Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul 2013

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan limpah kurnia dari-Nya kita bakal meraikan hari yang sangat indah. Inn Sya Allah dengan Izin daripada Allah SWT, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Maulidur Rasul iaitu Hari Kelahiran Agung iaitu Nabi Muhammad SAW.


Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber dari : wikipedia

Lagu baru kat My Blog!

Sekian lama saya tak masukkan lagu dalam blog, akhirnya tadi saya berjaya juga! Eh jemputlah dengar ya.
Sebenarnya tu lagu Bila Cinta , takkan lah korang tak tahukan lagu Bila Cinta? Cuma kali ini ianya adalah Instrumental. Syahdu jek dengarkan. Tangkap Lentoq! Nak dengar? Boleh layari Youtube, mahupun blog saya! Hihihi.. <3 p="">

Tumpang Online Mak...!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Bila nak main laptop kat dalam bilik saya ni, terpaksalah pinjam meja menjahit mak. Hihi. Nasib baiklah baju yang mak nak jahitkn tu tak banyak. So bolehlah alihkan mesin jahit mak ke tepi sikit. Bilik ni bilik yang kecik. Hanya boleh muatkan sebuah katil bujang, almari baju dua pintu, ampaian kecik dan 2 meja kecik je. Satu meja tu meja jahit emak dan satu lagi meja untuk letak barang. So nak letak laptop terpaksalah pinjam meja mesin jahit emak. Sebelum ni saya online atas katil, tapi faham-faham je la kan seksa badan ni macam mana bila atas katil, tak selesa. Badan lenguh lenguh!


Ubat Melecet...!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Malam tadi saya temankan emak saya pergi supermarket Farley. Dekat Farley ni macam-macam ada jual untuk keperluan barang dapur, alat tulis, kasut, macam macamlah. Tapi sesak, parking pun susah nak dapat, Saya pun bagi tahu kat emak saya yang saya tak teman masuk ke dalam. Tengah pusing-pusing dekat kawasan tu ternampaklah ada sebuah Farmasi. Saya tak ingat pula apa nama farmasi tu. Then saya pun dapatlah parking. Tak jauh dengan farmasi tu.

Saya pun masuk ke dalam farmasi tu, sebenarnya tak tahu pun nak beli apa sebab saya memang suka tengok-tengok je. kadang-kadang bila terasa nak beli, terus beli time tu. Tengah saya surver barang tetiba ternampak bahagian ubat Cream jenama Germacot. Saya pun terus tanya berapa sekotak ni, pekerja farmasi tu cakap harganya RM8.00. Murahnya!!! Oh my... Tau tak setakat ni saya pergi beli farmasi di sekitar Johor harganya RM16,00. Dua kali ganda mahal. Entah kenapa farmasi sini jual mahal. Then saya pun terus angkat sekotak walaupun sebenarnya ketika waktu ini saya tidak memerlukan ubat krim ni. Mungkin sebelum balik semenanjung saya nak beli lagi dua kotak.

Nak tahu kenapa saya beli ubat tu walaupun belum nak digunakan? Ini kerana Ubat Cream Germacot sangat-sangat sesuai dengan kulit saya kalau melecet di bahagian punggung (maaf ye agak open story, demi menceritakan kisah benar agar orang lain boleh guna juga jika ada kes macam saya). Saya memang akan cari ubat ni kalau melecet, kesannya cepat ketara hilang. Pakai sebelum tidur and esok mungkin melecet tu dah ok. So pada mereka yang mungkin selalu terkena melecet bahagian kulit, cubalah ubat ini! ^_^

Saya beli awal sebab standby mana tau tetiba melecet tempat lain. Hihi. 



Tuesday, January 22, 2013

Rutin Harian Tiduran

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kalau hari tu, saya ada update mengenai kesukaran nak tidur di waktu malam  . Ingatkan penyakit biasa sebab selalu online sampai lewat malam. Rupa-rupanya penyakit Insomnia melanda diri ni. Mungkin betul Insomnia sebab tanda-tanda ada.

