Tuesday, May 31, 2011

Dunia Baru!

Assalammualaikum di ucapkan kepada semua pembaca, Oh, tak tahulah berapa ramai yang baca kerana hanya 60+ je kawan-kawan! Maybe yang baca around 1 to 2 to 3 to 4 kot.... Huk3. Tak kesah pon, kita tak boleh memaksa seseorang itu membaca blog kita rite? So mereka hanya perl ikhlaskan diri mereka untuk membaca post kita. Oh ya, semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan terbaik!

Back to the our topic, 'Dunia Baru'! Apakah maksudnya? Adakah kerana dunia lama sudah hancur? Oh tidak, sempena mahu terbitnya 1 Jun 2011 ini aku hendak mulakan 'Dunia Baru'. Eh, bukan kerana aku putus cinta okay! Ini adalah kerana aku nak cuba memperbaiki diri aku kepada yang buruk kepada yang baik, atau kepada yang baik lebih kepada terbaik!

Tidak salahkan untuk kita mengubah diri kita? Betul tu, kadang-kadang bila kita ubah diri kita mesti ada yang mengata. RIte? WEll, mulut orang ni memang kita tak boleh nak tutup, tapi jangan sampai aku tutup, cacat mulut orang tu kan! Hahaha, Okay! Semoga semua sahabat akan dapat bersama-sama ubah!

Friday, May 27, 2011

Mulut orang...

Semua ada mulutkan? Kalau ada Alhamdulillah, kalau tak ada pun Alhamdulillah. Ini semua nikmat adn pemberian yang di berikan oleh Allah SWT.
So pada korang yang ada mulut tu, macam mana dengan keadaan mulut korang? Berbau? Sumbing? Ahhh, itu semua aku tak kisah, aku tak kisah mulut korang berbau ataupun sumbing. Tapi yang aku kisah kat korang ni adalah MULUT KORANG YANG POT PET POT PET. Tak paham apa Pot Pet Pot Pet tu? Ala yang korang suka sangat dok buat cerita tu la.. Ha tau dah? Memang betul bak kata orang "MULUT ORANG MEMANG TAK BOLEH DI TUTUP", betulkan? Haha... Aku pun sokong dengan ayat tu, tapi kalau aku punya istilah kena ada penambahan iaitu 'MULUT ORANG MEMANG TAK BOLEH NAK TUTUP... TAPI KALAU AKU TUTUP MULUT DIA, CACAT NANTI KANG!" So paham-pahamlah... Ngeee... <3~

Wednesday, May 18, 2011

Cuti semester 1 Bulan yang bosan!~

Assalammualaikum dan Salam sejahtera. Semoga kawan-kawan semua berada dalam keadaan Luar Biasa! Sihat ka? Haha. Now musim cuti bagi semua pelajar IPTA. Kalau dulu cuti semua selaras, tapi sekarang kementerian sudah ubah cuti, dimana cuti untuk pelajar Diploma adalah selama sebulan manakala cuti untuk pelajar Ijazah adalah selama 4 bulan! Yang tu untuk semester kali ini, manakala dengar khabar pula cuti untuk semester akan datang, pelajar Diploma pula akan cuti selama 4 bulan manakala pelajar Ijazah pula akan cuti selama 1 bulan. Benarkah begitu? Oh tidakkk... Tak dapat aku bayangkan macam mana kalau cuti aku 4 bulan nanti sedangkan cuti aku selama 1 bulan ni pun dah bosan. Tapi bila dipikirkan kalau cuti 4 bulan ok gak kot sebab boleh buat kerja. 4 bulan lama gak, kumpul duit nak kahwin pon dah lepas! Huk3..
Cuti aku selama sebulan ni hanya duduk di kampung bersama Abah tok & Mak Tok, tak dapat nak balik Sibu! Sedih gak! tapi tak ape. Duk kampung ni aku kena lah tolong Abah Tok & Mak Tok, lagi-lagi cucu lelaki pertama, so kenalah ada tanggung jawab sikit kan! Cehhh poyo lak ai...
Macam semalam aku dengan Abah tok nak buat rumah stor baru at belakang, nampaknya kena bertukar kursus! Haha. kalau di UTHM aku belajar Kejuruteraan Elektrik manakala di kampung pula aku kena belajar Pembinaan Bangunan ala-ala Kejuruteraan Awam gitu. So dapat gak pengalaman! (harap-harap dapat gak upahkan!). Kadang-kadang duk kampung aku tolong atok aku g kebun, kat kebun nanti buatlah kerja menyawit, meracun dan sebagainya. Yang paling penting kena tolong atok aku halau ayam ke reban di waktu maghrib, tu pon kadang-kadang jew. Ngeee!
So skang ni cuti untuk 1 bulan ni kerja aku hanyalah menolong atok aku buat rumah stor kat belakang, then bersihkan rumah mak ayah aku sebab ada orang nak sewa. Yang paling penting jaga and tengok-tengokkan Abah Tok & Mak Tok (padahal dorang yang tengokkan aku!).
Kat kampung pon bosan gak sebab tak boleh nak on9 sangat! Haishhh, bila lah TM nak pasang line streamyx ni! Kedekot tol tak nak pasang!
Kepada semua kawan-kawan aku yang sedang bercuti, semoga korang manfaatkan cuti korang! Jangan buat kerja tak senonoh okay. Agak-agak kalau korang bosan, korang halo-halo aku and kita sama-sama lepak kat Warung Sore-Sore! Huhu! Papai All!
Note : Tak sabar nak masuk Semester baru!

