DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Entah tiba-tiba, jatuh cinta pula dengan hobi baru iaitu Berkayuh! Yang sebenarnya memang saya dah minat lama juga dengan berkayuh ni. Dulu masa kat Kuala Lumpur, sebelum pindah barang ke Sibu memang ada basikal. Tapi basikal tu hilang tak tahu siapa yang curi. Ini mungkin kerja si pengangkat barang semasa proses pindah barang dari KL ke Sibu. Tapi basikal tu biasa-biasa je. But bila dengar hilang, Fuhhh mengamuk saya!
Dulu semasa ayah kerja Polis di KL, ayah tak ada pon berbasikal ni. Nak katakan turun petang untuk riadah pun tak ada. Cuma baru-baru ni je Kem PGA Lanang iaitu tempat ayah bekerja adakan aktiviti terbaru iaitu berbasikal! Woooww.. Macam tak caya la plak ayah saya yang dulu tak berkayuh tetiba jadi pengayuh di sini. And before masuk 2013, ayah and kawan-kawan dia hari tu berkayuh sejauh 84KM. Wowww! Macam tak caya. Bukan dekat, tapi jauh. Ibarat naik kereta dari Kuala Lumpur ke Port Dickson.
Then bila balik Sibu ni pun saya terjebaklah juga dengan berkayuh. First mengayuh hari tu ayah cakap saya berkayuh sejauh 18KM. Sesorang plak tu. Just imagine if suddenly tayar pancit. Kompomlah kena call ayah untuk pick up.
Ini gambar masa firts day saya berkayuh sejauh 18KM
Then second day, saya kayuh pada 6 January 2013. Saya berbasikal waktu awal pagi. iaitu 6.30 Pagi. Kalau kat semenanjung 6.30Pagi tu masih gelap rasanyakan. Tapi di Sibu ianya sudah terang. Sangat seronok berkayuh disini. Just imagine anda berkayuh disamping ada kabus yang tebal. So cool! Tenang je rasa. Tapi yang tak bestnya pada kali ini sewaktu berkayuh, tetiba ada anjing kejar saya. Then saya pun pecut sikit and after anjing tu stop, suddenly my tayar pon pancit. Nasib baiklah pancit dekat-dekat dengan Bustop, bolehlah duduh sana sambil tunggu daddy datang.
Moral disini ialah, kalau rasa-rasa nak berkayuh seorang diri dan nak kayuh jauh dari kawasan rumah, silalah bawar tayar tiub spare. And until now saya x berani nak berkayuh sorang diri selagi tak beli tayar tiub spare dan pam tangan. Mudah untuk di bawa kemana sahaja agar boleh tukar di tepi jalan.
Lagi satu, di Sibu ni banyak sangat anjing di tepi jalan. Lebih-lebih lagi di kawasan perumahan. Kebanyakan anjing tepi jalan ni anjing yang dipelihara dan tak di pelihara. So faham-fahamlah bila ada anjing ni. Nak tau kenapa saya kena kejar? Baca bawah ni :
Ayah saya bagi tahu (lepas kena kejar anjing), anjing ni perangai hawau dia macam manusia yang poyo. Nak tau? Sebab anjing ni kalau dia tengah dengan geng dia dalam 2 atau 3 ekor and time tu pula kita berjalan kaki sorang-sorang, dia akan kejar kita. Nak pula kawasan tu kawasan taman and dia tak pernah nampak kita. TAPI kalau waktu tu kita ada 3 atau 4 orang and anjing tu tengah seekor, dia tak kejar kita sebab kita lagi ramai dari dia and dia takut dengan kita. Haaa.. itulah dia.
Then kali ke tiga saya berkayuh bersama-sama dengan anggota Polis Kem PGA Lanang. Berapa ramai tu kami tak terkira, around 20 hingga 30 orang ada juga rasanya. Waktu ni masa lalu tepi anjing memang terbukti apa yang ayah saya cakap, kami lalu tepi anjing, lagi la die mengelak walaupun anjing time tu ada 3 - 4 ekor. kelakar rasanya!
Tapi nanti bila saya dah balik semenanjung mesti kena cari basikal juga ni. Boleh teruskan hobi berkayuh ni dan luaskan sukan berbasikal. Harap-harap dapat beli nanti. Then berkayuh dengan geng-geng! Yeaahhhh!
No comments:
Post a Comment