Saturday, January 19, 2013

Popularity VS Creativity

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah, pada tarikh 18 January 2013 berakhir sudah 'Realiti Tv Show iaitu Maharaja Lawak Mega 2012' yang berlangsung selama 10 Minggu daripada hujung tahun 2012 dan tamat pada awal 2013.

1 Malaysia sudah menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada Kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan juga Zizan. Kumpulan Jozan juga telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500K. Perhhh! Banyak banyak... Kalau masing-masing bahagikan duit tu maka dapatlah RM250K setiap sorang. Tuah artis... 

TETAPI... Jika kita lihat pada persembahan malam semalam, Perform yang ditunjukkan oleh Kumpulan Jozan ni tak adalah menarik mana. Kan? Setuju tak? Walauapapun tahniah kerana kemenangan milik anda.

Cuma jika dari pandangan saya, persembahan Shiro pada malam semalam adalah lebih lawak dan baik berbanding Jozan dan kumpulan lain.

Pada Pusingan Pertama kita dapat lihat rata-rata semua kumpulan buat lawak tersendiri dan menggelikan hati penonton. Ada yang ambil watak-watak mereka semua yang digunakan pada minggu-minggu yang lalu dan ada yang menggunakan watak baru. Ada yang copy paste idea kumpulan lain untuk diguna pakai dalam sshow mereka. Manakala ada yang meniru gaya artis untuk membuat lawak.

Pada Pusingan kedua pula kita dapat lihat kebanyakan kumpulan membuat persembahan yang agak hambar. Dengan bertemakan Teater Muzikal (ubah lirik), Kumpulan Shiro yang paling menyerlah pada pusingan kedua. Boleh dikatakan lebih kreatif jalan cerita berbanding kumpulan lain.

Persembahan Jambu pula boleh dikatakan konsep yang biasa digunakan sebelum-sebelum ini. Pada pusingan pertama kita dapat lihat mereka gunakan konsep yang sama seperti minggu sebelumnya. Manakala pada pusingan kedua, ada pengajaran dan jalan cerita.

Tetapi, apabila Popularity VS Creativity, sudah pasti rakyat Malaysia memilih Popularity. Maklumlah Jozan juga merupakan antara pelawak yang lama berbanding Shiro. Jozan juga lebih mempunyai ramai peminat dan fans kerana mereka sudah lama didalam seni. Manakala Shiro pula masih baru di dalam seni.

Lagi pun memang tabiat orang Malaysia, suka mengundi Popularity berbanding Creativity.

Ok fans Jozan, jangan marah dan tak setuju dengan apa yang saya coretkan ini. Ini adalah apa yang saya perhatikan dari sudut pandangan saya. ;) 

Jangan pula kata saya Haters Jozan, saya juga meminati mereka dan juga lawak-lawak mereka. Cuma saya lebih bersifat adil dan lebih memilih creativity.

Tahniah buat semua!

No comments:

Post a Comment