Rutin tidur? Huh, kekadang complicated. Bayangkan tiba waktu 7 malam hingga 12 Tengah malam, saya akan mencapai tahap mengantuk berkali-kali menguap. Tapi faham-fahamlah kan waktu ni waktu online. So malas nak tidur. Hihi. Tapi apabila pukul 12.01 Pagi dan ke atas (higga subuh) akan mencapai waktu yang susah nak lelapkan mata. Kadang-kadang online sampai 3 pagi masih segar. Bila pukul 3 pagi baring kat katil, akan berlakulah peristiwa golek golek atas katil sampailah mata ni nak lelap macam tak nak. Pernah satu hari tu saya golek golek atas katil sampai Subuh! Bayangkan berjam jam tak boleh tidur tapi paksakan mata nak lelap. Haiyaaa...

Waktu Subuh pula saya akan bangun dalam 6 Pagi. 6.30 Pagi saya akan hantar adik saya pergi sekolah. Balik lepas tu kompom tak boleh nak sambung tidur. Oleh demikian saya akan online hinggalah pukul 9 atau 10 Pagi. Kemudian sambung tidur hingga pukul 1 Tengahari. Kemudian bangun solat Zuhur dan ambik adik balik dari sekolah. Kemudian sampai rumah sambung tidur sampailah pukul 4.30 petang. Lepas tu bangun solat asar dan barulah lakukan aktiviti lain.

Itulah rutin harian tiduran!

Saturday, January 19, 2013

New Hobby... Cycling!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Entah tiba-tiba, jatuh cinta pula dengan hobi baru iaitu Berkayuh! Yang sebenarnya memang saya dah minat lama juga dengan berkayuh ni. Dulu masa kat Kuala Lumpur, sebelum pindah barang ke Sibu memang ada basikal. Tapi basikal tu hilang tak tahu siapa yang curi. Ini mungkin kerja si pengangkat barang semasa proses pindah barang dari KL ke Sibu. Tapi basikal tu biasa-biasa je. But bila dengar hilang, Fuhhh mengamuk saya!

Dulu semasa ayah kerja Polis di KL, ayah tak ada pon berbasikal ni. Nak katakan turun petang untuk riadah pun tak ada. Cuma baru-baru ni je Kem PGA Lanang iaitu tempat ayah bekerja adakan aktiviti terbaru iaitu berbasikal! Woooww.. Macam tak caya la plak ayah saya yang dulu tak berkayuh tetiba jadi pengayuh di sini. And before masuk 2013, ayah and kawan-kawan dia hari tu berkayuh sejauh 84KM. Wowww! Macam tak caya. Bukan dekat, tapi jauh. Ibarat naik kereta dari Kuala Lumpur ke Port Dickson.

Then bila balik Sibu ni pun saya terjebaklah juga dengan berkayuh. First mengayuh hari tu ayah cakap saya berkayuh sejauh 18KM. Sesorang plak tu. Just imagine if suddenly tayar pancit. Kompomlah kena call ayah untuk pick up.


Ini gambar masa firts day saya berkayuh sejauh 18KM

Then second day, saya kayuh pada 6 January 2013. Saya berbasikal waktu awal pagi. iaitu 6.30 Pagi. Kalau kat semenanjung 6.30Pagi tu masih gelap rasanyakan. Tapi di Sibu ianya sudah terang. Sangat seronok berkayuh disini. Just imagine anda berkayuh disamping ada kabus yang tebal. So cool! Tenang je rasa. Tapi yang tak bestnya pada kali ini sewaktu berkayuh, tetiba ada anjing kejar saya. Then saya pun pecut sikit and after anjing tu stop, suddenly my tayar pon pancit. Nasib baiklah pancit dekat-dekat dengan Bustop, bolehlah duduh sana sambil tunggu daddy datang. 


Moral disini ialah, kalau rasa-rasa nak berkayuh seorang diri dan nak kayuh jauh dari kawasan rumah, silalah bawar tayar tiub spare. And until now saya x berani nak berkayuh sorang diri selagi tak beli tayar tiub spare dan pam tangan. Mudah untuk di bawa kemana sahaja agar boleh tukar di tepi jalan.

Lagi satu, di Sibu ni banyak sangat anjing di tepi jalan. Lebih-lebih lagi di kawasan perumahan. Kebanyakan anjing tepi jalan ni anjing yang dipelihara dan tak di pelihara. So faham-fahamlah bila ada anjing ni. Nak tau kenapa saya kena kejar? Baca bawah ni :

Ayah saya bagi tahu (lepas kena kejar anjing), anjing ni perangai hawau dia macam manusia yang poyo. Nak tau? Sebab anjing ni kalau dia tengah dengan geng dia dalam 2 atau 3 ekor and time tu pula kita berjalan kaki sorang-sorang, dia akan kejar kita. Nak pula kawasan tu kawasan taman and dia tak pernah nampak kita. TAPI kalau waktu tu kita ada 3 atau 4 orang and anjing tu tengah seekor, dia tak kejar kita sebab kita lagi ramai dari dia and dia takut dengan kita. Haaa.. itulah dia.

