DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Malam tadi saya temankan emak saya pergi supermarket Farley. Dekat Farley ni macam-macam ada jual untuk keperluan barang dapur, alat tulis, kasut, macam macamlah. Tapi sesak, parking pun susah nak dapat, Saya pun bagi tahu kat emak saya yang saya tak teman masuk ke dalam. Tengah pusing-pusing dekat kawasan tu ternampaklah ada sebuah Farmasi. Saya tak ingat pula apa nama farmasi tu. Then saya pun dapatlah parking. Tak jauh dengan farmasi tu.
Saya pun masuk ke dalam farmasi tu, sebenarnya tak tahu pun nak beli apa sebab saya memang suka tengok-tengok je. kadang-kadang bila terasa nak beli, terus beli time tu. Tengah saya surver barang tetiba ternampak bahagian ubat Cream jenama Germacot. Saya pun terus tanya berapa sekotak ni, pekerja farmasi tu cakap harganya RM8.00. Murahnya!!! Oh my... Tau tak setakat ni saya pergi beli farmasi di sekitar Johor harganya RM16,00. Dua kali ganda mahal. Entah kenapa farmasi sini jual mahal. Then saya pun terus angkat sekotak walaupun sebenarnya ketika waktu ini saya tidak memerlukan ubat krim ni. Mungkin sebelum balik semenanjung saya nak beli lagi dua kotak.
Nak tahu kenapa saya beli ubat tu walaupun belum nak digunakan? Ini kerana Ubat Cream Germacot sangat-sangat sesuai dengan kulit saya kalau melecet di bahagian punggung (maaf ye agak open story, demi menceritakan kisah benar agar orang lain boleh guna juga jika ada kes macam saya). Saya memang akan cari ubat ni kalau melecet, kesannya cepat ketara hilang. Pakai sebelum tidur and esok mungkin melecet tu dah ok. So pada mereka yang mungkin selalu terkena melecet bahagian kulit, cubalah ubat ini! ^_^
Saya beli awal sebab standby mana tau tetiba melecet tempat lain. Hihi.
Test komen
ReplyDeleteTerima ksih kerana sudi kongsi ilmu
ReplyDeletethanx sudi share..ank sy kerp melecet d punggung sbb cirit.nk test produk ni plak
ReplyDeleteThanx share info..tgh cr ubt yg sesuai tk ank,sll melecet d punggung
ReplyDeletethanx sudi share..ank sy kerp melecet d punggung sbb cirit.nk test produk ni plak
ReplyDelete