku pakai perisa Apple, cool je rasa Apple. Cecair ni plak ada campuran PG dan VG di mana campuran ini juga di gunakan dalam pembuatan Aiskrim dan makanan lain. Selain itu, terdapat juga pelarut Nikotin di dalam cecair tersebut. Pelarut Nikotin pula ada berbagai-bagai sukatan untuk pengguna bermula dari 0mg (tiada nikotin), 6mg(medium), 12mg(high nikotin). So dengan ada pilihan ni, pengguna boleh mencuba berbagai tahap nikotin untuk mengawal pengambilan nikotin.

Untuk Wap Air (asap) yang terhasil, haa... Wap Air ni sememangnya akan menghasil Asap. Asap yang tersebar itu bukanlah asap yang merbahaya, malah asap itu juga berbau wangi dan tidak merbahayakan orang sekeliling. Just imagine Kabus Tebal, maka seperti itulah. Malah, Wap Air yang tersebar itu boleh disebarkan didalam bilik yang ada pendingin hawa (bilik Air Cond). Jika dalam bilik air cond tu ada Smoke Detector, Smoke detector ini tidak akan dapat detect asap wap air tersebut.

Selamat Datang February 2013

Alhamdulillah. Kita masih lagi bernafas sehingga 1 Februari 2013 bersamaan dengan 20 Rabaulawal 1434 Hijrah.

Semoga pada bulan Februari ini, kehidupan kita terus maju, terus melangkah kehadapan. Januari 2013 sudah tutup tirainya, sudah semestinya kita tidak akan bertemu lagi dengan Januari 2013 yang sudah berlalu. Hanya tinggal kenangan dan memori.

Mana yang baik jadikan kenangan, mana yang buruk jadikan pengajaran

Semoga kita terus melangkah kehadapan disamping menambahkan Iman dan Taqwa dalam diri ini.


Tuesday, January 29, 2013

UBAT SEJUK untuk ULSER MULUT

Maaf ye! Saya post pasal ubat-ubatan lagi. Dah macam blog pakar perubatan pula! Cewahhh!!!!! 
Aku Memang Poyo!!! 

Okay-okay, manusia tak lari dari kena sakit Ulser Mulut kan? Kalau orang kampung panggil Mati Ikan atau Mata Ikan. Haa.. so jangan pelik kalau ada orang cakap dia kena Mata Ikan, maksudnya bukan die makan Mata Ikan and dapat penyakit sakit mata, tu maknanya dia kena penyakit yang sama dengan Ulser Mulut atau lebih lagi dikenali dengan Bibir Pecah. TETAPI Ulser Mulut ni bukan sekadar di bahagian bibir je. Malah turut akan ada di bahagian tepi bibir, bawah lidah, tepi lidah dan yang paling perit ialah di bahagian tekak. So kepada sesiapa yang mungkin sakit tekak especially bila nak telan air liur tu, cuba nganga mulur korang besar-besar and suluh lampu and then tengok ada tak ketumbuhan Ulser di bahagian tekak. Jika ada, maknanya anda bukanlah terkena penyakit sakit tekak biasa, tetapi tulah ulser di bahagian tekak. 

Okay -okay, kita sambung, kalau bab macam mana terkena ulser ni?
Okay ini apa yang berdasarkan pengalaman saya yang selalu kena ok. Selalunya manusia ni kena ulserkan sebab :

PERTAMANYA ialah PERUBAHAN CUACA.
KEDUANYA ialah sebab KEMURUNGAN. Haa.. yang selalu tension pu boleh kena ulser, banyak berfikir sampai murung pon boleh kena. KETIGANYA sebab
KETIGANYA sebab TAK BAYAK CAKAP. Ini sebab mulut tak aktif, daging dalam mulut ni kena banyak bergerak, so kena selalu banyak cakap. pot pet pot pet lah jawabnya
KEEMPAT sebab kekurangan Vitamin, so pandai-pandailah ambik vitamin untuk tambah kekuatan badan.
Dan YANG TERAKHIR ialah kita sangat kurang minum air masa. Itulah sedikit mengapa Ulser pernah datang dalam mulut saya. Datang sorang tak pe lah gak, kekadg bawa kawan. Hampeh tol...