Friday, May 13, 2011

Teluk Bakong~

Pantai Teluk Wawasan atau lebih dikenali Teluk Bakong, itulah satu-satunya lokasi yang agak menarik dalam kampung aku. Disitu akan dapat lihat nelayan turun naik laut, dentuman ombak ke batu, bau tepian laut, merasa kenikmatan angin bertiup, melihat awan biru, melihat gelagat monyet-monyet, melihat belacak, melihat anak kampung melepak, dan melihat keindahan tepi laut.

Jarak dari kampung aku ke Teluk Bakung ni tak lama, maybe around 4 to 5 Kilometer, Best kalau ke sini pada waktu petang, pada waktu pagi kalau nak beli ikan disini juga best, semua ikan fresh yang baru ditangkap. Orang-orang tua selalunya kalau ke Teluk Bakung pasti ke sini dan mengeteh bersama kawan-kawannya, begitu juga aku. Maklumlah style orang-orang tua. Bila ke sana pasti akan ke warung Wak dan mengeteh sambil berbual kosong dan mengarut. Kalau ada awek lalu situ confirm akan pandang. Maklumlah lelaki, tak salah sekadar memandang.

Pada waktu malam pula, aku pernah ke Teluk Bakong ni dalam 3 kali. Sesiapa yang nak berkaraoke boleh aje, Berkaraoke di tepi laut sambil menikmati makanan dan minuman.

Itulah sedikit keistimewaan yang ada di Teluk Bakong. Keburukan? Tak nak la aku citer, Takot!




Peace for [ATTITUDE.RELIABLE.AMBITIOUS]

Wednesday, May 11, 2011

Jom Cantikkan Wuduk Kita! ~

Assalammualaikum to all pembaca-pembaca. Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera walafiat!

Now I would to post something yang veri important to our life (betol tak ayat london aku ni?). Untuk post kali ni, aku nak post mengenai ilmu agama islam. Maklumlah kita ni orang islamkan.

Untuk topik kali ini aku nak petik mengenai WUDUK. Haaaa... tu dia. Sedap perkataan tu bila di sebut dan sedap perkataan tu bila di dengar.

Aku yakin ramai yang dah tahu apa itu Wuduk, pasti korang dah tahu apa kelebihan wuduk. Betulkan? So dalam post kali ini aku just nak menambah sedikit maklumat supaya Wuduk yang kita ambil tu lebih cantik dan lebih indah serta lebih sempurna, InsyaAllah.

Okay, actually maklumat ni aku tahu daripada kakak aku. Dia yang selalu kaunseling aku kalau bab-bab agama ni. Now jom proceed apa yang akak aku bagi tahu. Kakak aku bagi tahu setiap anggota yang kita ambil wuduk ni ada bacaannnya. Antaranya :

Mulut : Ampunkan dosa mulutku.
Muka : Putihkan tubuhku di padang mahsyar nanti.
Tangan Kanan : Hisablah amalanku dengan tangan kanan.
Tangan Kiri : Janganlah hisab amalan ku dengan tangan kiri.
Rambut : Lindungi rambutku dari panas matahari di padang mahsyar nanti.
Telinga : Ampunkan dosa-dosa telingaku dari mendengar perkara yang dosa.
Kaki Kanan : Permudahkan ketika aku meniti titian di akhirat nanti.
Kaki Kiri : Jauhkan melangkah daripada tempat yang tidak baik.

