Friday, August 26, 2011

Ciri-ciri orang GAGAL

KEGAGALAN!!!

So weird, kenapa tetiba aku post mengenai KEGAGALAN? Adakah kita mahukan kegagalan atau yang sewaktu dengannya? Sudah pasti tidak! Mereka yang mahukan kegagalan adalah mereka yang tidak layak untuk hidup di dunia ini. Hanya membuang masa sahaja. Setuju?

If setuju, lets proceed!

Okay. Adakah you all rasa diri you all berada di tahap kegagalan? ADA atau TIDAK? Bagaimana kita nak tahu kita berada di tahap GAGAL? Bawah ni aku senaraikan sedikit info mengenai CIRI-CIR ORANG YANG GAGAL.

1. TIDAK YAKIN PADA DIRI.
Ini adalah salah satu punca utama kepada kegagalan. Percaya tau tidak, korang kena percaya! Dalam apa jua perkara yang korang mahu lakukan, pastikan korang ada YAKIN DIRI. Bukannya susah pun nak ada yakin diri ni, korang just tanamkan dalam diri korang yang korang pasti dan yakin bahawanya korang boleh lakukan sesebuah perkara itu. Tidak kiralah perkara itu kecik atau besar. Seandainya kamu berasa yakin, maka kamu pasti akan dapat lakukannya!


2. TIDAK YAKIN AKAN DIRINYA DAN KEMAMPUAN UNTUK MELAKSANAKAN USAHA ATAU KERJA YANG DIHADAPINYA.
Ciri yang kedua ini adalah lebih kurang dengan ciri yang pertama tadi, di mana mereka tidak mempunyai yakin diri di dalam melakukan sesuatu kerja.

3. SIKAP EGOISTIC DAN MEMANDANG STATUS.
Ini punya ciri sangat tak bagus. Aku nak terangkan secara detail bahaya plak. Almaklumlah EOISTIC DAN MEMANDANG STATUS ni lebih kepada orang atasan. Contohnya majikan, bos dan seumpama dengannya. Perkara ini sering terjadi apabila orang atasan memberi sesutau kerja kepada staffnya. Di tambah pula apabila staffnya tidak tahu bagaimana mahu melakukan perkara itu, dan makin di tambah pula apabila majikannya tidak mahu memberi tunjuk ajar atau memberi bantuan pertolongan. Jadi inilah salah satu perkara yang akan membawa kegagalan.


4. SENTIASA INGIN DISANJUNGI TETAPI TIDAK MAHU BERFIKIR DAN MAJU KE HADAPAN.
Ini sangat tidak bagus dan aku sangat tidak sukakannya! Seriusly I HATE IT. This is because mereka menggunakan kesempatan terhadap diri seseorang. Korang jelas ke tidak? Contohnya begini, Ali memberi ahmad sesuatu kerja yang harus disiapkan dengan jayanya, kemudian Ahmad pula menyiapkan kerja yang diberikan oleh Ali itu sehinggalah siap dan telah berjaya kerja itu. Tetapi, Ali mendapat nama di atas usaha yang telah dilakukan oleh Ahmad. Kita dapat lihat disini Ahmad adalah seorang yang berjaya manakala Ali adalah seorang yang gagal.

5. SELALU MENUNDA PEKERJAAN.
Ha.. Ciri yang ke lima ini sering ada dalam diri setiap para pelajar kan? Tak kiralah pelajar IPTA/IPTS mahupun mereka yang bekerja. Bila ada assignment, pasti mereka tunda kerja tu. Kononnya lambat lagi nak hantar, bila dah last minute baru lah nak siap. hasilnya? Cincai boncai la jawabnya. So ciri ini haruslah d buang dalam hidup, if you ada kerja yang di berikan, pastikan terus buat agar dapat siap dengan cepat. Barulah boleh berjaya!

