Friday, August 26, 2011

Ciri-ciri orang GAGAL

KEGAGALAN!!!

So weird, kenapa tetiba aku post mengenai KEGAGALAN? Adakah kita mahukan kegagalan atau yang sewaktu dengannya? Sudah pasti tidak! Mereka yang mahukan kegagalan adalah mereka yang tidak layak untuk hidup di dunia ini. Hanya membuang masa sahaja. Setuju?

If setuju, lets proceed!

Okay. Adakah you all rasa diri you all berada di tahap kegagalan? ADA atau TIDAK? Bagaimana kita nak tahu kita berada di tahap GAGAL? Bawah ni aku senaraikan sedikit info mengenai CIRI-CIR ORANG YANG GAGAL.

1. TIDAK YAKIN PADA DIRI.
Ini adalah salah satu punca utama kepada kegagalan. Percaya tau tidak, korang kena percaya! Dalam apa jua perkara yang korang mahu lakukan, pastikan korang ada YAKIN DIRI. Bukannya susah pun nak ada yakin diri ni, korang just tanamkan dalam diri korang yang korang pasti dan yakin bahawanya korang boleh lakukan sesebuah perkara itu. Tidak kiralah perkara itu kecik atau besar. Seandainya kamu berasa yakin, maka kamu pasti akan dapat lakukannya!


2. TIDAK YAKIN AKAN DIRINYA DAN KEMAMPUAN UNTUK MELAKSANAKAN USAHA ATAU KERJA YANG DIHADAPINYA.
Ciri yang kedua ini adalah lebih kurang dengan ciri yang pertama tadi, di mana mereka tidak mempunyai yakin diri di dalam melakukan sesuatu kerja.

3. SIKAP EGOISTIC DAN MEMANDANG STATUS.
Ini punya ciri sangat tak bagus. Aku nak terangkan secara detail bahaya plak. Almaklumlah EOISTIC DAN MEMANDANG STATUS ni lebih kepada orang atasan. Contohnya majikan, bos dan seumpama dengannya. Perkara ini sering terjadi apabila orang atasan memberi sesutau kerja kepada staffnya. Di tambah pula apabila staffnya tidak tahu bagaimana mahu melakukan perkara itu, dan makin di tambah pula apabila majikannya tidak mahu memberi tunjuk ajar atau memberi bantuan pertolongan. Jadi inilah salah satu perkara yang akan membawa kegagalan.


4. SENTIASA INGIN DISANJUNGI TETAPI TIDAK MAHU BERFIKIR DAN MAJU KE HADAPAN.
Ini sangat tidak bagus dan aku sangat tidak sukakannya! Seriusly I HATE IT. This is because mereka menggunakan kesempatan terhadap diri seseorang. Korang jelas ke tidak? Contohnya begini, Ali memberi ahmad sesuatu kerja yang harus disiapkan dengan jayanya, kemudian Ahmad pula menyiapkan kerja yang diberikan oleh Ali itu sehinggalah siap dan telah berjaya kerja itu. Tetapi, Ali mendapat nama di atas usaha yang telah dilakukan oleh Ahmad. Kita dapat lihat disini Ahmad adalah seorang yang berjaya manakala Ali adalah seorang yang gagal.

5. SELALU MENUNDA PEKERJAAN.
Ha.. Ciri yang ke lima ini sering ada dalam diri setiap para pelajar kan? Tak kiralah pelajar IPTA/IPTS mahupun mereka yang bekerja. Bila ada assignment, pasti mereka tunda kerja tu. Kononnya lambat lagi nak hantar, bila dah last minute baru lah nak siap. hasilnya? Cincai boncai la jawabnya. So ciri ini haruslah d buang dalam hidup, if you ada kerja yang di berikan, pastikan terus buat agar dapat siap dengan cepat. Barulah boleh berjaya!

6. SERING MENGELUH.
Pasti adakan? Actually mengeluh selalu pun tidak baik sebenarnya. Walaupun kita sekadar mengeluh dengan mengeluarkan perkataan EMMM.. tetapi sebenarnya terkandung beribu perkara negatif dalam tu. ini kerana Anda adalah orang yang sering menghindar dan pekerjaan dan tanggung jawab. Anda berarti orang yang malas untuk melakukan sesuatu. Pekerjaan anda hanya meratapi nasib dan tidak ada keinginan untuk maju dan memperbaiki nasib.

7. TIDAK MEMPUNYAI CITA-CITA.
Cita-cita? Sedih sungguh kalau aku dapat tahu yang korang ini tak ada cita-cita. Apa guna kita hidup di dunia tanpa ada hala tuju. Kan? So pastikan korang tanam cita-cita dan mulakan berusaha sehingga berjaya!

So, aku harap pada diri aku dan kawan-kawan aku, moga kita tidak ada ciri-ciri ini dalam diri kita!

No comments:

Post a Comment