Then kali ke tiga saya berkayuh bersama-sama dengan anggota Polis Kem PGA Lanang. Berapa ramai tu kami tak terkira, around 20 hingga 30 orang ada juga rasanya. Waktu ni masa lalu tepi anjing memang terbukti apa yang ayah saya cakap, kami lalu tepi anjing, lagi la die mengelak walaupun anjing time tu ada 3 - 4 ekor. kelakar rasanya! 



Tapi nanti bila saya dah balik semenanjung mesti kena cari basikal juga ni. Boleh teruskan hobi berkayuh ni dan luaskan sukan berbasikal. Harap-harap dapat beli nanti. Then berkayuh dengan geng-geng! Yeaahhhh!

Popularity VS Creativity

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah, pada tarikh 18 January 2013 berakhir sudah 'Realiti Tv Show iaitu Maharaja Lawak Mega 2012' yang berlangsung selama 10 Minggu daripada hujung tahun 2012 dan tamat pada awal 2013.

1 Malaysia sudah menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada Kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan juga Zizan. Kumpulan Jozan juga telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500K. Perhhh! Banyak banyak... Kalau masing-masing bahagikan duit tu maka dapatlah RM250K setiap sorang. Tuah artis... 

TETAPI... Jika kita lihat pada persembahan malam semalam, Perform yang ditunjukkan oleh Kumpulan Jozan ni tak adalah menarik mana. Kan? Setuju tak? Walauapapun tahniah kerana kemenangan milik anda.

Cuma jika dari pandangan saya, persembahan Shiro pada malam semalam adalah lebih lawak dan baik berbanding Jozan dan kumpulan lain.

Pada Pusingan Pertama kita dapat lihat rata-rata semua kumpulan buat lawak tersendiri dan menggelikan hati penonton. Ada yang ambil watak-watak mereka semua yang digunakan pada minggu-minggu yang lalu dan ada yang menggunakan watak baru. Ada yang copy paste idea kumpulan lain untuk diguna pakai dalam sshow mereka. Manakala ada yang meniru gaya artis untuk membuat lawak.

Pada Pusingan kedua pula kita dapat lihat kebanyakan kumpulan membuat persembahan yang agak hambar. Dengan bertemakan Teater Muzikal (ubah lirik), Kumpulan Shiro yang paling menyerlah pada pusingan kedua. Boleh dikatakan lebih kreatif jalan cerita berbanding kumpulan lain.

Persembahan Jambu pula boleh dikatakan konsep yang biasa digunakan sebelum-sebelum ini. Pada pusingan pertama kita dapat lihat mereka gunakan konsep yang sama seperti minggu sebelumnya. Manakala pada pusingan kedua, ada pengajaran dan jalan cerita.

Tetapi, apabila Popularity VS Creativity, sudah pasti rakyat Malaysia memilih Popularity. Maklumlah Jozan juga merupakan antara pelawak yang lama berbanding Shiro. Jozan juga lebih mempunyai ramai peminat dan fans kerana mereka sudah lama didalam seni. Manakala Shiro pula masih baru di dalam seni.

Lagi pun memang tabiat orang Malaysia, suka mengundi Popularity berbanding Creativity.

Ok fans Jozan, jangan marah dan tak setuju dengan apa yang saya coretkan ini. Ini adalah apa yang saya perhatikan dari sudut pandangan saya. ;) 

Jangan pula kata saya Haters Jozan, saya juga meminati mereka dan juga lawak-lawak mereka. Cuma saya lebih bersifat adil dan lebih memilih creativity.

Tahniah buat semua!

Friday, January 18, 2013

Ayah Out Station pulak!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ingatkan balik Sibu ni dapatlah luangkan masa dengan Mak and Ayah dalam sebulan ni. Tup Tup ayah kena pergi Out Station pula! Huh agak Sedey Medey Pedey juga bila dapat tahu ayah kena Out Station. Kalau masa dulu ayah kerja kat Semenanjung Malaysia, standard ayah akan pergi dalam masa Seminggu je. Tapi kali ni DUA MINGGU deyyy! Bersamaan dengan Empat Belas hari pulak tu! Haduyaiii...!