6. SERING MENGELUH.
Pasti adakan? Actually mengeluh selalu pun tidak baik sebenarnya. Walaupun kita sekadar mengeluh dengan mengeluarkan perkataan EMMM.. tetapi sebenarnya terkandung beribu perkara negatif dalam tu. ini kerana Anda adalah orang yang sering menghindar dan pekerjaan dan tanggung jawab. Anda berarti orang yang malas untuk melakukan sesuatu. Pekerjaan anda hanya meratapi nasib dan tidak ada keinginan untuk maju dan memperbaiki nasib.

7. TIDAK MEMPUNYAI CITA-CITA.
Cita-cita? Sedih sungguh kalau aku dapat tahu yang korang ini tak ada cita-cita. Apa guna kita hidup di dunia tanpa ada hala tuju. Kan? So pastikan korang tanam cita-cita dan mulakan berusaha sehingga berjaya!

So, aku harap pada diri aku dan kawan-kawan aku, moga kita tidak ada ciri-ciri ini dalam diri kita!

Friday, August 19, 2011

Kisah di Majlis Berbuka Puasa.


Alhamdulilllah selesai sudah Majlis Berbuka Puasa anjura Kelab Penyayang UTHM bersama-sama :
1. Anak-anak yatim sekolah rendah Daerah Batu Pahat.
2. Anak-anak miskin sekolah rendah Daerah Batu Pahat.
3. Pelajar-pelajar Kurang Upaya daerah Batu Pahat.
4. Golongan Ibu-Ibu tunggal daerah Batu Pahat.
5. Orang-orang kampung Parit Raja.

Inilah kali pertama aku menyertai aktiviti Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh kelab. Aku menyertai majlis ini bukanlah sebagai tetamu yang hadir. Tetapi sebagai AJK/Urursetia yang akan melayan kehadiran para jemputan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun kurang sempurna daripada apa yang di rancang.

Dengan segak bergaya berbaju melayu warna hijau dan bersampin, aku pun meyakinkan diri aku untuk bertegur sapa dengan mereka. Dalam majlis sebegini kenalah mempunya sifat peramah, penyayang, tolak ansur, budi pekerti. Haha, boleh dikatakan macam lelaki melayu yang sopan sangatlah! Now aku nak story apa yang ragam-ragam telah berlaku di majlis tersebut :

1. Melayan telatah adik-adik comel.
Macam tak percaya aku ni seorang peramah sebenarnya, bergaul mesra dengan adik-adik. Ternampak jugalah sikap penyayang aku ni kan. Haha, ketika adik-adik kecil duduk di kerusi, aku pula bediri melayan adik-adik, bertanya itu dan ini. Cuma aku tidak berani menanyakan tentang hal peribadi mereka kerana risau membuat mereka bersedih. Maklumlah kerana ini adalah anak-anak fakir miskin & yatim piatu. So aku hanya berborak kosong sahaja. Alhamdulillah mereka ada yang senang dengan layanan aku. bergurau senda. Begitu juga aku melihat meja jemputan yang lain yang di pimpin oleh para urusetia.

2. Melihat persembahan daripada pelajar pekak & bisu.
Inilah pertama kalinya aku melihat secara live drama pendek yang di tonjolkan oleh adik-adik yang pekak & bisu. Sungguh comel watak-watak mereka di mana mereka melakonkan watak tanpa berkata, yang ada hanyalah gaya badan. Sungguh comel. Tambahan pula mereka mebuat persembahan lagu nasyid, kalau selalu kita melihat adik-adik menyanyi sambil membuat gaya. Tetapi kali ini mereka hanya menggunakan bahasa isyarat ketika lagu di mainkan. Sungguh indah. Hati aku menangis.

3. Alunan ayat suci Al-Quran & Qasidah daripada Pelajar cacat penglihatan.
MasyaAllah, sebelum ini aku hanya melihat golongan cacat mengalunkan ayat suci Al-Quran di dalam televisyen. Tetapi inilah kali pertama aku melihat orang cacat mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan nada yang sungguh indah dan lunak. Aku tak pasti sama ada setiap ayat suci Al-Quran itu dia hafaz atau pun tidak, tetapi yang pasti aku dapat melihat gerak jari jemari nya di atas kitab Suci Al-Quran setiap baris. Kemudian sungguh enak apabila kumpulan itu mengalunkan Qasidah, di tambah pula dengan suara yang sungguh enak dan merdu. Sungguh aku kagum dengan ciptaanmu Ya Allah. Walaupun anak-anak ini adakah golongan kurang upaya, tetapi mereka tetap sempurna dari pandangan aku.