Mudahkan? So InsyaAllah dengan apa yang kita amalkan akan mendapat keberkatan dari Illahi. Jom share pada kawan supaya kita dapat amalkan!


Peace for your [ATTITUDE.RELIABLE.AMBITIOUS]

Sehati Sejiwa ~

Hallo all! Korang still ingat lagi tak lagu "Sehati Sejiwa"? Kompom tak ingat, or maybe korang just ingat lagu ni but korang tak ingat tajuk lagu ni. Lagu nyanyian Haslinda ini pernah popular suatu ketika dahulu, ditambah pula menjadi OST untuk drama Cinderella lakonan Ahmad Idham dengan Hasliza Misbun pada suatu ketika dahulu.

Aku suka sangat dengar lagu ni, lirik yang sangat mendalam, lagu yang sangat syahdu dtambah pula dengan irama yang sungguh syahdu! Serius lagu ini sangat indah. Dahulu pernah popular tapi zaman sekarang mesti dah tak popular lagu ni, apa pun korang yang belum pernah dengar silalah dengar semula lagu ini. Klik link bawah ini, korang boleh dengar melalui YouTube.


Di bawah ini aku sertakan lirik lagu ini :

Haslinda

Sehati Sejiwa


( 1 )
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

( 2 )
Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama...

( ulang 1 & 2 )


So macam mana? Korang dah dengar ke belum? Sesuai untuk mereka yang berjiwang!
Aku jatuh cinta dengan lagu ini! <3

Tuesday, May 10, 2011

Oh UTHM~

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dikenali UTHM. Bertapak di Parit Raja, Negeri Johor.

Sejarah :

16 September 1993 : Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP).
12 April 1996 : Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).
30 September 2000 : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO).
1 Februari 2007 : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Itulah serba sedikit bagaimana UTHM ditubuhkan. Sekarang UTHM di catatkan ranking ke 12 dalam Universiti di Malaysia. Kalau dahulunya kalau tak silap aku ranking ke 15.

*Pandangan UTHM dari angkasa.


*Pintu masuk utama UTHM.

Now aku nak story serba sedikit apa yang ada di UTHM ini. Huhu.

(Khas untuk pelajar yang mungkin akan masuk ke UTHM)

1. Pendaftaran.
kalau nak ceritakan waktu aku pendaftaran ni tak ada apa yang istimewa pun. Kalau dulu masa aku daftar sekolah rendah, daftar sekolah menengah, daftar sekolah teknik dan daftar politeknik mesti ditemani oleh mak atau ayah serta kedua nya. Tapi kali berbeza di mana aku mendaftarkan diri dengan kedua atok dan nenek serta kak long ku.
Sebab mengapa kedua ibu bapa aku tak daftarkan aku adalah kerana aku tak nak susahkan mereka yang jauh di Sibu. Kalau salah sorang antara mereka yang pulang ke Johor untuk hantar aku pulang pasti akan menelan belanja yang banyak lagi.






Tu pic aku ngan atok and nenek aku semasa pendaftaran. (sebenarnya saje je nak citer yang ni!)

2. Kolej Kediaman UTHM.
Alhamdulillah waktu ini aku dapat kolej kediaman. Pasal kolej kediaman, korang jangan bimbang sebab UTHM tetap akan menyediakan kolej kediaman dengan kontrak 1 tahun.
UTHM bagi aku Kolej Kediaman Tun Syed Nasir. Melalui dari hasil penilaian aku, aku rasa Kolej Kediaman Tun Syed Nasir ni adalah kolej kediaman yang paling lama dalam UTHM ni. Sebab struktur bangunan ni macam asrama punya sekolah. Oh, aku roomate dengan Ahmad Hazidan. Ahamd Hazidan adalah housemate aku masa zaman Politeknik Port Dickson, Alhamdulillah kami sama-sama dapat sambung di UTHM dan sama-sama satu kos serta satu bilik! Haha,. ada gak roomate yang senang.


* Ni dia bangunan Kolej Kediaman Tun Syed Nasir.


* Ni adalah roomate ku, Ahmad Hazidan Baharom. Yang segak dan bergaya.

