Salam Ramadhan ke 19. Celik pejam tercelik terpejam akhirnya sudah hampir dengan 10 malam ramadhan terakhir! Bagaimana dengan amal ibadah kita semua agaknya ya di bulan puasa ni. Yang paling penting adalah kita menunggu ketibaan Malam Lailatul Qadar. InsyaAllah sama-sama kita nantikan kedatangannya dan mengamalkannya.
Now, return to title. Pagi tadi telah berlangsungnya quiz math engineering 2 yang telah di lakukan encik pensyarah. Bila aku dapat kertas punya terperanjat! Siap bagi Quiz 3 & Quiz 4! Menggila betol. Soalan kalau senang tak apalah gak, boleh tahan kepayahan dan kesusahannya. Mengorat anak dara lagi senang rasanya. Tapi nasib baiklah tadi Quiz Open Book. So senanglah sikitkan kerja kami yang tak study ni untuk belek satu persatu muka surat yang mungkin ada jawapan. Tapi..... Entah kenapa bukan main malas lagi. Haha. Bukan setakat nak buka buku, keluarkan calculator pon malas! So jalan singkat cerita ni, aku hanya tiru dan meniru. Ibarat kata sopan : COPY & PASTE. Ngeeee!~
*Sebenarnya bukan meniru, cuma kami berbincang sahaja. ^_^
No comments:
Post a Comment