4. Makanan & Minuman (serve by catering)
Fuhh! Bila pasal makanan, MasyaAllah, sungguh indah la jawabnya. Bayangkan jika ini jadi hidangan anda :
i. Nasi Tomato
ii. Satay
iii. Kuih Muih 4 jenis
iv. Pisang
v. KFC
vi. Aiskrim
vii. Pizza Hut.
viii. Puding.

Fuh, dah macam dalam hotel la. Alhadmulillah pasti adik-adik tu semangat makan. Tapi yang aku kasihan adalah sorang dua adik-adik yang muntah, mungkin kerana termakan lebih sehingga dia mual.

5. Beg UTHM Johor.
Oh ini adalah salah satu yang aku sangat geram. Kerana adik-adik tu dapat beg dari UTHM, walaupun beg yang ringkas dan simple, tetapi pada aku, beg tu sangat menarik. Yang buat kan aku geram sebab aku tak dapat beg tu! Uwaaaa.... T T. Chot, Qiqi dan Encik Latip dapat bag! This is not fair! Huh. Takpe2. :P

Okay, setakat ni itu jelah yang dapat aku ceritakan kisah-kisah yang serba sedikit ada dalam Majlis Berbuka Puasa bersama mereka. Rindukan gelagat mereka. Wahai adik-adik yang comel sekalian. Belajarlah bersungguh-sungguh. Abang mendoakan kejayaan kamu semua. :) With full of LOVE.~















Pertama kalinya Quiz Math Engineering 2 tidak menggunakan KALKULATOR


Salam Ramadhan ke 19. Celik pejam tercelik terpejam akhirnya sudah hampir dengan 10 malam ramadhan terakhir! Bagaimana dengan amal ibadah kita semua agaknya ya di bulan puasa ni. Yang paling penting adalah kita menunggu ketibaan Malam Lailatul Qadar. InsyaAllah sama-sama kita nantikan kedatangannya dan mengamalkannya.

Now, return to title. Pagi tadi telah berlangsungnya quiz math engineering 2 yang telah di lakukan encik pensyarah. Bila aku dapat kertas punya terperanjat! Siap bagi Quiz 3 & Quiz 4! Menggila betol. Soalan kalau senang tak apalah gak, boleh tahan kepayahan dan kesusahannya. Mengorat anak dara lagi senang rasanya. Tapi nasib baiklah tadi Quiz Open Book. So senanglah sikitkan kerja kami yang tak study ni untuk belek satu persatu muka surat yang mungkin ada jawapan. Tapi..... Entah kenapa bukan main malas lagi. Haha. Bukan setakat nak buka buku, keluarkan calculator pon malas! So jalan singkat cerita ni, aku hanya tiru dan meniru. Ibarat kata sopan : COPY & PASTE. Ngeeee!~


*Sebenarnya bukan meniru, cuma kami berbincang sahaja. ^_^

Thursday, August 18, 2011

Kembar? Oh bukanlah...



Assalammualaikum dan Salam Biasa Luar Hebat dan Awesome!
Tidak lambat untuk aku apuz mengucapkan Salam Ramadhan y

ang ke 18. Alhamdulillah, pejam celik celik pejam dah 18 hari kita berpuasa. Buat wanita, maaf ya, kamu belum cukup puasa 18 hari tau! Tetapi pada mereka yang berpuasa pada 18 hari, tahniah di ucapkan. Terutama buat adik kecil yang masih belum baligh tetapi bersungguh-sungguh berpuasa. Tahniah sekali lagi.

Now lets back to my main topic. 'Kembar? Eh, bukanlah...'

Buat sahabat yang berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pasti tahu yang aku ada kembar dalam kampus ni. Tapi, itu bukan kembar yang sebenar. Kami hanyalah di kurniakan wajah yang hampir sama, dan berbeza tahun kelahiran, berlanan ayah dan berlainan ayah.


