Wednesday, August 17, 2011
Dahulu Cinta Sekarang Musuh.
Thursday, June 2, 2011
Saya seorang PEROKOK,Saya mahu BERHENTI MEROKOK.
3 minit yang lepas aku baru sahaja melepaskan asap-asap. Asap apa? Oh asap yang berada dalam mulut, takkanlah asap ekzos motor Yamaha 125z atau segala jenis motor 2T okay! Tengah aku sedut lepas and sedut lepas aku pun mula terpikir (padahal dah lama lagi aku pikirkan okay pasal ni). Aku pun mula pikir dalam hati dan berkata 'Sampai bila aku nak isap rokok?' Aku pun tak tahulah entah sampai bila aku akan berhenti. Kesian kat diri aku! Cait poyo gelabah. Nak katakan kebaikan hisap rokok tu kompomlah x de kan. Keburukan nya? Astaghfirullahalazim! Jangan di ceritalah, memang banyak keburukannya. Ada yang tahu, tapi saja buat-buat tak tahu! Aku pon tahu entah kenapa saja-saja buat tak tahu! Bangang kan namanya tu...?
So untuk pengetahuan kalian semua, memang lah aku seorang perokok yang tegar. Tapi sebenarnya dalam masa yang sama juga aku hendak berhenti merokok. Well aku tahu memang skang banyak caranye. Ada yang suruh menahan, makan gula-gula, makan dequadin la tu la ini la. Oh sorry, aku memang x suka sangat gula-gula berkenaan. So macam mana nak berhenti ek? Haha...
So tadi masa aku tengah hisap, aku pon ada terpikir. Mungkin dengan menggunakan air daripada bacaan Surah Yaasin akan dapat membantu. So macam mana caranya? oh senang sahaja, apa kata kita ambil 1 botol yang berisi air mineral kemudian bacakan Yaasin, semasa bacaan Yaasin tu kita cuba niat agar dengan minuman ini dapat membantu supaya dapat hentikan rokok. Waallahualam...
Actually aku dapat idea ni semasa salah seorang brader ni story kat aku, die pon dulu seorang perokok tegar, tapi now die dah x merokok. Dia cerita sebab mak dia ada pergi jumpa ustaz, and ustaz tu ada bagi air and bagi si dia ni minum. Then bila dia minum hasilnya bila dia hisap rokok, semua rokok tu rasa x sedap. So dari situlah kisahnya. And now aku pon nak cuba dengan Air Yaasin. Semoga berkesan!
Tuesday, May 31, 2011
Dunia Baru!
Friday, May 27, 2011
Mulut orang...
Wednesday, May 18, 2011
Cuti semester 1 Bulan yang bosan!~
Friday, May 13, 2011
Teluk Bakong~



Wednesday, May 11, 2011
Jom Cantikkan Wuduk Kita! ~

Sehati Sejiwa ~
Sehati Sejiwa
( 1 )
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama
Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya
Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada
( 2 )
Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama...
( ulang 1 & 2 )
Tuesday, May 10, 2011
Oh UTHM~

















