Friday, August 19, 2011

Kisah di Majlis Berbuka Puasa.


Alhamdulilllah selesai sudah Majlis Berbuka Puasa anjura Kelab Penyayang UTHM bersama-sama :
1. Anak-anak yatim sekolah rendah Daerah Batu Pahat.
2. Anak-anak miskin sekolah rendah Daerah Batu Pahat.
3. Pelajar-pelajar Kurang Upaya daerah Batu Pahat.
4. Golongan Ibu-Ibu tunggal daerah Batu Pahat.
5. Orang-orang kampung Parit Raja.

Inilah kali pertama aku menyertai aktiviti Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh kelab. Aku menyertai majlis ini bukanlah sebagai tetamu yang hadir. Tetapi sebagai AJK/Urursetia yang akan melayan kehadiran para jemputan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun kurang sempurna daripada apa yang di rancang.

Dengan segak bergaya berbaju melayu warna hijau dan bersampin, aku pun meyakinkan diri aku untuk bertegur sapa dengan mereka. Dalam majlis sebegini kenalah mempunya sifat peramah, penyayang, tolak ansur, budi pekerti. Haha, boleh dikatakan macam lelaki melayu yang sopan sangatlah! Now aku nak story apa yang ragam-ragam telah berlaku di majlis tersebut :

1. Melayan telatah adik-adik comel.
Macam tak percaya aku ni seorang peramah sebenarnya, bergaul mesra dengan adik-adik. Ternampak jugalah sikap penyayang aku ni kan. Haha, ketika adik-adik kecil duduk di kerusi, aku pula bediri melayan adik-adik, bertanya itu dan ini. Cuma aku tidak berani menanyakan tentang hal peribadi mereka kerana risau membuat mereka bersedih. Maklumlah kerana ini adalah anak-anak fakir miskin & yatim piatu. So aku hanya berborak kosong sahaja. Alhamdulillah mereka ada yang senang dengan layanan aku. bergurau senda. Begitu juga aku melihat meja jemputan yang lain yang di pimpin oleh para urusetia.

2. Melihat persembahan daripada pelajar pekak & bisu.
Inilah pertama kalinya aku melihat secara live drama pendek yang di tonjolkan oleh adik-adik yang pekak & bisu. Sungguh comel watak-watak mereka di mana mereka melakonkan watak tanpa berkata, yang ada hanyalah gaya badan. Sungguh comel. Tambahan pula mereka mebuat persembahan lagu nasyid, kalau selalu kita melihat adik-adik menyanyi sambil membuat gaya. Tetapi kali ini mereka hanya menggunakan bahasa isyarat ketika lagu di mainkan. Sungguh indah. Hati aku menangis.

3. Alunan ayat suci Al-Quran & Qasidah daripada Pelajar cacat penglihatan.
MasyaAllah, sebelum ini aku hanya melihat golongan cacat mengalunkan ayat suci Al-Quran di dalam televisyen. Tetapi inilah kali pertama aku melihat orang cacat mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan nada yang sungguh indah dan lunak. Aku tak pasti sama ada setiap ayat suci Al-Quran itu dia hafaz atau pun tidak, tetapi yang pasti aku dapat melihat gerak jari jemari nya di atas kitab Suci Al-Quran setiap baris. Kemudian sungguh enak apabila kumpulan itu mengalunkan Qasidah, di tambah pula dengan suara yang sungguh enak dan merdu. Sungguh aku kagum dengan ciptaanmu Ya Allah. Walaupun anak-anak ini adakah golongan kurang upaya, tetapi mereka tetap sempurna dari pandangan aku.

4. Makanan & Minuman (serve by catering)
Fuhh! Bila pasal makanan, MasyaAllah, sungguh indah la jawabnya. Bayangkan jika ini jadi hidangan anda :
i. Nasi Tomato
ii. Satay
iii. Kuih Muih 4 jenis
iv. Pisang
v. KFC
vi. Aiskrim
vii. Pizza Hut.
viii. Puding.

Fuh, dah macam dalam hotel la. Alhadmulillah pasti adik-adik tu semangat makan. Tapi yang aku kasihan adalah sorang dua adik-adik yang muntah, mungkin kerana termakan lebih sehingga dia mual.

5. Beg UTHM Johor.
Oh ini adalah salah satu yang aku sangat geram. Kerana adik-adik tu dapat beg dari UTHM, walaupun beg yang ringkas dan simple, tetapi pada aku, beg tu sangat menarik. Yang buat kan aku geram sebab aku tak dapat beg tu! Uwaaaa.... T T. Chot, Qiqi dan Encik Latip dapat bag! This is not fair! Huh. Takpe2. :P

Okay, setakat ni itu jelah yang dapat aku ceritakan kisah-kisah yang serba sedikit ada dalam Majlis Berbuka Puasa bersama mereka. Rindukan gelagat mereka. Wahai adik-adik yang comel sekalian. Belajarlah bersungguh-sungguh. Abang mendoakan kejayaan kamu semua. :) With full of LOVE.~















Comments
2 Comments

2 comments:

  1. bile pink bc part anak yatim meme tesentuh la..pink meme dh lame teringin nk g umah anak yatim ..tp x kesampaian lg..huhu hrp satu hari nnti tecapai

    ReplyDelete