Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalammualaikum & Salam Sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca.
Saya tahu anda semua tersangatlah Awesome dan Terbaek!
Ayuh berikan tepukan kepada diri sendiri! Yeaayyy!
*Pap Pap Pap! Bunyi tepuk tangan!
Okay pembaca sekalian, back to my Title Post, I've wrote '1 January 2013 : Business Class', Why? Ahhaa... This is because, this post actually I should posted on that date. Tetapi disebabkan masalah kemalasan dan suka tunda menunda, maka sehingga hari inilah baru nak update. Dah masuk hari ke 17 untuk tahun 2013 dah pun. Rasa macam post lapuk pun ada kan? But but! ianya masih segar kerana tetap dalam bulan January. Yeahhh! Lets proceed!
Okay then anda lihat pula ada mention 'Business Class' right? Yeaahhh.. (ni yang nak bangga berlagak tahap gaban nak mam**s ni. Hahaha!) No la! Actually I just want to share with my readers about my experience menaiki Penerbangan Malaysia Airline bertiketkan Business Class!
Yaa.. Pada tarikh 1 January 2013 yang lalu, saya telah menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu dengan Malaysia Airlines. Actually ini bukan kali pertama ya saya menaiki kapal terbang. Saya pun tak ingat kali ke berapa dah cuma kali ini berbeza kerana kali pertamanya saya menaiki kapal terbang dengan menggunakan tiket 'Business Class'.
Business Class
Flight : MH 2712
KL - Sibu
Departure : 0850
Okay saya tahu mungkin ada antara pembaca disini sudah biasa dengan menggunakan tiket Business Class. But, ini hanyalah luahan pengalaman cerita saya ya. Mungkin sedikit JAKUN! Yaa.. because Business Class semua tahukan ianya bukanlah tiket yang murah. Ianya tiket yang sangat mahal berbanding tiket 'Economy Class' di mana harga nya mungkin jadi 3 atau 4 kali ganda dengan Economy Class. Kan??
Okay-okay-okay saya sambung kisah saya, seperti yang saya maklumkan ini pertama kali saya menaiki Business Class. Seriusly sedikit janggal dari segi Registration & Check-In Luggage. Kalau gunakan 'Economy Class' ianya boleh dikatakan biasa-biasa sahaja, Check In Luggage kena beratur. Tapi untuk Check In Luggage Business Class tersangat berbeza dimana Kaunter nya berbeza sedikit jauh dengan Economy Class. Layanan staff juga bagus, when I come to the counter to check in, they stand up and tegur kita dengan baik and nanti akan ada seorag lagi pekerja untuk angkat barang kita. Berbanding dengan Economy Class di mana kita kena angkat barang sendiri untuk Check In.
After dah Check In Luggage, penumpang macam biasa boleh nak kemana-mana merayau sementara menunggu pintu masuk di buka. Okay lupa nak bagi tau tiket saya waktu ni adalah pukul 8.50 Pagi manakala pada Pukul 7.50 Pagi pula pintu dibuka. Maknanya saya sudah pasti berada di KLIA seawal jam 6 pagi. nak di jadikan cerita bila dah Check In tu perut mula rasa lapar. Kalau nak tahan lapar sampai masuk dalam flight pon bole sebab Mas Airlines sudah semestinya menyediakan sarapan pagi. Kalau tak tahan lapar alamatnya kena makan kat dalam KLIA tu. Bagi penumpang yang Business Class ni, mereka tak perlu beli makan kat dalam kawasan KLIA tu, kalau mereka beli makanan untuk sarapan pagi tersangatlah rugi dan merugikan. Kenapa? Okay ini kerana mereka yang Business Class disediakan juga sarapan pagi sebelum menaiki kapal terbang. Makanan yang disediakan tak perlu bayar, malah semuanya percuma. Nak makan apa, makanlah sampai kenyang.
Oh lupa nak bagi tau nama tempat nya. namanya ialah 'Golden Lounge Domestic'.
Bahagian dalam lounge
Ini sarapan pagi yang saya pilih :
Air cappucino
Nasi Lemak Ayam
Berbagai pilihan roti
*Tak berani ambil banyak sebab takut tak habis. Ikutkan tekak nak rasa semua tapi risau muntah pula.
Alright, lepas dah selesai makan dekat lounge tu, saya pun keluar and berjalan menuju ke Pintu A6 dimana situlah pintu yang akan saya menaiki Kapal Terbang.
Apabila Jam 8.30 pagi, penumpang di benarkan masuk ke dalam kapal terbang. Staff Mas mengarahkan penumpang yang membawa anak kecil atau bayi diberi keutamaan untuk masuk dahulu walaupun Economy Class. Begitu juga dengan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Penumpang Business Class. Lain-lain perlulah menunggu. Saya pun masuk ke dalam kapal terbang dan terus duduk. Fuhh time ni perasaan tak tahulah nak cakap apa. Kejap malu, kejap relax, kejap malu dan kejap relax. Nak tahu kenapa? Sebab penumpang Business Class ni mereka akan duduk seat bahagian depan sekali. Ada 4 baris seat dan setiap baris mempunyai 4 kerusi. Maka jumlah seat untuk Business Class ialah 16 buah kerusi. Pada time tu juga yang hanya menaiki Business Class hanyalah dua orang sahaja iaitu saya dan lagi seorang penumpang berbangsa cina. Dia duduk bahagian hadapan manakala saya belakang sedikit dari dia. Time ni memang saya malu sedikit sebab sering dipandang oleh penumpang-penumpang Economy Class.
Pramugari melayan penumpang Business Class memang up sikit. Sebaik kami duduk, kami akan diberikan satu towel basah. Kemudian dihidangkan secawan jus sebelum berlepas. Istimewa seat Business Class ni ialah besar, luas, selesa, ada bantal dan ada selimut untuk penumpang. Kalau Economy Class tidak ada. Kemudian, apabila sudah berlepas, setiap penumpang akan dihidangkan dengan sarapan pagi. Bayangkan, dah la makan kat Lounge tadi, lepas tu makan pula dalam flight. Fuhh memang kenyang. Masa dalam flight ni saya pilih menu Roti Jala.
Saya just makan Roti Jala dengan Buah-buahan sahaja. Roti 3 biji tu dengan yogurt and Jem penutup merah tu saya Take Away.
After sarapan, penumpang macam biasa buat aktiviti masing-masing sementara menunggu tiba lokasi. senang cerita bila naik Business Class ni sebenarnya banyak makan je. Huhu. Tapi ada lain lagi, yang bestnya ialah kita masuk awal dalam flight dan kita juga keluar awal dari flight. Tu yg syok tak perlu beratur panjang. Tak perlu nak berebut keluar. Lajuuuu je!
So setakat ini sahajalah yang dapat saya kongsikan pengalaman saya semasa menaiki Kapal Terbang menggunakan tiket Business Class. Bukannya saya berlagak ya dengan post ni, saya cuma kongsikan sahaja disamping itu saya jadikan ini kenangan saya kerana bukan mudah orang yang kekurangan wang ringgit seperti saya ni menaiki Business Class. ^__^
Anyway, thanks readers kerana membaca. Maaf ya jika ada kekurangan didalam post ini!
Ikhlas Kasih Sayang :
Abdul Mahfuz Abdul Rahman
(Eh Apuz)