Okay-okay, bab rawatan pulak kita masuk!

Kalau rawatan Tradisional kompomlah letak GARAM kan? Korang sanggup? Saya sanggup aje. Tapi sesetengah orang tak sanggupkan? Pedih memang pedih, tapi nikmat sebenarnya letak garam, ibarat kena seksa dengan orang jahat! Haha.

Okay bawah ni Ubat yang saya selalu guna. Nama dia WATERMELON FROST. Ubat ni jenis serbuk, bukan cecair atau gel sapu macam BONJELA.

Rasa dia PAHIT tapi sekejap je. Lepas tu tempat ulser tu akan rasa sejuk bila dah letak ubat ni. Cara guna senang. tengok dulu gambar dia bawah ni sebab ada dua jenis bungkusan

Ubat yang ni bahagian depan die jenis muncung, so nak guna kena letak di bahagian ulser and picitkan dia. Pada saya guna ni susah sikit sebab kalau kena ulser bahagian tekak, boleh mereka ubat ni ke tempat lain. PAHIT gila nanti!
*Gambar ni saya download dari tenet, TQ kepada pengupload.

Yang ni pun sama Watermelon Frost, cuma ni jenis lain. Kalau nak guna, pakai cotton bud and letak di bahagian ulser. Mudah sikit yang ni.


Ubat ni TAK PEDIH dan TAK SAKIT, tapi pengguna akan rasa sejuk lepas guna ni. Belilah ye. Kat Watsons pun ada kalau tak silap. Harga tak tahu. Kalau tak ada kat Watson, boleh beli di kedai Ubat Cina. Pahamlah dia nanti.

Selamat mencuba!

UBAT SAKIT GIGI

Pernah Sakit Gigi? Tak Pernah?

Gigi berlubang? Ada Kuman? Tak gGosok Gigi? Gigi Berkarat?

SAKIT GIGI, siapalah yang suka kenakan? Kalau dia suka kena sakit gigi, memang gilalah manusia macam tu. Tahu tak dengan adanya Sakit Gigi ni, boleh rosak mood kita sehari? Malah membuatkan kita nak lakukan apa2 perkara pon jadi malas!

Bila dah datang denyutan nadi cinta sakit gigi ni, Perhhhhh.. memanglah sengsara! Macam-macam perasaan ada waktu kena sakit gigi ni! Hadoi hadoi hadoi... Kalau bole rasa macam nak duduk kat dalam gua yang tak ada bunyi bising. Kadang-kadang bila dengar lagu pun boleh bertambah denyutan sakit gigi ni.

Haaaa... Tapi ini saya nak bagi satu ubat yang mungkin boleh kurangkan sakit gigi tu. Ubat ni saya dah guna dari dulu lagi. Kepada yang kena gigi berlubang, mungkin sesuai. Ubat ni saya guna and kesannya okay. Kadang-kadang sakit gigi berlubang tu hilang sampai sebulan. Nak tau ubat apa? Ini dia bawah ni


Cara guna dia pun senang, mula-mula kalau ada lubang tu, bersihkan kawasan berlubang tu. Lepas tu ambil cotton bud and then letakkan ubat ni atas cutton bud tu. OPSS!!! sebelum tu kalau untuk gigi berlubang, better amik kapas je, kapas di bulatkan and pakai penyepit. Ok then penuhkan kapas cotton bud tu dengan ubat tu. kemudian nganga mulut and letak kat bahagian gigi berlubang. Selesai!

Okay lepas dah letak, nanti akan rasa pahit sangat sangat! Oleh demikian, jangan telan kalau pahit, ludah la kalau tak tahan, apa pun jangan tanggalkan kapas cotton bud tu. Biarkan beberapa jam. Kalau pakai waktu malam, Inn Sya Allah esok ok dah tak sakit. 

Tu je! So boleh dapatkan ubat di farmasi Watsons, kat Guardian saya rasa tak ada jual benda ni. Saya dah berkali-kali beli di Watsons. Harga bawah RM6.00!


