Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah pada tarikh 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabaiulawal 1434 Hijrah, Umat Islam di Seluruh Dunia diberi keizinan oleh Allah SWT untuk meraikan Hari Keputeraan / Hari Keagungan Nabi Muhammad SAW. Dengan bertemakan "Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah' maka, Umat Islam meraikan dengan penuh makna.
Alhamdulillah pada tahun ni saya dapat merasakan suasana sambutan Maulidur Rasul di negeri orang iaitu di Sibu. Sambutan ini telah dilakukan di Peringkat Daerah Sibu. Jika sebelum ini pengalaman saya berarak hanyalah pada peringkat sekolah-sekolah sahaja. Tapi kali ini lebih meriah kerana pada Peringkat Daerah. Lebih menyeronokkan ialah melihat Pihak-pihak sekolah rendah, sekolah kebangsaan, sekolah agama, Pihak penjawat awam, penjawat swasta, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan menghantar wakil masing0-masing untuk berarak di bawah kontinjen yang ada.
Kalau tahun lepas, mak bagi tahu perjalanan tak jauh macam tahun ni. Perjalanan tahun ni dipanjangkan sedikit dan hampir cecah 5km. Panjang jugak tu.
Perarakan seperti biasa dilakukan di tengah-tengah Bandar Sibu. semua Kontinjen dari Sibu akan berkumpul di Dataran Sibu, mereka berkumpul di Padang berhadapan dengan Menara Tinggi Wisma Sanyan.
Di sini mereka akan berkumpul, di hiburkan dengan nasyid, kemudian barulah akan bergerak mengikut laluan yang di tetapkan.
Untuk lihat album penuh boleh click link
INI
|
Dalam kereta. On The Way To Dataran Sibu |
|
Sedikit persembahan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad sebelum perarakan bermula. |
|
Kontinjen Batalion 10 Pasukan Gerakan Am(PGA) Sibu |
|
Ni kawan-kawan ayah. Ayah tak ada sebab pergi Out Station |
|
Sebelum berarak, adik-adik bersarapan supaya lebih semangat. |
|
Kontinjen SMK Bukit Assek |
|
Comel je budak ni, Wakil Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia |
|
Sebahagian pengunjung Pasar Sibu yang melihat perarakan. |
|
Pihak Polis Trafik menutup dan memantau sebahagian jalan Bandar Sibu. |
|
Mak dengan kawan-kawan dia dah pancit.Masing-masing sakit kaki. |
|
Pihak ATM juga membantu melancarkan pergerakan setiap kontinjen. Rata-rata 1 kontinjen akan ada 2 orang askar yang mengiring. |
|
Baju Melayu pakcik ni Style |
|
Terserempak dengan Wawa. (kawan UTHM)
|
Alhamdulillah perarakan Maulidur Rasul segalanya berjalan dengan lancar pada pagi tadi. Cuaca juga baik-baik, tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung. Kelihatan adik-adik juga seronok berarak sambil berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah. Semoga Umat Islam terus bersatu dan menjaga nama baik Nabi Muhammad SAW.
Hak3.. nice.. ada jugak pic sekolah saya kat situ... ;)
ReplyDeletehttp://cikguhailmi.blogspot.com/2013/01/sekolah-sambutan-maulidur-rasul-2013-di.html