Kali ni ayah kena pergi Out Station ke Merirai (tak tau lah betul ke tak ejaan ni, jap saya baru nak Google Search ada tak nama Merirai... Sat ea....) ooo.. ada ada.. Merirai masih dalam Sarawak. tapi saya tak tahu celah mana. Tapi ayah kata agak pedalaman sebab tak ada line. Habeslah mak aku menanggung kerinduan nak berborak dengan ayah. Hihihi.

Tapi yang pastinya apabila ayah kena pergi Out Station, sayalah yang akan bertanggung jawab dalam hal ni dari urusan menolong emak, menghantar adik dan mengambil adik balik sekolah, teman emak pergi pasar. Sayalah jadi driver sepenuh masa! Hihihi.

Oleh demikian, saya kena sedikit rajin untuk 2 minggu ni. Tak boleh nak malas dan tidur memanjang!

Semoga ayah selamat pergi dan balik. Rindu ayah. Pagi tadi dapat salam and cium pipi ayah. Awesome!


Tidurlah Mata Ku...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Semenjak Dua menjak Tiga menjak ni tak tahulah apa dah jadi dengan diri saya ni. Nak katakan teruk tu tak, nak katakan biasa pun tak juga. Nak katakan normal, masih normal. Nak katakan burung hantu, pon boleh juga!

Mesti antara anda pernah alami sukar untuk tidur malam... kan? Adakah ianya disebabkan sakit? Persekitaran? Emosi? atau... INSOMNIA?

Oh tidak.. Minta-mintalah dijauhkan. Tapi inilah yang saya tengah alami sekarang dimana pada pukul 8 PM hingga 12 PM akan terasa ngantuk, tapi tak tidur sebab layan laptop. Tapi bila nak tidur selepas pukul 12 Pagi hingga ke Subuh akan alami masalah dimana mata ni tak lena nak lelap dan tak boleh nak tidur. Kejap golek sana, Kejap golek sini tapi masih kat atas katil lagi. Kalau golek-golek ke tempat lain tak pe lah juga.


Disebabkan dengan dilanda masalah yang sukar tidur ni, saya cubalah buat sedikit selidik Google Search mengenai Insomnia & Tanda-tanda Insomnia.

Nak tahu apa tanda-tanda nya? Ni saya Copy Paste kat bawah ni. Seram pula baca. Huhu

_______________________________________________________________________

TANDA-TANDA INSOMNIA


1. Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.
2. tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam.
3. Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.
4. Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari. 

_______________________________________________________________________

Ni antara empat tanda-tanda Insomnia yang mungkin asas kepada Insomnia. Diantara keempat-empat penyataan di atas ni, salah satu yang kena dengan diri saya pada waktu malam ialah nombor 1, 2, 3 dan 4. Senang cerita semua tanda tu memang saya ada! Haduyaii... Tak sangka pula kena Insomnia.

Insomnia ni bahaya juga, jangan di pandang remeh temeh. Oleh demikian, kepada sesiapa yang ada masalah untuk sukar tidur di waktu malam atau terasa dirinya juga terkena Insomnia, silalah ikuti cara-cara di bawah ini dengan bagaimana mengatasi atau mengurangkan masalah Insomnia anda. Ayuh baca!

Perkara yang kita perlu ELAKKAN, ialah :

* ELAK Meminum minuman yang mengandungi kafein (seperti kopi,teh, minuman kola) dan alkohol, merokok atau mengunyah tembakau 2 hingga 4 jam sebelum tidur, bergantung kepada bagaimana ia boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk tidur

* ELAK Tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
* ELAK Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur jikalau ia boleh diselesaikan sebelum itu
* ELAK Memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya
* ELAK Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang

Bersenam secara konsisten 3 hingga 5 kali seminggu. Walau bagaimanapun, senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.


Berehat sebelum tidur. Berhenti daripada membuat kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara-cara menenangkan diri dan mengosongkan fikiran daripada kerja atau masalah. Ini kerana apabila fikiran anda terlalu aktif, anda akan menghadapi masalah untuk berehat.



