DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Kalau hari tu, saya ada update mengenai kesukaran nak tidur di waktu malam . Ingatkan penyakit biasa sebab selalu online sampai lewat malam. Rupa-rupanya penyakit Insomnia melanda diri ni. Mungkin betul Insomnia sebab tanda-tanda ada.
Rutin tidur? Huh, kekadang complicated. Bayangkan tiba waktu 7 malam hingga 12 Tengah malam, saya akan mencapai tahap mengantuk berkali-kali menguap. Tapi faham-fahamlah kan waktu ni waktu online. So malas nak tidur. Hihi. Tapi apabila pukul 12.01 Pagi dan ke atas (higga subuh) akan mencapai waktu yang susah nak lelapkan mata. Kadang-kadang online sampai 3 pagi masih segar. Bila pukul 3 pagi baring kat katil, akan berlakulah peristiwa golek golek atas katil sampailah mata ni nak lelap macam tak nak. Pernah satu hari tu saya golek golek atas katil sampai Subuh! Bayangkan berjam jam tak boleh tidur tapi paksakan mata nak lelap. Haiyaaa...
Waktu Subuh pula saya akan bangun dalam 6 Pagi. 6.30 Pagi saya akan hantar adik saya pergi sekolah. Balik lepas tu kompom tak boleh nak sambung tidur. Oleh demikian saya akan online hinggalah pukul 9 atau 10 Pagi. Kemudian sambung tidur hingga pukul 1 Tengahari. Kemudian bangun solat Zuhur dan ambik adik balik dari sekolah. Kemudian sampai rumah sambung tidur sampailah pukul 4.30 petang. Lepas tu bangun solat asar dan barulah lakukan aktiviti lain.
Itulah rutin harian tiduran!
No comments:
Post a Comment