Kisahnya bermula pada semester lepas. Dimana seorang classmate aku bagi tahu 'ada budak IT muka sama macam kau, kau tengoklah FB die nanti' Okay aku pun tidak mempercayainya pun. Maklumlah, kita pasti tak percaya yang kita akan ada rupa seiras di dunia, hakikatnya memang ada. Then aku pun buka la fb lepas balik tu, aku pon cubalah cari dan mencari. Bila dah dapat, aku pun tengok dengan satu persatu setiap gambarnya dalam FB. Tetiba hati aku sendiri yang berkata 'MasyaAllah, memang macam muka aku!' Hahaha. Bayangkanlah tuan badan sendiri yang cakap muka sama dengan orang lain. Then start dari situ aku pun berkenalan dengan kembar aku tu. And kalau kami terserempak ibarat rasa macam adik beradik. Haha.

Okay, ni satu lagi kembar yang aku sangat meluat dan mengegelikan. What the#$%^&*()_
Yang kali ni nye kembar aku tak tahulah dari pelusuk negeri area selatan mana mari. Aku mula jumpa mamat ni dalam You Tube. Aku tak pastilah sama ada korang tengok dia perform dalam youtube atau pun tidak. Kalau korang belum pernah, sila klik link di bawah ini. :)


Aku tengok pun tak sanggup!!!

hahaha...


Tolong!!! Ini bukan AKU!!!~


Wednesday, August 17, 2011

Dahulu Cinta Sekarang Musuh.

Salam Ramadhan ke 17. Alhamdulillah kita di beri kesempatan dari Illahi dapat menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Pasti di luar sana tidak sabar untuk menyambut kedatangan bulan Syawal iaitu kedatanagn Hari Raya Aidil Fitri. Di samping kita bergembira itu, janganlah kita lupa bahawa ada mereka yang bersedih. Di saat anda bergembira bersama keluarga, pasti ada yang berduka. Di kesempatan ini, masih tidak lambat untuk saya mengucapkan takziah buat kedua sahabat saya di UTHM ini iaitu Beep Breep & Dya Nad di atas pemergian adik (Beep Breep) dan ibu (Dya Nad) di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga arwah berada di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...

Okay, Now lets back to our main topic. It is 'Dahulu Cinta Sekarang Musuh'. So what is it? Love? Girlfriend? BoyFriend? Friends? Oh ho... It is all wrong! Apa yang di maksudkan adalah ROKOK. Yaaa... Itulah yang di maksudkan.

Tak dinafikan lagi, dahulu aku memang seorang pencinta rokok. Mampu habiskan 2 kotak rokok dalam satu hari. Berbagai jenis aku dah mencuba. Boleh dikatakan aku seorang yang tegar kepada rokok.

But now, Alhamdulillah i'm not a smoker and i'm free from cigarette. Rasa macam tidak percaya, dahulunya seorang perokok tegar, but now it be my enemy. Sebelum ni aku ada post berkenaan dengan MAHU BERHENTI ROKOK. Now, alhamdulillah aku sudah mampukannya.

Oh ya, ada yang kata 'Bolehlah berhenti sebab bulan puasa'. Haha, that is absolutely wrong okay. Actually i'm stop smoking before Ramadhan's coming. And now around 1 month+ i'm already stop it.

So pada guys or ladies di luar sana yang mungkin cuba try to stop smoke, TRY LAH! Haha, apa yang penting adalah niat kamu semua dari hati. Aku tidak mengambil sebarang pil berhenti rokok mahu pun cuba gunakan petua lama. Apa yang aku cubakan adalah hanya dengan niat supaya Allah SWT membantu aku untuk berhenti rokok. Alhamdulillah kini sudah berhasil. Yang tak boleh blah skang ni, bau asap pon tak boleyh! Haahaha. Dan bila aku dah stop smoke ni, barulah aku paham perasaan orang yang tidak boleh menghidu asap rokok, tetapi berada dalam situasi ada asap rokok. :)