Pastikan persekitaran tidur anda selesa dengan cara mengurangkan gangguan luaran seperti cahaya lampu dan kebisingan. Tidur di atas tilam yang selesa, bantal yang lembut atau memakai pakaian tidur yang longgar.



Tidur hanya apabila anda rasa mengantuk dan gunakan tempat tidur anda untuk tidur sahaja bukannya sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.



Jika anda berbaring dalam keadaan jaga melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda.



Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan sebagai amalan sebelum masuk tidur untuk menimbulkan rasa mengantuk seperti :


* Mandi air suam
* Minum susu suam
* Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
* Mendengar muzik yang menenangkan



Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengambil kira waktu anda tidur.



Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda beli dengan pegawai farmasi untuk mengelakkan dari terambil ubat-ubatan yang menyumbang kepada masalah tidur.

__________________________________________________________________

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan kepada anda semua mengenai masalah saya ini. Saya yakin bukan saya sorang je yang kena Insomnia ni, ramai lagi yang kena. 

Lepas ni kita cuba amalkan cara-cara nak atasi Insomnia ni okay!

Anyway, Thanks to www.sihatselalu.com.my kerana berikan info mengenai Insomnia ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Insomnia jika anda mahu baca , sila layari link bawah ini :

Thursday, January 17, 2013

1 Januari 2013 : Business Class

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca.
Saya tahu anda semua tersangatlah Awesome dan Terbaek!

Ayuh berikan tepukan kepada diri sendiri! Yeaayyy!
*Pap Pap Pap! Bunyi tepuk tangan!

Okay pembaca sekalian, back to my Title Post, I've wrote '1 January 2013 : Business Class', Why? Ahhaa... This is because, this post actually I should posted on that date. Tetapi disebabkan masalah kemalasan dan suka tunda menunda, maka sehingga hari inilah baru nak update. Dah masuk hari ke 17 untuk tahun 2013 dah pun. Rasa macam post lapuk pun ada kan? But but! ianya masih segar kerana tetap dalam bulan January. Yeahhh! Lets proceed!

Okay then anda lihat pula ada mention 'Business Class' right? Yeaahhh.. (ni yang nak bangga berlagak tahap gaban nak mam**s ni. Hahaha!) No la! Actually I just want to share with my readers about my experience menaiki Penerbangan Malaysia Airline bertiketkan Business Class!

Yaa.. Pada tarikh 1 January 2013 yang lalu, saya telah menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu dengan Malaysia Airlines. Actually ini bukan kali pertama ya saya menaiki kapal terbang. Saya pun tak ingat kali ke berapa dah cuma kali ini berbeza kerana kali pertamanya saya menaiki kapal terbang dengan menggunakan tiket 'Business Class'.


Business Class
Flight : MH 2712
KL - Sibu
Departure : 0850



Okay saya tahu mungkin ada antara pembaca disini sudah biasa dengan menggunakan tiket Business Class. But, ini hanyalah luahan pengalaman cerita saya ya. Mungkin sedikit JAKUN! Yaa.. because Business Class semua tahukan ianya bukanlah tiket yang murah. Ianya tiket yang sangat mahal berbanding tiket 'Economy Class' di mana harga nya mungkin jadi  3 atau 4 kali ganda dengan Economy Class. Kan??

Okay-okay-okay saya sambung kisah saya, seperti yang saya maklumkan ini pertama kali saya menaiki Business Class. Seriusly sedikit janggal dari segi Registration & Check-In Luggage. Kalau gunakan 'Economy Class' ianya boleh dikatakan biasa-biasa sahaja, Check In Luggage kena beratur. Tapi untuk Check In Luggage Business Class tersangat berbeza dimana Kaunter nya berbeza sedikit jauh dengan Economy Class. Layanan staff juga bagus, when I come to the counter to check in, they stand up and tegur kita dengan baik and nanti akan ada seorag lagi pekerja untuk angkat barang kita. Berbanding dengan Economy Class di mana kita kena angkat barang sendiri untuk Check In.