Thursday, May 5, 2011
Berakhirnya PEPERANGAN untuk SEMESTER ini.
PHYSICS 2, CHEMISTRY, ENGINEERING MATH 1, MANDARIN LANGUAGE, PROGRAMMING COMPUTER, AKIDAH KETUHAAN! Oh no…. 6 subjek untuk FINAL PAPER! SUSAH atau SENANG? Jom aku cerita satu demi satu mengenai subjek-subjek ini.
Sebenarnya subjek-subjek ni tak de la payah pon, contoh macam Physics 2, Engineering Math 1, Akidah ketuhanan, Chemistry. Kebanyakan subjek ni dah belajar masa aku di Tingkatan 4 & 5 serta di zaman Politeknik Port Dickson dulu. Tapi otak ni bila makin tua, jadi makin slow and lupa ingatan deh! Bila aku masuk plak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ni, aku di dedahkan plak dengan subjek baru iaitu Mandarin Language and Programming Computer! Perghhh… Masak-masak… Jom lanjutkan :
- PHYSICS 2
Untuk semester kali ni aku tak amik subjek Physics 1, tapi aku terus ke Physics 2. Kenapa? Sebab aku dah drop untuk subjek Physics 1. Bila masuk U, belajar plak terus ke bahagian expert iaitu Physics 2, memang otak kena cepat-cepat Pick Up la kawan. Nasib baiklah Physics 2 ni banyak bermain formula. Actually senang subjek Physics 2 ni sebab kita kena pahamkan konsep penggunaan formula and pahamkan teori. Aku boleh dikatakan suka gak subjek ni, Cuma aku x suka soalan yang macam entah apa-apa!
Berkenaan dengan pensyarah yang mengajar subjek ni plak? Aku memang salute la. Gilew sporting. Awal-awal kelas lagi dia dah bagi maklumat style dia mengajar iaitu :
- Saya tak kisah awak datang lambat atau tidak, tapi pastikan hadir.
- Nak makan atau minum dalam kelas silakan. Tapi Nasi Lemak, Mee Goreng NO.
- Awak datang ke kelas, kalau ngantuk, tidur la delam kelas.
- Segala tugasan atau kerja yang harus di hantar pada waktu yang diberikan, sila patuh pada waktu tersebut.
Lebih kurang macam tu la bunyi nye… Bila dia dah bagi tau macam tu, memang aku datang kelas lambat! Bayang kan kelas start kul 2, aku datang 2.30 atau kul 3 PM! Hoho… Macam mana lah nak berkat!
- Saya tak kisah awak datang lambat atau tidak, tapi pastikan hadir.
- CHEMISTRY
Perghhh… Atomic mass, chemical, proton, acid, base, bla la bla…. Apakah? Huk3.. Siyes ku sungguh tidak suka sama ini Chemistry! Langsung x de chemistry ngan aku! Tak suka tol main dengan equation ni. Korang bayangkan dah la Carry Mark (PB) aku 21.9/50 … Giew r… Maknanya untuk final paper aku kena score 45/100 ke atas untuk LULUS! Kalau tak lulus alamatnya join budak junior la sem akan datang! Tapi macam pelik kenapa Chemistry, budak Electrical Pure kena amik? Nak tak nak kena follow the flow la…
Berkenaan dengan pensyarah, perghhh.. aku suka gaya dia ajar, Cuma aku x suka subjek ni jew. Hehehe… Di tambah pula dengan gaya gedik-gedik dia, memang best la. Straight memang straight, Kalo dalam kelas aku nak main msj memang kena sorok-sorok! Tapi dia pon sporting, best!
- ENGINEERING MATH 1
Arghhh… Lagi gilew kot! Subjek yang senang rasanya, tapi kenapa bila DIA ajar aku tak paham? DIA? Siapakah? Nanti la aku cerita. Subjek ni best. Aku suka kira-kira ni, lagi best. Tapi yang tak bestnya sebab pensyarah la. Walaupun dia Ketua Jabatan Elektrik, tapi aku tak bape nak paham sangat bila dia ajar. Kalau masuk kelas dia, kompom aku menyanyah kat belakang! Kalau dah bosan dalam kelas dia, kompom kami keluar g makan punya! Huk3.. Wey! Aku tak nak repeat paper ni!
- MANDARIN LANGUAGE
Wo Ai ni! HAhaha .. tu je la yang aku hafal! Ini lah first time aku blaja mandarin weyh. Balaja menulis, menyebut, mengenal huruf! Best taw kita study mandarin, banyak faedah and kelebihan. Yang aku suka subjek ni sebab enjoy. Nasib baiklah Carry Mark aku dah lulus untuk paper ni, tapi nak skor pointer kena jawab lagi lah untuk tambah markah. Sape kata tak nak pointer tinggi?
Pensyarah ni plak, kalau mengajar memang relax. Aku tak pernah nampak dia marah. Yang aku tak suka, kadang-kadang bila dia cakap bahasa melayu, aku sendiri yang tak paham! Hahaha… jahat tol…
- PROGRAMMING COMPUTER
Haaaa.. tu dia…. Tu dia… Ni 1 lagi subjek yang aku payah nak paham. Dengan kena main flow chart, source code, itu and ini.. bla bla bla… Adoi.. Ingat aku ni budak IT ke? Payah beb, otak aku dah a loading, nak pick up IT C++ ni payah beb. Nasib baiklah Carry mark aku hampir lulus, apa pun aku dah jawab untuk skor pointer!
Yang bestnya masa first day kelas, aku ingat ag pensyarah kami bagi sorang RM5! Haha.. Dia belanja tuh, ingat senang nak dapat pensyarah macam ni? Baik + Sporting!
- AKIDAH KETUHANAN
Haaa.. ni paper ni ok sikit. Sebab berkaitan dengan agama. Kalau korang nak tahu, aku langsung x baca apa pon masa nak final! Aku banyak piker logic and bantai je jawapan. Huk!
Alhamdulillah skang paper aku dah habis untuk sem ni, Aku risau repeat banyak paper ni! Adoi… Belum merdeka weyh! Macam ne la ngan pointer aku? Sob3… Kita tunggu je la result… Bertawakal… Amin... <3
Peace for [ATTITUDE.RELIABLE.AMBITIOUS]