Oh lupa nak story keluasan bilik dalam kolej ni. Berkenaan keluasan bilik aku ni sangat berpuas hati. Walaupun bangunan lama, aku selesa. 1 bilik 2 orang penghuni, disediakan 3 meja belajar, 3 kerusi, 3 almari, 2 katil besi dan tilam. Sangat selesa! Tapi kalau kolej-kolej kediaman lain aku tak tau la.

Ni aku tambah sikit berkenaan dengan kolej kediaman yang lain. Di UTHM ni bukan sahaja kolej kediaman Tun Syed Nasir aja yang ada. Malah UTHM menyediakan kolej kediaman yang lain antaranya Kolej Kediaman Tun Fatimah, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, Kolej Kediaman Taman Universiti, Kolej Kediaman Taman Perwira, Kolej Kediaman Melewar & Kolej Kediaman Kelisa.


*Ini adalah bangunan Kolej Kediaman Tun Fatimah, lawa! Dikhaskan untuk wanita sahaja okay. Lelaki? Sila lihat bawah...


*Ini dia Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail.



*Ini pula adalah Kolej Kediaman Taman Perwira. Nampak macam kondo kan? Kolej ini dikhaskan untuk pelajar yang menyertai Palapes. Jaminan kolej selama 3 tahun! Best tuh! So kalau nak duk sini, join la Palapes. Huuuuuu~


*Ini pula Kolej Kediaman Melewar, bukannya korang duduk kat bahagian parking kereta ni, Tapi korang duduk kat dalam rumah yang macam rumah teres, Best gak ni! Tapi pengangkutan sakit sikit la! Kalau pengangkutan sendiri, cantekkk...! ~


Oh yang terakhir adalah Kolej Kediaman Kelisa & Kolej Kediaman Taman Universiti, Minta maaf sebab aku tak dapat research gambar kedua-dua kolej ini. Apa yang pasti kedua kolej ini adalah perumahan seperti rumah kedai. Best gak. Lagi senang kalau nak mohon! Shiiuuuuu~


3. Perpustakaan UTHM.
Ha, ni best. Korang pernah masuk Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak? Kalau pernah, bagus. Kalau tak pernah pun baguslah! Tapi lagi bagus kalau korang jejakkan kaki di UTHM dan masuk ke perpustakaan UTHM. Mengapa? Sebab mengikut maklumat yang aku terima, Perpustakaan UTHM adalah perpustakaan yang TERBESAR di Asia Tenggara. Benarkah? Itu aku tidak pasti, tapi kalau tengok dari jauh, memang besar! Tak caye? Ni aku masukkan pic binaan dalam dan binaan luar.

*Ni adalah gambaran dari luar, besarkan!


*Ni pula pintu gerbang Perpustakaan UTHM.

*Model Nurul Ashikin & Barthlomew berdiri di sisi direktori.

*Ketika di dalam lif.
*Ni aku tak tau tingkat berapa.

*Di bahagian bawah tengah-tengah.

Kalau korang nak tau, masuk kami masuk ke Perpustakaan UTHM ni, memang sebijik macam orang jakun! Sangat kagum dengan binaan ni. Oleh itu, manfaatkanlah perpustakaan ini dengan sebaiknya. Kalau nak dikatakan perkhidmatan dalam perpustakaan ni, macam-macam ada! Kalah Perpustakaan Negara kot. Ngeeee~


4. Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
Kepada pelajar-pelajar yang sakit, lepas ni korang tak payah la mengada-ngada nak pergi Klinik Kesihatan Parit Raja. Korang tak payahlah nak menggedik ke sana. Kenapa? Ha... Kalau korang sakit, hadirkan diri ke PKU UTHM yang terletak didalam UTHM. Best wo, kalau korang pergi ke Klinik Kerajaan Parit Raja yang jauh tu dengan kena tambang bas and bayaran RM1, tapi kalau PKU ni korang datang lah banyak kali, sebab bayaran adalah serendah RM0.00 sen! Korang masuk and just letak matrik kad, Korang tunggulah sampai tak lebam! haha, Servis PKU UTHM ni terbaik la aku bagi tau. Kalah Klinik Kerajaan dan Klinik Swasta! Maklumat yang aku dapat dari salah seorang pegawai PKU ni menyatakan ubat yang PKU terima ini adalah 100% original. So tak perlu ragu dan was-was. Di jamin HALAL!

Maaf ye sebab tak ada gambar. Saje nak bagi korang keterujaan!