Pesanan : Mungkin sesetegah orang giginya tetap akan sakit lepas guna ubat ni, ini bermakna gigi anda tidak boleh terima guna ubat ni. Mungkin kena guna ubat lain. Macam saya, gig saya tetap akan sakit bila guna Ubat Sakit gigi Hurix yang jenis tablet tu. Sebab tu saya tak guna ubat tablet tu!


KEMUDIAN, bila gigi dah tak sakit, pastikan anda pergi ke klinik gigi untuk buat tampalan. Gigi anda mungkin akan berulang sakitnya jika dibiarkan tanpa rawatan. Okay!





Jagung Jagung Jagung Jagung!!!

Suka makan jagung? Suka Air Jagung? Suka kuih Puding jagung? Suka Kek ada Jagung? Suka Jagung Bakar? Suka Bubur Jagung?

TAPI... Pernah korang makan Jagung dalam tin? Alaaa... Jagung yang dalam tin untuk di buat puding atau kuih-kuih tu. Haaa.. Jagung tu lah.


Tahu tak, jagung yang dalam tin tu sangat sedap? sedap sedap dan sedap? Kadang-kadang saya makan dalam tin terus. Kalau g kedai, kadang-kadang beli dua tin, satu untuk mak buat ouding, satu lagi untuk dimakan begitu sahaja! Tapi kalau nak lagi sedap, simpan dalam peti ais and makan waktu sejuk.

Pernah makan tak? Kalau tak pernah, cubalah. Manis... Haa lagi 1 penambahan, ada dua jenis tau jagung dalam tin ni. Pilih yang Sweet Coen CREAM STYLE. Jangan ambil yang CARANEL kalau x silap. Ada beza dalam nya. Kalau yang saya selalu makan ni ada lemak-lemak and kuah die pekat. Kalau lagi satu kuah die cair. 

So cubalah ye! Selamat menjamu selera!

Monday, January 28, 2013

Dua Hari Mati Kutu!

ON > OFF > ON > OFF > ON > OFF

Itulah kerja aku sepanjang dua hari ni bila keluar bilik. Apa ke bendanya yang aku On Off kan tu? Apa lagi kalau bukan Modem Wi-Fi yang diletakkan kat depan bilik aku.

Agak tersakit hati apabila dua hari yang sepatutnya hari online iaitu Sabtu & Ahah telah dicemari dengan ketidak adaan Wi-Fi di rumah! tahu tak tersangatlah MATI KUTU! Ibarat dah tak ada hala tuju dalam rumah ni. Sob3... T_T

Just imagine yang diri kita ni selalu online kat rumah ni tetiba tak ada plak line Wi-Fi. Dah macam apa jadinya. Entah apalah masalah yang dihadapi oleh Syarikat TM waktu tu. Yang geramnya, takkkanlah TM tidak sediakan pasukan Standby jika berlaku breakdown? Masa aku praktikal di TNB, mereka siap sediakan pasukan Standby lagi dimana pasukan ni bergerak jika ada masalah yang berlaku On The Spot.

Well, aku tak pastila sama ada TM di Sibu ni yang pekerja dia slow atau mungkin TM di semenanjung is better. Lain negeri, lain rupanyakan. So just accept it lah kan.

Nasib baiklah hari Sabtu tu ada gak masa untuk hilangkan kebosanan dimana aku, adik dan emak, kami keluarga ke Shopping Mall waktu malam. Itu pun kejap je sebab dah bosan sangat. Then terima kasihlah kepada TV3 kerana sabtu malam ahad menyiarkan rancangan Cerekarama yang bertajuk Anak Sampah. Cerita yang not bad. Tahniah ya kepada Pengarah cerita tersebut. (adik ku tengok cerita  ni macam orang gila sebab ada Afiq Muiz, hero dia katanya)

Yang pasti, sepanjang ketidak adaan Wi-Fi dirumah ini tersangatlah bosan dan tersangat kesunyian. Tersangat-sangat MATI KUTU!!!!