After dah Check In Luggage, penumpang macam biasa boleh nak kemana-mana merayau sementara menunggu pintu masuk di buka. Okay lupa nak bagi tau tiket saya waktu ni adalah pukul 8.50 Pagi manakala pada Pukul 7.50 Pagi pula pintu dibuka. Maknanya saya sudah pasti berada di KLIA seawal jam 6 pagi. nak di jadikan cerita bila dah Check In tu perut mula rasa lapar. Kalau nak tahan lapar sampai masuk dalam flight pon bole sebab Mas Airlines sudah semestinya menyediakan sarapan pagi. Kalau tak tahan lapar alamatnya kena makan kat dalam KLIA tu. Bagi penumpang yang Business Class ni, mereka tak perlu beli makan kat dalam kawasan KLIA tu, kalau mereka beli makanan untuk sarapan pagi tersangatlah rugi dan merugikan. Kenapa? Okay ini kerana mereka yang Business Class disediakan juga sarapan pagi sebelum menaiki kapal terbang. Makanan yang disediakan tak perlu bayar, malah semuanya percuma. Nak makan apa, makanlah sampai kenyang.

Oh lupa nak bagi tau nama tempat nya. namanya ialah 'Golden Lounge Domestic'.



Bahagian dalam lounge

Ini sarapan pagi yang saya pilih :
Air cappucino
Nasi Lemak Ayam
Berbagai pilihan roti
*Tak berani ambil banyak sebab takut tak habis. Ikutkan tekak nak rasa semua tapi risau muntah pula.

Alright, lepas dah selesai makan dekat lounge tu, saya pun keluar and berjalan menuju ke Pintu A6 dimana situlah pintu yang akan saya menaiki Kapal Terbang.

Apabila Jam 8.30 pagi, penumpang di benarkan masuk ke dalam kapal terbang. Staff Mas mengarahkan penumpang yang membawa anak kecil atau bayi diberi keutamaan untuk masuk dahulu walaupun Economy Class. Begitu juga dengan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Penumpang Business Class. Lain-lain perlulah menunggu. Saya pun masuk ke dalam kapal terbang dan terus duduk. Fuhh time ni perasaan tak tahulah nak cakap apa. Kejap malu, kejap relax, kejap malu dan kejap relax. Nak tahu kenapa? Sebab penumpang Business Class ni mereka akan duduk seat bahagian depan sekali. Ada 4 baris seat dan setiap baris mempunyai 4 kerusi. Maka jumlah seat untuk Business Class ialah 16 buah kerusi. Pada time tu juga yang hanya menaiki Business Class hanyalah dua orang sahaja iaitu saya dan lagi seorang penumpang berbangsa cina. Dia duduk bahagian hadapan manakala saya belakang sedikit dari dia. Time ni memang saya malu sedikit sebab sering dipandang oleh penumpang-penumpang Economy Class. 

Pramugari melayan penumpang Business Class memang up sikit. Sebaik kami duduk, kami akan diberikan satu towel basah. Kemudian dihidangkan secawan jus sebelum berlepas. Istimewa seat Business Class ni ialah besar, luas, selesa, ada bantal dan ada selimut untuk penumpang. Kalau Economy Class tidak ada. Kemudian, apabila sudah berlepas, setiap penumpang akan dihidangkan dengan sarapan pagi. Bayangkan, dah la makan kat Lounge tadi, lepas tu makan pula dalam flight. Fuhh memang kenyang. Masa dalam flight ni saya pilih menu Roti Jala. 

Saya just makan Roti Jala dengan Buah-buahan sahaja. Roti 3 biji tu dengan yogurt and Jem penutup merah tu saya Take Away.

After sarapan, penumpang macam biasa buat aktiviti masing-masing sementara menunggu tiba lokasi. senang cerita bila naik Business Class ni sebenarnya banyak makan je. Huhu. Tapi ada lain lagi, yang bestnya ialah kita masuk awal dalam flight dan kita juga keluar awal dari flight. Tu yg syok tak perlu beratur panjang. Tak perlu nak berebut keluar. Lajuuuu je!

So setakat ini sahajalah yang dapat saya kongsikan pengalaman saya semasa menaiki Kapal Terbang menggunakan tiket Business Class. Bukannya saya berlagak ya dengan post ni, saya cuma kongsikan sahaja disamping itu saya jadikan ini kenangan saya kerana bukan mudah orang yang kekurangan wang ringgit seperti saya ni menaiki Business Class. ^__^ 

Anyway, thanks readers kerana membaca. Maaf ya jika ada kekurangan didalam post ini!

Ikhlas Kasih Sayang :
Abdul Mahfuz Abdul Rahman
(Eh Apuz)