5. Aktiviti Riadah & Bersukan.
Kalau korang diterima masuk belajar di UTHM, jangan ingat korang hanya kena fokus study dan study dan study hanya semata-mata nak dapat pointer tinggi. Gilew pe. Kalau korang masuk UTHM, macam-macam riadah yang korang boleh lakukan. Tapi yang paling aku suka kat UTHM ni bermain kayak. Walaupun ada golf tapi aku tak main. Gymnasium aku pernah pergi 2 kali je. Berjoging paling aku suka sebab tengah stress aku akan joging. Yang aku tak sabar adalah siapnya pembinaan kolam renang!


6. Bas
Bas? korang jangan bimbanglah, tak perlu lah ak sediakan 80 sen ke, RM1 ke, RM0.50 sen ke. Tak payah nak mengada-ngada tunjuk kaya lah! Ni bukan bas Johore Motor, Cuaseway Link dan Bas Tanjau, Tapi ini adalah bas-bas yang dikhaskan oleh UTHM kepada pelajar-pelajarnya untuk kemudahan dari kolej kediaman ke kampus belajar atau ke kelas. Ingat kecik ke UTHM ni? Weyh, kalau kelas start kul 8, kol 9 baru kau sampai jalan kaki! So tak perlu pening pun macam ne nak ke kelas nanti, tapi bas x de la parking depan kelas. Pandai-pandailah jalan sikit kan.

Tapi kalau korang nak ke bandar Batu Pahat atau Pekan Ayer Itam mahupun Bandar Kluang, jangan sesekali kau cakap kat pakcik bas UTHM "Pakcik, bandar BP ye". Kalau part ni, korang rajin-rajinlah tunggu bas di luar UTHM dan hulurkan duit kepada bas Johore Motor, Causeway Link atau pun bas Tanjau ye!


7. Mesin ATM
Kalau duit PTPTN dah masuk, korang tak payah lah sibuk nak beratur panjang-panjang mengalahkan Keretapi Tanah Melayu. Dalam UTHM ni semua jenis mesin ATM ada, cuma yang tak ada ialah MAYBANK! So, kalau nak ke Maybank, silalah ke pekan Parit Raja.


~Okay wat masa ni, tu je aku dapat ceritakan and apa yang aku nampak kemudahan yang ada di UTHM sepanjang aku 6 bulan disini. Mahukan lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan, rajin-rajinlah ke laman web UTHM di www.uthm.edu.my ~




Thursday, May 5, 2011

Berakhirnya PEPERANGAN untuk SEMESTER ini.

PHYSICS 2, CHEMISTRY, ENGINEERING MATH 1, MANDARIN LANGUAGE, PROGRAMMING COMPUTER, AKIDAH KETUHAAN! Oh no…. 6 subjek untuk FINAL PAPER! SUSAH atau SENANG? Jom aku cerita satu demi satu mengenai subjek-subjek ini.

Sebenarnya subjek-subjek ni tak de la payah pon, contoh macam Physics 2, Engineering Math 1, Akidah ketuhanan, Chemistry. Kebanyakan subjek ni dah belajar masa aku di Tingkatan 4 & 5 serta di zaman Politeknik Port Dickson dulu. Tapi otak ni bila makin tua, jadi makin slow and lupa ingatan deh! Bila aku masuk plak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ni, aku di dedahkan plak dengan subjek baru iaitu Mandarin Language and Programming Computer! Perghhh… Masak-masak… Jom lanjutkan :

  1. PHYSICS 2

    Untuk semester kali ni aku tak amik subjek Physics 1, tapi aku terus ke Physics 2. Kenapa? Sebab aku dah drop untuk subjek Physics 1. Bila masuk U, belajar plak terus ke bahagian expert iaitu Physics 2, memang otak kena cepat-cepat Pick Up la kawan. Nasib baiklah Physics 2 ni banyak bermain formula. Actually senang subjek Physics 2 ni sebab kita kena pahamkan konsep penggunaan formula and pahamkan teori. Aku boleh dikatakan suka gak subjek ni, Cuma aku x suka soalan yang macam entah apa-apa!

    Berkenaan dengan pensyarah yang mengajar subjek ni plak? Aku memang salute la. Gilew sporting. Awal-awal kelas lagi dia dah bagi maklumat style dia mengajar iaitu :

    1. Saya tak kisah awak datang lambat atau tidak, tapi pastikan hadir.
    2. Nak makan atau minum dalam kelas silakan. Tapi Nasi Lemak, Mee Goreng NO.
    3. Awak datang ke kelas, kalau ngantuk, tidur la delam kelas.
    4. Segala tugasan atau kerja yang harus di hantar pada waktu yang diberikan, sila patuh pada waktu tersebut.

    Lebih kurang macam tu la bunyi nye… Bila dia dah bagi tau macam tu, memang aku datang kelas lambat! Bayang kan kelas start kul 2, aku datang 2.30 atau kul 3 PM! Hoho… Macam mana lah nak berkat!


     

  2. CHEMISTRY

    Perghhh… Atomic mass, chemical, proton, acid, base, bla la bla…. Apakah? Huk3.. Siyes ku sungguh tidak suka sama ini Chemistry! Langsung x de chemistry ngan aku! Tak suka tol main dengan equation ni. Korang bayangkan dah la Carry Mark (PB) aku 21.9/50 … Giew r… Maknanya untuk final paper aku kena score 45/100 ke atas untuk LULUS! Kalau tak lulus alamatnya join budak junior la sem akan datang! Tapi macam pelik kenapa Chemistry, budak Electrical Pure kena amik? Nak tak nak kena follow the flow la…

    Berkenaan dengan pensyarah, perghhh.. aku suka gaya dia ajar, Cuma aku x suka subjek ni jew. Hehehe… Di tambah pula dengan gaya gedik-gedik dia, memang best la. Straight memang straight, Kalo dalam kelas aku nak main msj memang kena sorok-sorok! Tapi dia pon sporting, best!


     

  3. ENGINEERING MATH 1

    Arghhh… Lagi gilew kot! Subjek yang senang rasanya, tapi kenapa bila DIA ajar aku tak paham? DIA? Siapakah? Nanti la aku cerita. Subjek ni best. Aku suka kira-kira ni, lagi best. Tapi yang tak bestnya sebab pensyarah la. Walaupun dia Ketua Jabatan Elektrik, tapi aku tak bape nak paham sangat bila dia ajar. Kalau masuk kelas dia, kompom aku menyanyah kat belakang! Kalau dah bosan dalam kelas dia, kompom kami keluar g makan punya! Huk3.. Wey! Aku tak nak repeat paper ni!


     

  4. MANDARIN LANGUAGE

    Wo Ai ni! HAhaha .. tu je la yang aku hafal! Ini lah first time aku blaja mandarin weyh. Balaja menulis, menyebut, mengenal huruf! Best taw kita study mandarin, banyak faedah and kelebihan. Yang aku suka subjek ni sebab enjoy. Nasib baiklah Carry Mark aku dah lulus untuk paper ni, tapi nak skor pointer kena jawab lagi lah untuk tambah markah. Sape kata tak nak pointer tinggi?

    Pensyarah ni plak, kalau mengajar memang relax. Aku tak pernah nampak dia marah. Yang aku tak suka, kadang-kadang bila dia cakap bahasa melayu, aku sendiri yang tak paham! Hahaha… jahat tol…


     

  5. PROGRAMMING COMPUTER

    Haaaa.. tu dia…. Tu dia… Ni 1 lagi subjek yang aku payah nak paham. Dengan kena main flow chart, source code, itu and ini.. bla bla bla… Adoi.. Ingat aku ni budak IT ke? Payah beb, otak aku dah a loading, nak pick up IT C++ ni payah beb. Nasib baiklah Carry mark aku hampir lulus, apa pun aku dah jawab untuk skor pointer!

    Yang bestnya masa first day kelas, aku ingat ag pensyarah kami bagi sorang RM5! Haha.. Dia belanja tuh, ingat senang nak dapat pensyarah macam ni? Baik + Sporting!


     

  6. AKIDAH KETUHANAN

    Haaa.. ni paper ni ok sikit. Sebab berkaitan dengan agama. Kalau korang nak tahu, aku langsung x baca apa pon masa nak final! Aku banyak piker logic and bantai je jawapan. Huk!

    Alhamdulillah skang paper aku dah habis untuk sem ni, Aku risau repeat banyak paper ni! Adoi… Belum merdeka weyh! Macam ne la ngan pointer aku? Sob3… Kita tunggu je la result… Bertawakal… Amin... <3


     

    Peace for [ATTITUDE.RELIABLE.AMBITIOUS]